Kisah baucer Swiss Garden percuma

Minggu lepas dapat call daripada Hotel Swiss Garden pasal offer voucher free 3D2N stay kat mana2 hotel Swiss ni. Tapi dengan syarat kena dengar dulu preview kad ahli diorangla lebih kurang dalam sejam gitu. Sebenarnya sebelum ni dah pernah dapat offer ni cuma tak pergi sebab takut scam jer. 
Pastu ada ofismate yang dah pergi dengar preview dan confirm dapat free tu. So, saya pun percayalah untuk kali ni.
Saya buat appointment dengan diorang ni (yang call saya masa tu namanya Hajar) pukul 2pm ari Jumaat. Pergi dengan incik hubby...
Tapi masa tu sampai sana dah lewat. Terus call Hajar kata dah sampai. Nanti orang swiss akan jemput kat lobi untuk di bawa ke bilik preview. Siap jemput tu...hihi

Kami di bawa ke tingkat Ground kalau tak silapla. Masuk dalam bilik yang diubahsuai jadi ofis diorang ni. Isi borang sikit2 pastu tibalah masa untuk dengar preview. Siap buat air teh lagi untuk kitorang ni. Yang bagi preview kat saya masa tu ialah kak sofiya. Ramah sangat orangnya.

Dekat sejam lebih jugakla dengar preview tu. Sambil2 borak hal peribadi.
Maaflah kak... saya tak berminat dengan membership swiss ni. Bukan apa...komitmen banyak tiap bulan. Lagipun deposit saja 2k!!! Oh yer..kena bagi nama kawan2 untuk diorang contact pulak nanti. Recommend....

Membership untuk 30 tahun = RM22k
Bayar in house installment.
Boleh disewakan, dijual atau ditransfer kad tu untuk sape2 nak guna.
Cukai tahunan = RM350
Boley menginap mana2 rangkaian hotel swiss dengan harga yang fixed price... berbaloi sebenanrnya tap maafla...

Terima kasihla kak. Berbaloi tapi saya tak mampu...
MUjur akak tu bkn jenis yang suka desak2 ni.

Apapun hepi dapat voucher free tu. Tinggal nak cari tarikh jerla...
Voucher hanya boleh digunakan selepas 2 minggu daripada tarikh kita g tu...

2 comments:

  1. Voucher ni blh guna waktu cuti sekolah dan public holiday ker x?

    ReplyDelete
  2. Voucher ni blh guna waktu cuti sekolah dan public holiday ker x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...