Honeymoon Sambil Shopping Barang Baby

Rezeki masing2 tak sama.
Lepas kahwin aritu saya dan incik suami tak dan nak honeymoon disebabkan hal tertentu. Lepas2 pada kahwin tu banyak pulak rezeki kami pergi sana sini.
Yang terbaru ni time dah pregnant 6 bulan, kami berkesempatan ke Kuala Lumpur. Sebenanrnya ada kenduri kahwin member incik suami. Orang kampung kami jugak cuma kenduri belah perempuan kat Sungai Besi. Alhamdulillah... rezeki kami myvi incik suami dah siap repair dan incik suami dapat bonos hujung bulan 3 tu. Memang rezeki baby kan... Kebetulan pulak masa tu ada ekspo baby kat Mid Valley. Dan memang kami tengah cari barang baby pun. Satu habuk pun tak beli lagi sebelum tu. Bersyukur sangat pada Allah yang memberi rezeki buat kami.

Masa kat kenduri. Lapar sangat dah masa ni. Dekat kul2 lebey baru nak makan.huhu

Inilah pengantinnya. Tahniah buat Atan & Azilah

Kami bertolak dari Chini petang Jumaat tu ke KLIA sebab hantar budak/pekerja incik suami nak balik kampung kat Nepal. So, alang2 semua kebetulanla kan. Lepas hantar budak tu ke KLIA 2 terus gerak ke KL. Ada member dia yang sedang tunggu kat Taman Keramat. Untuk pengetahuan, kami memang tak pakai GPS lansung pun sebab macam mengarut jer. Waze pun tak install. So, kira men redah jerla ikot signboard and pengetahuan yang ada serta pengalaman yang sedikit ni. Malam Jumaat tu tidur kat hotel di Cheras sebab dekat sikit nak pergi kenduri member dia soknya. Check in hotel pun dah pukul 4pagi masa tu. Huhu.. penat usah terkira la. 

Esoknya sehari suntuk memang untuk kenduri jerla. Dari tenghari sampai ke malam. Siap ikot pengantin pergi outdoor photoshoot. Siap mandi dan makan malam kat rumah pengantin perempuan lagi. Hihi...Pastu gerak ke Mid Valley nak usha ekspo baby tu. Malangnya ekpso dah tutup. Takpe... dah tahu tempat..esoknya saya pergi dengan incik suami berdua jer. Malam tu tidur kat hotel di Batu Caves. Siap kena caj RM10 sebab check out lebih pukul 12pm! Memang tak puas hati lansung dengan servis hotel ni.

Esoknya kami redah jer cari Mid Valley tu. Mujurlah dapat jugak. Yang malangnya kami parking kat The Gardens bukan kat Mid Valley. Hehe... takpelah janji lepas jugak nak g Mid Valley kan. Senang sikit nak parking cuma jalan agak jauh sikitla.


Masa kat ekspo baby tu saya cuma beli comfy set sahaja dan rompers. Tu pun incik suami yang semangat suruh. Kalo ikut saya macam teragak2 jugakla nak beli. hehe.. perempuan kan...Saya beli tilam dan bantal (newborn) 

Tempat pampers paling mendapat sambutan hangat. Murah giler kot... Tapi kami tak rajinla nak beratur sebab nak balik Pahang dah petang tu. Ahad kan... Kejar masa.

Ni antara koleksi baju yang saya shopping kat Kuantan Parade yer. Bukan kat KL... Bila tengok baju budak jadi geram giler.. semua comel2... Beli yang unisex sebab tak tahu baby ni lelaki ke perempuan.

Ni pencuci pakaian baby. Beli kat Pekan jer.

NI pulak antara koleksi stokin dan sarung tangan baby yanh dah beli. Bakal ditambah sikit2...hehe

Lain2 persiapan. Saya dah beli pampers newborn (kecik sekali jer) pastu barang2 mandian dan bedak2... Kelambu, tilam dan lain2 pun ada jugak. Cuma tak snap gambar jer. Tinggal lagi 20% saya nak completekan semua barangan ibu dan baby. Bulan ni pulak... huhu... 

Oh baby... sayang kamu ketat2...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...