Entri Pertama Tahun 2015

Dek banjir yang melanda pantai timur baru2 ini, saya turut merasa tempiasnya. 
Minggu lepas saya tak lepas pergi kerja lansung sebab jalan untuk ke Pekan semua tak boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Ada last choice tapi agak jauhla sikit.
Dahla seminggu tak g kerja pastu saya oncall plak minggu depannya. Memang syok sangatla... Kat bandar Pekan air bertahan jer. Walaupun tak hujan dah namun air tak surut jugak.

Dugaan untuk mangsa banjir. Sabar dan berdoalah selalu.
Rumah saya di kawasan agak tinggi. Kalau kat sini banjir jugak saya rasa satu Pahang ni boleh tenggelam.

Tahun 2015... Menunggu kehadiran orang baru. Insya Allah...bulan 7 nanti. Bertukar status jadi ibu dah nanti. 
Apa yang diharapkan semoga 2015 ni lebih membawa kebahagiaan buat saya sekeluarga dalam apa jua. Moga kewangan kami akan lebih kukuh dan dapat setel hutang yang ada secepatnya....Saya juga berharap akan menjadi seorang muslimah yang solehah. Insya Allah...Nak jadi lebih rajin dalam semua perkara. Nak buang segala yang keruh. Nak buang sikap2 yang mazmumah tu...

Korang punya azam macammana?


3 comments:

  1. Semoga keadaan dan kerosakan masa banjir cepat pulih...

    ReplyDelete
  2. tahniah kak...mesti xsabar nak tggu baby kan..

    ReplyDelete
  3. Bestnye menanti kehadiran orang baru tu yer... Semoga dipermudahkan k

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...