Minggu yang tak best

Minggu yang membosankan.
minggu oncall aka standby tapi saya kena balik rumah sewa kat Pekan dan tinggal sorang2..huhu

Sepertimana yang diketahui, Pekan dan Kuantan terkena tempias banjir. Jalan dari rumah saya, Chini - Pekan memang tak boleh lalu.
Laluan lain melalui Chini - Kuantan -Pekan yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah tapi tak lepas jugak lalu sebab ada jalan yang dinaiki air dan arus deras!

Last alternatif adalah melalui Chini - Leban Chondong - Pekan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi.

Bertapalah saya di rumah sewa saya ni bertemankan bantal peluk... 
Kat rumah ni tv takde. Saya cuma online jerla....

Sejak semalam hujan tak berhenti turun sehingga sekarang. Air pun semakin naik!
Harap2 selamatlah saya di sini... Risau jugak jadi mangsa banjir. Kereta ku yang comel tu...Ke mana nak bawak lari...

Al maklumlah Pekan Bandar Diraja ni last sekali air akan mengalir...HIlir katakan...
Dahla keliling sungai Pahang... Risau weh!!!!

Selepas seminggu tak menjejak kaki ke Pekan baru ni, saya tengok keadaan Pekan agak teruk jugak dinaiki air di bandar dan jalan-jalan tertentu. Tak sangka plak saya sampai macam tu. Gambar ada ambil tapi mood sedang malas nak transfer. Lagipun kesejukan ni...Berselimut jer...

2 hari jerla merasa panas matahari lepas tu dah hujan semula.



2 comments:

  1. semoga banjir trk x melanda lagi..kesian mangsa2..dugaan buat mereka

    ReplyDelete
  2. Banjir kali nie amat menakutkan kan... Moga kita semua dijauhkan la pada masa depan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...