Siapa boleh suggest kat mana nak dapatkan set NR ni dengan harga yang murah?
Sedikit info yang diambil dari kedaiwanita2u.com
Produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:
PhytoNatal 90 biji.
Krim Herbanika Barut 60g.
Herbanika Lulur 100g.
Minyak Herbanika 100ml.
Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
Akar Herbanika 10 t-bag
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan
mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
- Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor
dalam badan.
- Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit,
kepenatan, migrain dan angin.
- Mengimbangi kembali sistem badan.
- Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna PhytoNatal
1. Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
2. Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
3. Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut
terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu
melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Krim Herbanika Barut
- Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
- Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan,
parut dan jalur pecahan pada perut.
- Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.
Cara Guna Krim Herbanika Barut
- Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan
pada sebelah malam (sebelum tidur).
- Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
- Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang,
perut dan bahagian ari-ari.
- Pakailah bengkung.
- Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
- Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas.
Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
- Pakai sepanjang malam.
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan
bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.
Khasiat Herbanika Lulur
- Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot
- seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
- Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
- Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
- Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot,
urat saraf serta urat timbul.
- Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam,
parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
Cara Guna Herbanika Lulur
1. Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur
seluruh badan seperti berikut:
2. 1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta
sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
3.Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan
dan belakang.
4.Sapu kaki dan tapak kaki dengan air dan pakai stokin yang tipis.
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin,
menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat
mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi,
melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
Khasiat Minyak Herbanika
- Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
- Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
- Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit
badan dan payudara yang kendur.
- Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur,
lembik dan pecah-pecah berjalur.
- Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.
Cara Guna Minyak Herbanika
Bersalin secara Normal
1.Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari
dan celah-celah peha.
Sangat mujarab digunakan untuk urut.
2.Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Bersalin secara Pembedahan (cesarean)
Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah,
belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung
untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bengkak payudara
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan
puting untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke
kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut.
Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan
dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
Khasiat Uncang Cuci Herbanika
- Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit,
buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
Sesuai untuk masalah buasir , hydroterapi dan compress.
Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
1.Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
2.Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
3.Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
4.Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
5.Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat
peribadi wanita.
6.Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama
ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan,
juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air
berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil,
membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Khasiat Akar Herbanika
- Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi,
memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
- Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Cara Guna Akar Herbanika
1.Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar
pati teh herba.
2.Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
3.Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
4.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
5.Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket
uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air.
Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
6.Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket
uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air.
Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
7.Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.