Bride To Be : Korset Spanx yang meletop best

Salah satu perkara yang penting dalam urusan persediaan kahwin adalah korset!
Barulah nampak menawan di hari bahagia..
Korset membantu untuk menyorokkan lemak dan benjolan2 yang tidak sepatutnya... kalau perempuan faham kan..hehe

Banyak jenama korset di pasaran ni tapi yang selesa tu payah nak cari.. yela  nk pakai untuk wedding. Kenalah cari yang betul2 ikut keslesaan kan... nak pakai dari pagi tu...hehe

Saya usha2 pasal korset pastu terjumpalah jenama spanx ni.. actually yang oversea punya. Kiranya pre order item la.. Saya dah bayar deposit half untuk in power line...
InsyaAllah dalam masa sehari dua ni akan sampai...


Nanti dah pakai saya buat review pulak yer...



Read more ...

Bride To Be : Kasut Sanding

Beli via katalog...
Brand Cael Deon
Harga : RM59.90
Color : Gold beige
Saiz : 7




Macam nak menjual pulak..hehe.. xdela... detail produk jer... :) Bajet nak pakai masa bertandang belah lelaki... tema belah sana kaler brown gold... boleyla pakai kaust ni... pasni nak letgo jerla... memang takkan pakai dah...
Kalau beminat bagitahu awal2 yer... banyak lagi item untuk diletgo dan disewakan... Bunga tangan pearl ada... bunga tangan lily ada...set pakaian perempuan... yang leto ni akan diceritakan kemudian yer.. majlis belum selesai lagi..
berdebar jer rasa...
doakan saya...

Read more ...

Bride To Be : Wedding Stamp

Gatal tangan nak tempah rubberstamp untuk wedding.
Biasa jumpa RM35 tapi aritu terjumpa cuma RM26 jer...

Inilah rubberstamp dan hasilnya..
sangat memuaskan hati..
Saya order just nama kami jerla... tak isi tarikh sebab fikir nak guna untuk cop mende lain pulak...dekat sampul raya ker.. dll la...hehe


tak boley rotate pulak..huhu

kalau nak order jemput singgah kat FB : comeylicious.net

banyak lagi design yang cantik2 untuk dipilih.

Read more ...

IKEA SISAN - Kempen Nuffnang Terbaru

Setelah sekian lama tak dapat BE, akhirnya...


Dah lama tak cash out ni... ketandusan buffered earning da...
tengokla tu... baru RM42.91 sen...
Nak kawen ni.... harap2 adalah rezeki dariNya.. ameennnn.....
Read more ...

Bride To Be : Mencari Barang Hantaran dan Upah Baju Nikah

Minggu lepas saya bersama encik tunang ke Kuantan untuk membeli serba sedikit hantaran kahwin. On the way ke Kuantan tu singgahlah kejap kat Romantika. Dah lama nak singgah tapi baru aritu berkesempatan.
Encik Tunang berposing jap depan Romantika.


Romantika ni kat bangunan apartment depan Giant. Dua tingkat. Saya cuma beli satu barang jer kat sini. hehe.. tempat letak lilin tu...harga RM15.. Kalau masuk dalam ni memang rambang mata sangat2... macam orang gila rasanya.. encik tunang pun layan kan ajerla.

Next.... kitorang gi Kuantan Parade. Misi mencari seluar jean nak buat hantaran. Nak letak sekali dengan t-shirt berkolar.. saya tak beli kemeja sebab encik tunang macam kurang sesuai jer pakai kemeja lagipun dia jarang pakai kemeja ni. Kalau t-shirt berkolar tu konpemla dia akan pakai kerja.


Ni uncle yang otter seluar encik tunang. Kecikkan kaki seluar dan seluar tu la..Uncle ni terror giler jahit. Tak ingat apa nama kedai tempat seluar ni tapi agak glemer la jugak. Tingkat 1 dalam Kuantan Parade. Kedai ni sederet dengan kedai2 yang jual seluar jeans jugak... adalah dalam 3 kedai kot kalau tak silap.. Sebelah kedai ni ada kedai aunty cina tapi macam garang dan sangat tak friendly!! menyampah.. terus ajak encik tunang cari kat kedai lain.

Seterusnya....

Misi nak cari kedai jahit baju melayu encik tunang. Sebenarnya dah beli sepasang baju melayu siap kat Alamoda masa raya tu. Siap dengan sampin lagi.. tapi color yang dibeli tu tak match dengan baju nikah saya... padahal dah bawak contoh masa tu tau. Mungkin sebab malam dan pengcahayaan lampu yang menjejaskan penglihatan mata. Sebab tu la kami berpakat nak cari kain pastu upah jer jahit. Ni kedai kat dalam Kuantan Parade jugak. Naik je eskalator ke Tingkat 1 terus nampak kedai ni. Star Golden rasanya nama kedai tu. Upah jahit baju melayu sepasang RM130 tak kira lah design macam mana pun. Saya mintak encik tunang buat baju melayu macam biasa jer takdelah berdesign sangat2. Cuma dia buat hujung lengan bercekak supaya nampak kemas. Baju melayu dah siap tapi saya tak ambil pulak gambarnya. Encik tunang suka sangat.. dia kata baju tu jahitan sangat kemas dan sangat selesa dipakai :) 10hari dah siap.... cepat kan.... kira last minute cari baju nikah ni...alhamdulillah dah settle.


Baju nikah kami color peach oren lembut... ---> baju nikah saya
Veil dan shawl saya tempah dengan blogger birubi tapi belum up entry lagi... banyaknya nak cerita.. sedang bizi dengan persiapan nak kahwin... 

18days more to go......my solemnization day

Doakan saya kawan2 semua.. perasaan nervous tu semua ada... persiapan pun tak rapi sangat sebab ada cerita di sebalik tarikh kahwin ni... semua persiapan dibuat tak sampai dalam 2 bulan pun.....giler kan...hehe





Read more ...

Bride To Be : DIY Hantaran

Jika masa tunang dulu saya DIY Hantaran saya.. jadi, untuk kahwin ni pun saya teruskan misi yang sama. Lagipun bila buats endiri ni lagi puas hati :) Biarpun tak lawa mana kan...
Yang best bila part g beli barang2 nak buat hantaran tu... rambang mata sangat2... pastu mula lah tukar kaler plak..haha

Meh tengok hantaran masa bertunang dulu...----> Hantaran masa bertunang
Pilihan untuk kahwin ni saya nak yang nampak elegan dan ekslusif..kononnya... nak simple jer...
Kaler pilihan kali ni adalah silver+maroon/merah 
Saya nak guna maroon tu sebabnya rambu ramba tu banyak sangat lebih masa tunang dulu.. Daripada membazir macam tu baik saya guna untuk kahwin pulak..
Encik tunang guna kaler gold+hijau.. cantik..... idea dia sokmo bernas! jeles i... hihi...

Masa ni baru siap 3 bijik bantal... saya balut dengan kain satin dulu baru balut dengan kertas pembalut tu..

corak kertas pembalut dari dekat... yang bunga tu just letak dulu... kena tambah lagi sebab kosong sangat.. 


Yang bawah tu belum balut lagi.

Nanti dah siap sepenuhnya saya update yer...
Read more ...

Bride To Be : DIY Goodies

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin...

Masa raya ketiga aritu saya berkesempatan ke Nilai untuk beraya di rumah sepupu. Dah alang2 kat Nilai, saya pun singgahlah kedai yang patot..tapi masa tu banyak lagi kedai tutup sebab masih dalam minggu raya kan. Harga pun boleh tahanlah mahal..
Saya sempatlah beli frame ayat Al-Quran, karpet, pastu goodies sket nak tambah2..
Beli kat VStar sebanyak 50pcs jer. Glass jar. Ada promosi masa tu
Cuma RM 0.75 sen sahaja per pcs.

So, balik rumah tu tengok ada lagi benda2 untuk deko. Daripada tak guna saya pun hentam jerlah untuk DIY Goodies tu. Ada 3 jenis design yang dihasilkan. Sebab tak cukup alat. hehe... Nasiblah siapa2 yang dapat kan. Yang ni untuk saudara mara takpun orang blok saya jer... ada tambahan lagi.. campur2 ma beli..

Nampak tak ada 3 pattern yang berlainan? hehe

simple jer kan.. just tampal rama2 sebagai deko


Counting my days... less than 1 month to go...

Bride to be from pahang

Read more ...

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 
Read more ...

Topap RM5 pun okey jer

Read more ...

Review Ephyra selepas sebulan

Terutama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu kak mia sebab memberi peluang kepada saya untuk mencuba produk yang glemer ni... bila orang dah bagi guna free kenalah review pulak kan...hehe... apa kesan pada saya...

Entri ini dikarang sebagai memenuhi syarat untuk fasa kedua Giveaway Ephyra seperti yang telah saya buat di entri INI. Untuk info penuh pasal produk Ephyra ini sila jenguk ke entri Ephyra untuk sihat bertenaga.




Harga promo dah RM180... Tapi berbaloi2 untuk kita kelihatan cantik dan sihat menawan!
Duta produk Norman Hakim dan Memey... Diorang nampak berseri2 kan... Alhamdulillah... berjaya dapat sekotak ephyra untuk dicuba selama 30 hari... Saya cuma amalkan sepaket sehari :)

Start minum ephyra pada 20 Jun 2014. Masa dapat bungkusan tu memang seronok sangatlah kan.. Barang best kata orang.. dengan review yang mengujakan dariapda pengamal ephyra. Siap dapat t-shirt ephyra lagi tau. Best sangat...

Sekotak ephyra 30 sachet serta t-shirt yang best!


 


selfie dulu tanda kenangan...hehe...

Siang dapat produk, malam terus start amalkan...

CARA PENYEDIAAN EPHYRA

Sediakan segelas/secawan air suam untuk 1 sachet ephyra. Jangan guna air panas! Saya cuma kacau sampai larut serbuk tu. Boleh juga gunakan shaker dan goncangkan saja.
Rasanya macammana ?? sedap... masam2 manis oren tu... tak muak pun...dululuskan oleh KKM.. guna bahan semulajadi jer..tanpa bahan pengawet.. tak perlu risau :)


TESTIMONIAL...

1. Kulit muka lebih berseri. Wajah semakin anjal. Parut pudar.

WAJAH SEBELUM MINUM EPHYRA


Kulit saya memang sangat sensitif. Jerawat bermaharajalela.. Pantang salah produk pasti keluar berbiji2 jerawat sekitar pipi. Ada yang besar dan ada yang kecil. Wajah saya juga nampak sangat kusam kan...Tak dinafikan lagi.. Itulah sebab nak sangat try ephyra ni... 
Gambar masa raya Aidilfitri 2014..


Muka saya dah pudar parut jerawat. Kulit muka jadi cerah. Tak kusam lagi..
Terima kasih pada Ephyra membuatkan raya saya lebih bermakna...Ramai yang tak percaya kalau saya kata umur dah 30 tahun...hehe...

2. Badan lebih bertenaga, kenyang selalu.

Saya start consume Ephyra ni kiranya sebelum berpuasa dan dalam bulan puasa. Yang membuatkan saya rasa terkesan sekali pasal produk ni adalah saya takde rasa lapar lansung pun sepanjang hari di bulan puasa tu. Biasanya kalau tahun2 lepas saya rasalah jugak lapar tu kalau tak pagi, petang2 dekat nak berbuka tu. Ajaibnya dengan ephyra ni rasa lapar tu tak muncul pun...malah badan saya lebih bertenaga! Sihat dan segar...

3. Perut lebih kempis

Disebabkan rasa kenyang tu, maka, saya boleh minimumkan pemakanan saya... secara tak lansung kesan pada badan... yang saya perasan perut saya tak terlalu buncit dah...hehe.. malu pulak... tak ditunjukkan kat sini la gambarnya... mak saya yang tegur ni tau... serius...

4. Pelawasan lancar

Saya ni jenis payah sikit nak membuang air besar. Tapi sejak amalkan ephyra ni sistem pelawasan saya sangat lancar... tiap hari mesti akan membuang.

Setakat ini itulah keberkesanan ephyra pada saya. Diharapkan semoga saya akan diberi kesempatan lagi untuk mendapat produk ni...Kalau korang nak lebih info jom singgah mana2 link info di bawah.

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889



















Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...