Koleksi Baju Raya Online Cantik

Pejam celik pejam celik tak lama dah sambut Bulan Ramadhan kan...
Lepas tu raya pulak.. InsyaAllah kalau dipanjang kan umur...
Kali ni saya akan beraya sendiri. Maksudnya bukan dengan family...hihi...
Harap2 boleh kurus la nanti...
Lepas raya nak kahwin pulak...Oh persiapan kahwin.... banyaknya nak kena setelkan...

Simptom mencari baju siap/ ready made ni bermula sejak nak bertunang baru ni. Sampai sekarang tak hilang lagi simptom... Banyak baju yang saya berkenan tau. Tapi apakan daya..kenalah menahan nafsu membeli tu dulu... Kena fikirkan persiapan nak kahwin!!!!

Jom usha2 baju kat page ni... Harga yang reasonable :)

PAGE BAJU READY MADE YANG CANTIK







Read more ...

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Read more ...

Memori kad rosak

Selepas skrin s4 pecah kini memori kad pulak rosak...
Tak sampai 3 bulan lagi kot pakai...huhu
Tetiba tak detect...
Dahla beli 16GB... Brand Kingston...
Mujurlah gambar2 banyak dah transfer... especially yang engagement day tu...

Siapa nak blanjer saya memori kad ni?


Read more ...

Order POP CHEF di Jackcow

Thanks pada member ofis yang memperkenalkan alat ni pada saya :)
Sebenarnya ini adalah idea untuk buat gubahan buah masa kahwin nanti.

Alat ni memudahkan kerja...
Senang dan mudah untuk menggubahnya di atas meja nanti..

Nama alat ni POP CHEF...
Survey harga dapat RM35 ada sorang blogger ni jual. Pastu tengok website deal offer lagi murah :)
Cuma RM23 SAHAJA include postage tau!


Kotak luar..

Isi dalam.. ada shape (6 jenis) pastu lidi

buku resepi pun ada..hehe

Cara menggunakan :



mudah jer kan...

contoh hasil menggunakan Pop Chef





Read more ...

Bride To Be : DIY Brown Paperbag dan Doily Paper







Saya cuma search dari google jer...

Doily paper saya dah order...

250pcs = RM10
Saiz : 4.5"

Postage RM 6

Kos = 750 / RM36 
= RM 0.027

Jimat kan??? hehe
Bajet for wedding...


Inilah kaler2 yang saya order tu... tak sabar nak DIY Paper bag ni :)


Beli dengan sherot... Dah dapat da pun...
TQ yer...

 Tinggal nak order brown paper bag jer lagi... dah dapat tempat nak order tu cuma masih berkira2 nak order design macam mana..

Dah survey habis paperbag ni.. paling murah korang boleh usha kat FB wan printing solution
Siap printing baru RM 0.25/pcs

Siap dengan doily paper pun boley.. boleh terjah page dia untuk details yer...

Read more ...

Teaser Baju Nikah Peach Oren

Semangat membuat checklist ni.. download daripada page Bride To Be.
Alhamdulillah.. ada checklist ni mudah sikit kerja.. terutur segalanya.. InsyaAllah...

Next entry saya akan cerita pasal wedding checklist saya tu yer...

Saya dah beli baju untuk pakai akad nikah... Last2 beli yang dah siap jer.. Lagi senang.. Lagipun ukuran saya ni taklah susah mana nk dapat... Cuma ada certain part yang agak mneonjolkan lemak..huhu.. dah gemukkkkk!!!!! Stress idopp...

meh tengok sikit baju ni... kaler peach oren.. mmg nak warna ni pun...


Beli online jer... malas nk susah payah pening dah..
Ni dress... ngam2 dengan saya.. lambatnya nak nikah.. tak sabar nak menyarungkan baju ni..

baru jer tempah veil.. tp lmbat lagila siapnya....  :)





Read more ...

Rezeki seperti kemahuan diri


Alhamdulillah...

Di saat jiwa yang stress dek berat badan semakin menaik... hihi
Bertuah badan dapat total image fat loss
Review pasal produk ni boleh dibaca kat entri cik blogger kita yang sweet ni
TERIMA KASIH menganjurkan giveaway yang senang tu :)

Baru ni dapat try yang SLIM FAST DIET tu.. masih dalam proses pertandingan lagi.. 
Kalau masih belum tahu terjah dulu entri pasal SLIM FAST DIET ni...





Read more ...

Angkara babi remuk yellow

Insiden berlaku pada hari sabtu
lokasi jalan paloh hinai - pekan
eksiden antara myvi dan babi...

sian encik tunang..

 "sabar yer awk... Allah sedang menguji tahap kesabaran awak...
moga awak tabah dan sabar menghadapinya... Saya ada bersama awak untuk semangat... jangan down2 okey..."





Read more ...

Bride To Be : Tukar warna baju nikah






Antara 3 warna di atas...
tak tahu nak pilih yang mana... 


design nak yang macam ni...

Warna baju ?
Warna lace?
Warna manik?

Sedang memikirkan gabungan warna yang cantik dan menarik.



Read more ...

Bride To Be : Baju nikah + Veil

Antara yang penting dalam sesebuah majlis. Kalau tudung tak cantik nanti gambar pun tak cantik la kan.
Banyak online shop yang jual custom made halfmoon shawl dan veil ni. Harga pun dalam range RM100 - RM150 untuk veil/shawl yang ada lace dan beading.
Saya sedang mencari untuk akad nikah. Semalam ada post pasal baju nikah outfit satu set sekali dengan baju melayu. Tapi hari ini saya jumpa lagi yang lebih murah. Dalam proses hunting lagi ni. Banyak pilihan yang boleh dibuat. 
Antaranya :

1. Tempah dengan tailor. Kain disediakan oleh tailor. Cuma cakap nak design, material dan warna apa.
2. Kain dah beli siap2 pastu hantar jer kat tailor.
3. Beli baju plain kemudian upah jahit manik/lace/bead.
4. Beli baju siap2 yang dah cantik tu. Tinggal nak cari shawl dan veil jer lagi.
5. Beli baju siap pastu buat sendiri jer shawl dengan veil tu. Lagi menjimatkan ni.


Antara pilihan yang ada ni saya pun masih berkira2 nak pilih yang mana satu. Setakat ni saya rasa no. 1 tu senang bagi saya. Tak peru nak fikir apa2.. Cuma siapkan duit jerla. Bayar deposit pastu beritahu design macam mana nak. Boleh tempah untuk lelaki juga. Cuma tambah RM140-RM190 jer untuk dapatkan warna yang sama dengan perempuan punya.

Jom tengok contoh2 veil dan shawl daripada beberapa online shop yang ada jual. Dah tertera page shop di gambar tu...





Masih dalam kesamaran. Help me....





Read more ...

Bride To Be : Misi Baju Nikah

Walaupun masih belum ada tarikh yang betul2 lagi, namun, saya perlu memikirkan semua ni dari sekarang.
Bukan semangat tapi yela kan... nanti banyak lagi yang perlu disetelkan. 
Nak sewa? lebih kurang jer... kalau tempah pulak kena cari tailor dan kos upah bukanlah murah macam tempah baju biasa2 ni.
Setiap hari dok membelek kat facebook meng'usha' baju dah siap. Memanglah ada yang berkenan tetapi tidak menepati citarasa sangatla. Lagipun masa bertunang aritu dah beli baju siap.
Yang penting baju akad nikah tu taknak warna putih sebab encik tunang nak pakai baju melayu tu nanti untuk akan datang. Jadi, kalau warna putih tu agak kurang sesuai bagi dia. Saya pun fikir macam tu jugak.
Asalnya nak order baju ni tetapi dah habis pulak. Tanya kat dua online shop...Last2 nak cari yang lainla. Nak cari yang simple jer siap sekali dengan veil senang... dapat siap dengan pakej lelaki punya pun lagi senang kan.

Ini koleksi daripada Dina Asfur Dressmaker



Ini pulak dari koleksi Fatin Raihani


Yang penting saya nak buat baju kurung moden jer... dan saya ada jumpa satu blog ni yang menawarkan harga sangat berbaloi rasanya....

Design yang saya nak buat macam kat bawah ni jer.. cuma warna jer masih samar2 lagi nak buat warna apa.


Tengok sini link birubi

Satu set macam ni hanya RM500

Rasa2 berbaloi ke tak yer?? Saya rasa harga tu dah ok sebab nak beli kain dan lace pun dah mahal kan.. Nak upah jahit lagi... ke ada cadangan lagi bagus??




Read more ...

Tolong saya... Nak kurusss....

Selepas mereview produk SLIM FAST DIET ni, kami sebagai peserta haruslah mempromote page kami di entri My Beauty Herb untuk melayakkan kami menang hadiah seterusnya.

Oh...itu yang melemahkan saya! Nak mintak orang like di facebook.
Namun, saya hnaya berserah pada kalian semua.
Jika hendak membantu saya amatlah dialu2kan dengan seikhlas hati
Moga jasa kalian diberkati dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Manalah tahu kan.. rezeki orang yang nak berkahwin...Dapat menguruskan badan... Nnati nak g fitting baju takdelah malu sangat..huhu...

Kalau sudi jemputlah membantu saya untuk like entri ini di facebook.


TERIMA KASIH SEMUA YANG SUDI LIKE...

Read more ...

Dapat dah telefon free Ninetology

Dah lama entri yang pasal email tu tapi henfon baru dapat 3 hari yang lepas.

Penantian berakhir. hehe

Kat sinilah tempat ambil telefon tu

Dapat 2.. satu untuk adik saya.



Siap dapat no celcom lagi.

Jenama Ninetology Pearl Mini 5350

Tengok harga pasaran dalam RM180
Boleyla kan.. saper yang nak bagi free2 kan...

terima kasih pada SKMM/Myeg 

Read more ...

Engagement Day - Sweet Day

Tarikh : 30 Mac 2014 (Ahad)

Alhamdulillah.. dah selamat jadi tunangan orang. Insan tersayang.. chewahh...
Encik tunang yang tersayang... mulai saat ini kita dah ada ikatan. Dah lepas satu step ni..hihi. Usaha untuk step seterusnya pulak.. Tak sabar rasanya nak buat preparation for wedding day!! Gataillll...

Majlis dijadualkan bermula selepas Zohor namun ada sedikit kekeliruan dan menyebabkan kelam kabut sebabnya sebelah encik tunang datang terlalu awal. Bayangkalah jam 11.30 pagi dah sampai!!! Sangat kelam kabut dibuatnya. Bayangkan ketika itu saya masih belum bersiap apapun! Mujurlah mak andam dah ada... Alhamdulillah... Lauk pauk pun dan dan jer dah masak semua. Persiapan di khemah pun dah setel. Kalau tak lagilah kelam kabut dibuatnya.
Masa diorang dok berbincang tu saya bersiap. Dalam masa 15 min jerla mak andam mekapkan saya. Memang kerja gila katanya. Patotnya ambil masa dalam 30 min untuk mekap yang ok! huhu.. apa nak buat.. Moon.. sorry...

Yang penting majlis dah selamat dengan jayanya. Terima kasih tak terhingga buat semua yang menjayakan. Special thanks untuk tukang masak dan ahli2 blok yang bertungkus lumus dari pagi menyiapkan hidangan makan tengahari. Untuk family saya, jutaan terima kasih kerana semangat untuk menyempurnakan majlis pertunangan saya ini. Kerja keras dari pagi hingga siap majlis. Adik2 tersayang... ipar tersayang... yang penting sekali mestilah buat ma dan abah yang merestui hubungan saya dan encik tunang :) Eceh... merestui...

Jom layan gambar2 yang ada. Adik yang kedua bongsu tolong amik gambar ni. Tak banyak sangat ada. Setakat ada orang kata. Lagipun keadaan kelam kabut. Tak dan nak suruh itu ini.


Bersama dengan ma abah tersayang. Terselit ank buah manja di situ. Nak jugak bergambar.

Kami... bersama anak2 buah masing2.

Masa perbincangan. Sebelah saya ada 2 orang jer lelaki.. majlis kelam kabut namanya. Itupun menjemput tukang cakap tu kat ruamh kenduri kahwin blok lain.

Sebelah saya dan sebelah encik tunang.

Me di atas pelamin. TQ Moon untuk pelamin yang superb ni. I like....

Sesi snap with belah encik tunang. Tudung hitam tu kakak ipar saya. Tapi dia lagi muda dari saya tau. hehe.. saya dah tua umur tapi muka sweet lagi.. haha..perasan!!

Bersama kek yang sedap tapi murah.

Me with Pearl HB... entri tentang hand bouquet ada diceritakan di SINI

Me again.. Pose yang ekslusif..hihi.. dalam FB pun xde gambar ni tau. Blog reader jer yang boley tengok..Entri pasal baju tunang yang saya tak suka tu.

Sekian sahaja untuk tatapan pembaca sekalian. Doakan kami dipermudahkan segala urusan untuk ke jinjang pelamin pula. Kami ikat setahun hidup.. Harap2 ada rezeki untuk bertukar status pada tahun ini juga. Encik tunang saya tu orang kampung sebelah...Dekat jer rumah kami. Saya Chini Timur 3 dan dia pula Chini Timur 2.
Saja nak orang dekat2 supaya senang nak balik kampung mana2 pun. Takdelah bertelingkah time raya. 

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...