Bingkisan untuk suami dan isteri



Read more ...

Nasi tangas, kedai RM2 dan ayam

Sabtu 
Tanpa dirancang, saya dengan incik hubby ikut ma aboh ke Bahau...Tujuannya nak amik ayam hutan dan ayam kampung sebab kena sita.. haiwan ternakan tu yang makcik dan pakcik saya punya.. ada orang report maybe dengkila kot...majlis daerah pun bagi masa untuk clearkan semua haiwan tersebut...
So,aboh pun amikla beberapa ekor ibu ayam dan anak ayam... Perjalanan selama 2 jam dari Bahau ke Chini... Ayam2 tersebut diseletipkan kepak serta kakinya..dimasukkan ke dalam kotak yang dibuat lubang...dengan itu bermulalah sesi menyiapkan reban buat ayam2 yang diambil tu... My dad memang sangat semangat kalau bab2 tukang ni...incik hubby tolong meringankan beban...

Reban ni belakang umah parent saya...

okla kan... menantu ada...senang sikit keje aboh...

reban yang dah siap tak amik gambar pulak...

Ahad
Buat reban tu hari ahad la...hehe...sebab dok kat Bahau sepanjang Sabtu...
Petang tu selepas lunch keluar dating. G Pekan dan Kuantan...
G Pekan jumpa dengan member incik hubby...lepas tu tengok wayang kat Megamall cerita Nasi tangas..menakutkan...huhu.. asyik terkejut jer...sian incik hubby kena cekau sokmo time saya terkejut...sori incik hubby...pasni saya tak pegang awak da...hihi...


Tayangan jam 8.30pm


Sebelum bermula tayangan, makan dulu kat kedai dekat pawagam tu. Tengok jam masa tu dah pukul 8.13pm...kedai ni harganya murah jer tau... 
Nasi ayam RM 4.50
Mi sup RM 3.80

Incik hubby yang mata stim sokmo..huhu

Me...dah lama tak bergambar..last masa kahwin aritu jer

Oh lupa pulak... sebelum g tengok wayang kami shopping barang dapur kat kedai RM2.. Memamg syok sangatla kan... dapat macam2 barang... Abeh RM60 kat situ..


Ada 3 plastik besar..pastu baldi, bakul sampah 2x serta pasu bunga 4x
Puas hati... tak sabar nak memenuhkan rumah... :)



Read more ...

Pasal kahwin lagi...

Pengalaman orang yang dah kahwin.. mesti yang bujang2 akan tanya..

" Best x kahwin ni? "
" Aku tak ready lagi nak kahwin..."
" xde duit nak kahwin lagi..."

Ini antara persoalan yang berlegar di fikiran bagi mereka yang nak kawin...

Ok... best x kawin???
Jawapan saya metsilah best... part yang tak best tu kita yang cipta sendiri.. percayalah..
Macam kita buat sesuatu jugak.. kalau kita ikhlas...mesti kita okey...

Bila dah kahwin macam2 perangai partner yang kita nampak.. kalau dulu zaman bercinta mende2 tu nampak kecik jer...maksud saya setiap orang ada perangai masing... baik dari segi susun atur ruang.. lipat baju... cara makan dan sebagainya... yang penting kena terima seadanya yang mana elok tu... kalau tak elok kita tegurla kan...
kadang2 pemilihan warna pun membuatkan mood nak gaduh.. so, dalam hidup berumah tangga ni mental kena kuat... kena ada sikap mengalah dalam diri... tak bererti kalah tau... tapi respect dengan partner!!! tu penting untuk keharmonian rumah tangga...

Mcam saya dan partner, rumah parent kami dekat jer...kan kami sekampung... soal nak balik rumah parent saper pun kena ada tolak ansur.. kalau tak metsi masam muka..
mujurlah encik hubby ni jenis yang toleransi tau. Dia kenal bini dia ni yang manja dan mudah nangis...huhu...nak buat macammana.. Allah dah jadikan hati saya terlalu sensitif.. incik hubby banyak mengalah dengan saya... "love u abang..." jiwang plak pagi2.. adeh!!

Ok...seterusnya pasal tak ready nak kahwin...
Terus terang saya katakan... saya memang belum ready nak memikul tanggungjawab besar ni... tapi saya kena terus mencuba...memang betul bila bercinta kita nak kahwin dengan dia tu tapi bila mikir pasal kahwin nanti duduk berjauhan dengan family...kena bangun awal2 untuk masak...tak bebas dah nak keluar dengan kawan2...semua tu menjadikan fikiran ni macam tak ready tau! tapi...hati tu teringin sangat nak kahwin bila tengok orang lain kahwin..ada anak..hidup family...
so, abaikan jer perasaan tak ready tu...insyaAllah bila dah kahwin kita akan belajar slow2 untuk menerima semua perubahan tu... menjadikan kita ready...

Pasal takde duit nak kahwin plak...jangan risau.. bila kita berniat nak buat benda baik ni, Allah akan tolong kita dengan plebagai cara... :)

Read more ...

Duit ooo duit

Kali ni nak citer pasal hidup pas kawin pulak...
Untuk pengetahuan, saya kerja kat Pekan.. incik hubby pulak kerja kat Chini.. Jarak tempat ni kalau naik kereta tu 45min la.. Hari2 saya akan isi minyak RM20 untuk berulang alik...
Padahal saya ada rumah sewa kat Pekan tu cuma bila dah kawin ni taknak PJJ la... lagipun bila balik kerja ker terasa nak cepat2 g kat incik hubby tu.. dah halal orang kata.. nak berkepitla kan..
Kenapa saya yang berulang alik??
Sebabnya kereta incik hubby belum siap lagi. lagipun dia kena kerja lagi awal..
Kalau ikutkan soal duit memangla macam membazir jer hari2 nak berulang kn.. tapi apakan daya...jiwa meronta..haha
Jiwa meronta nak balik rumah kami jugak.. lagipun rumah kami sedang dalam proses pembaikan... nak mencantikkan rumah...hari2 mesti ada something yang buat...
Rumah kami konon..hehe.. padahalnya rumah staff felda... rumah yang usang.. dah buruk... banyak anai2.. kami redha.. kami bersyukur.. ada jugak tempat tinggal sendiri...
Rumah parent kami dekat jer...Chini Timur.. dalam 10min dari rumah kami tu..
Alhamdulillah.. senang sikit kan nak balik kampung...

Buat masa sekarang agak parak duit mengalir... hari2 berulang... makan minum lagi... rumah tu belum sesuai untuk masak2 lagi.. kami sedang menyempurnakan supaya nanti boleh masak2... sikit lagi tu...

Duit oh duit... ada saper2 tak nak bagitau cara dapatkan duit tepi??


Read more ...

Selepas kahwin...

Alhamdulillah.. syukur padaNya...
Hampir 18 hari sah menjadi isteri kepada encik yellow :) 
Banyak perkara yang berubah.. dari segi persediaan fizikal mahupun mental..
Jika sebelum kahwin saya hanya perlu memikirkan tentang saya sahaja.. Tapi bila dah kahwin ni macam2 saya kena pertimbangkan... soal family saya..juga soal family dia...
Dulu takyah mintak kebenaran siapa2 pun nak g sana sini tapi kini dah ada laki ni segalanya kena inform pada dia... Sebelum kahwin pun memangla ada bagitahu jugak nak g mana2 tapi lepas dah jadi bini dia ni lagi kena inform... kalo tak karang boleh mencetuskna pergaduhan...hehe.. muncung sedepa...

Jika dulu pasal pakaian ikut dan jer nak pakai macam mana pun...tapi saya ni bukanlah katgeori yang berfesyen snagat.. bukan kategori seksi meksi... tapi sekarang...apa jua pakaian kena ada Quality Check! Huhu... kalo dia kata okey, saya akan teruskan pakai... sebagai isteri, mestilah saya respect dia kan... isteri solehah...

Pastu soal makan... saya akan mengutamakan dia... kalau dulu sebelum kawin fikir tekak sendiri jer.. tapi dah ada laki ni kenalah jugak amik kira soal tekak dia.. selalu tanya dia nak air ke tak... lagipun dia macam malu2 lagi bila kat rumah saya... kat rumah dia xpela dia raja..hehe.. boley suruh saya itu ini...

Lagi apa yer... banyak perkara yang berubah... apa2 hal saya perlu tanya dia dulu.. mintak kebenaran dia dulu... okey jer bagi saya... bukan susah pun kan...Lagipun dia ibarat protector untuk saya!!! saya rasa selamat bila berdamping dengan dia...Best ada suami... haha... kalaulah tahu macam ni perasaannya, dah lama rasa nak kahwin tu...gatal...

Apapun...jodoh kita adalah yang terbaik buat kita kan... itu yg selalu incik hubby saya bagitahu... ingat apa yang kita nak sebelum kahwin... dah kahwin, nikmatilah segala keindahan itu...tak semua orang mempunyai nasib yang sama kan..

saya bersyukur dijohkan dengan incik hubby sekarang sebabnya kami dah lama bercinta...dah macam2 dugaan yang kami lalui... alhamdulillah... ada jodoh antara kami...

Macam sesi luahan rasa pulak...
sikit jer tu...

apa yang penting, tolak ansur dan saling memaafkan adalah azimat penting dalam sebuah rumahtangga yang bahagia... gaduh kecik2... masalah kewangan... cemburu... adatlah... dalam rumahtangga...hehe....

chayuk2!!! tak sabar nak jadi ibu pulak.... nak twin....amin....







Read more ...

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Read more ...

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Read more ...

Majlis Pernikahan Saya

Biar gambar berbicara. Hehe...

Tarikh : 05 09 2014 (Jumaat)



Ni pelamin nikah merangkap pelamin bersanding

Saya yang malu..huhu... kt depan penuh orang da.. al maklumlah... buat kat rumah

\
segan silu di atas pelamin

encik tunang...muka nampak macam dah debar kan...

sesi bermula...

alhamdulillah... selamat semuanya... dengan sekali lafaz aku menjadi miliknya yang sah.. yang halal

saya kena panggil keluar dah lepas selamat semuanya tu. Tandatangan borang suami/isteri tu

belakang saya tu mak mertua saya.. muda lagi...

tok kadi menerangkan pasal tanggungjawab kami

bagi mas kahwin kat saya...cantik kan... incik hubby buat kuntuman bunga

menyarungkan cincin.. batala air sembahyang

giliran saya pulak menyarungkan cincin. beli jenis silver

cium tangan incik suami... malu...huhu

gubahan cincin, mas kahwin dan cek hantaran


sebenarnya bekas tempat lilin tu. incik suami punya idea mmg saya suka tau...

sesi bergambar... cium dahi...hihi...romantiknya... penuh kasih sayang...

kami dah halal!!!! alhamdulillah...

Read more ...

Serikan wajah yang kusam dari dalam

Sebab nak kahwin, saya mencari produk yang bagus untuk wajah. Innershine pastinya pilihan hati. Bukan nak buat review tapi bagi cadangan pada para bakal pengantin di luar sana untuk try produk ni. Saya pun baca review jugak kat blog lain pastu try.


Innershine pati prun. Saya beli sekotak yang ada 12 botol. Puas jugakla nak menghabiskan sebotol tu..rasa prun..pekat... saya kena minum dengan air...



Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, InnerShine® Pati Prun dengan Camu-Camu dapat membantu menghasilkan kolagen untuk menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri.


Pati prun juga terkenal dengan sifat antioksidan­nya yang membasmi radikal bebas untuk melambatkan kesan penuaan. 



Menyedari kebaikan prun, InnerShine Pati Prun tampil dengan zat dan ramuan penyahtoksin tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah camu-camu dari hutan hujan Amazon yang juga digelar sebagai buah berkualiti tinggi.



Read more ...

Selamat Sudah Majlis Walimatulurus

Alhamdulillah...

Seminggu berlalu...ex-bride
status Wife untuk suami tersayang...
Perkenalan bemula dengan pm di facebook akhirnya membawa ke jinjang pelamin..
Pelbagai dugaan serta rintangan hingga hampir tersungkur ke tanah.. Namun, kalau dah jodoh tak ke mana....
Kami selamat diniahkah pada 5/9/2014 (Jumaat) di rumah ma abah... Majlis besar pada keesokan harinya... Majlis bertandang pula pada lusa...
Begitu cepat dan pantas masa berlalu.. kehangatan serta kemeriahan kenduri masih terasa... 
Dalam tempoh sebulan lebih kami cuba untuk menyempurnakan segalanya.. ALHAMDULILLAH... Diberi kekuatan dan masa yang mencukupi untuk semua persiapan.
Terima kasih pada family terutamanya yang bertungkus lumus untuk majlis hari bahagia saya. Saudara mara yang terlibat.. ahli2 blok serta yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Sesungguhnya jasa kalian amatlah saya hargai.. semoga tuhan akan membalasnya. Nak belanja serba sedikit gambar yang ada.

Selepas majlis nikah...

my hubby

majlis bertandang

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...