Review Produk Pelansingan : Slim Fast Diet Berkesan

Produk yang saya dapat daripada Giveaway anjuran Kak Mia.
Bukan senang nak dapat review sesuatu produk ni kan. Terima kasih kerana memilih saya antara pemenang yang berjaya dapat produk yang sangat superb ini.
Body idaman setiap wanita. Tak terkecuali saya yang dah macam tempayan ni. Bayangkanlah berat saya yang dulunya maintain 50kg dah naik jadi 62kg tau!! Giler kentang orang kata. Betapa seriaunya rasa. Dahla bujang lagi tapi body mnegalahkan mak dara! Siapa yang tak risau bila semua kawan dan saudara mara tegur badan makin berisi.

Kenali Produk dahulu okey...

Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang. 
Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut.
Penggunannnya adalah memastikan anda tidak berlapar semasa didalam proses diet. Untuk proses penurunan yang lagi cepat lagi berkesan, lebihkan makanan yang berprotien seperti ayam, ikan, daging, telur, seafood dan sayur. Kurangkan memakan makanan yang berminyak, susu, gula, berkanji, gandum dan beras untuk mendapatkan kesan yang optima. Minumlah air kosong 2-3 liter sehari supaya lemak yang dibakar dapat keluar dari badan melalui air kencing dan peluh. Penggunaan yang berterusan dapat dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal, meningkatkan dan menyeimbangkan hormon sekaligus memelihara keseimbangan kesihatan secara menyeluruh.

Bagaimana produk ini membantu penurunan berat badan.

SlimfastDiet membantu dalam meningkatkan jumlah kalori yang dibakar secara konsisten melalui proses yang semulajadi. Oleh itu, dengan mengurangkan pengambilan kalori didalam badan anda akan memastikan berat badan anda akan turun dengan cepat dan ketara. 

Slimfast Diet juga dapat membantu dalam mempertingkatkan proses metabolisma didalam badan yang mana dapat membantu untuk membakar lemak degil.Pengambilan Slimfast Diet dapat mengurangkan selera makan anda dan dalam masa yang sama berat badan dapat dikawal secara berterusan.

Slimfast Diet juga memberi tenaga kepada anda supaya anda tetap cergas seharian walaupun didalam program diet.Perkara penting yang perlu diingat adalah bahawa walaupun Slimfast Diet terkenal sebagai makanan tambahan untuk penurunan berat badan, adalah perlu untuk seseorang itu melakukan senaman supaya mendapatkan kesan yang optima dan kesukaran untuk menurunkan berat badan dapat diatasi.


Pandangan hadapan produk


Pandangan belakang kotak


Saya bancuh slim fast diet ni dengan air suam. Rasanya masam2 manis gitu. Sedap tau!

Kesan selepas minum produk...

Hari pertama saya minum produk ni, selepas makan malam tapi dah lewatla..sebelum tidur dalam pukul 11 lebih. Pukul 3 pagi saya terjaga sebab rasa memulas sangat2 perut saya ni. Saya ingatkan salah makan tetapi sebenanrnya sebab Slim Fast Diet ni yang telah mencuci dan membuang segala toksin dalam badan saya. Hari pertama saya minum tu memang agak kerap saya ke toilet. 6x tau!!! Alhamdulillah.. masalah sembelit saya selama ni boleh diatasi dengan minum produk Slim Fast Diet ni. 

Seterusnya hari kedua saya tetap merasa perut memulas tetapi berkurangan daripada hari pertama. Begitulah seterusnya sehingga hari ke sepuluh dah kembali normal. Toksin dah habis buang kot. 

Yang bestnya masa dalam tempoh tu, perut saya kempis!!! serius tau... sangat suka hati..
Saya timbang berat berkurangan 2kg. Bagi saya ia adalah penurunan yang sangat besar sebab saya jenis susah sangat nak tuurn berat badan ni. Kadar metabolisma saya tersangatlah rendah.

Sepanjang tempoh minum Slim Fast Diet ni, rasa untuk menjamah makanan tu agak berkurangan sehinggakan pernah satu hari tu saya tak ikut member2 keluar makan tengahari kerana nafsu untuk makan tiada lansung!

Testimonial BERGAMBAR

Tengok gambar saya pada Disember 2013 ni. Malu.. Baju tu dah ketat dengan saya.Muat2 jela pakai. Padahal baju raya tahun 2012. Berat naik hampir 5kg sejak tukar kerja di hospital ni.

Ketara sangat perut buncit. Sangat malu.

Gambat terkini sempena hari pertunangan saya pada 30hb Mac 2014. Masih lagi berisi tapi perut tu takdelah nampak sangat buncitnya kan...



Perut dah kempis... kalau tak malu nak pakai dress masa bertunang semalam.

Kalau saya berpeluang lagi untuk mencuba produk ni, pasti saya berasa sungguh bertuah sebab merealisasikan impian saya untuk lansing di hari bahagia saya nanti. Apapun peluang untuk mencuba produk ini selama 10 hari sangat mengujakan saya tambahan dapat review di hari pertunangan saya. Berat saya turun 2kg hasil minum sekotak Slim Fast Diet ini. Walaupun tak besar mana angka tersebut tapi sangat berkesan untuk saya melawas setiap pagi. Bayangkalah kalau setiap hari minum. Pasti badan saya lansing bak model dan artis macam kat tv tu kan...hehe.. berangan...Moga lepas ni dapat minum lagi. Rasanya yang sedap pasti membuatkan anda terasa mahu lagi. betul... Rasa buah rasberi... masam2 manis...

Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.
Read more ...

Persiapan Pertunangan 3 : Pelamin dan bunga tangan

Beria nak bertunang kan... nak pelamin bagai. Alang2... dahla saya seorang jer anak perempuan dalam rumah tu. kalau bukan saya yang beria, siapa lagi kan.. hehe.. asal taknak bertunang, tetiba bertunang awal dari yang dijangka. Nak bertunang buat simple2 jer tetiba nak pelamin, hantaran banyak2 dan panggil satu blok. Ingatkan nak jemput orang yang terdekat jer. Sanak saudara yang boleh datang.

Pelamin mini yang menjadi idaman kalbu.. chewah.. jom saksikan...agak2 yang mana saya akan ambil ilham design yer? hehe...






Bunga tangan atau bahasa omputehnya Handbouquet.

Sebenarnya tak plan pun nak order untuk bertunang. Memang addicted nak yg pearl punya tapi nak pakai masa nikah dan sanding tetiba nak bertunang awal pulak. So, guna untuk bertunang jerla. Tapi design saya cari sendirila kat google dan mintak designer tu buat ala2 macam tu. 

Inilah warna dan design yang saya request. Peach dan mint sikit2.. Bunga satin kat abwah. Taknak guna artificial flower...pastu nak riben dan pemegangnya pearl penuh.

Bunga tangan bersama hantaran

Saya sangat suka bunga tangan ni. Cantik. Nak order untuk kahwin pulak nanti. Ngade jerkan. Padahal kalau pakej mak andam dan pelamin tu siap free bunga tangan ni.





Read more ...

Dia dan hobinya


Tahukah anda apakah namanya mende alah ni?
Inilah cetok..
Ianya digunakan sebagai bekas untuk membawa burung tekukur kemana - mana dan juga untuk membawa pikat/denak pergi memikat. Selain itu ianya juga digunakan untuk melatih burung tekukur untuk dijadikan pikat. Bahan - bahan asas yang digunakan untuk membuat Cetok terdiri daripada Rotan, Plywood, Jejari motosikal dan Kayu. Harga Cetok bergantung pada bahan, ukiran, saiz dan ketahanannya yang mana boleh diperolehi dari harga serendah RM40 - RM700 
Sumber : pemikat tekukur


Inilah en.yellow saya... kalau dia tahu saya panggil dia en.yellow mesti kena lagi...huhu..sori abang!!! sukala dengan nama tu....dulu dia tak pandai nk buat peace ni.. pahtu sejak kenal dah jadi trademark pulak kat dia..haha

kedai cina kt Pekan. Tak banyak sangat pilihan kedai yang ada kat Pekan ni. Jadi, agak mahal sikitla barang dia.

Kedainya kecik jer.. biasalah lot kedai kan... Pendapat saya, kalau kedai haiwan ni sepatutnya kena kat kawasan yang lot tanah luas baru okey. Barang2 dan haiwan nak dijual pun senang sikit nak atur.

Entri yang tiada intro! terus jer gambar! hehe.. sebenarnya en.yellow ni mempunyai hobi suka memikat burung tekukur dan memikat ayam hutan. Berseni katanya. Entahla..saya pun kurang faham seni tu. Tak minat kan...Kalau saya pergi kedai haiwan ni biasanya saya akan tengok ikan kecik2 tu dalam akuarium. Cantik dan comel. Pastu burung yang berwarna warni tu. Minat jerla..hobi tu rasanya belum lagi. Takut sekejap jer beria nak becara pastu tinggal macam tu jer.

Read more ...

Senaman kecilkan peha dan pinggul

Persiapan untuk majlis pertunangan. Mental dan fizikal...
Mental tu rasanya dah ok kot... seronok tetapi ada sedikit debar dalam dada... hihi...
Moga perjalanan masjlis nanti akan berjalan dengan lancar.. amin ya rabbal alamin.

Yang merisaukan sekarang adalah fizikal!!!
Dari dulu lagi perkara ini membelenggu akal dan fikiran... chewah...

Gaya hidup yang kurang aktiviti menyebabkan fizikal menajdi sebegini.

Tadi search kat google cara nak kecilkan peha dan pinggul yang tersangat besar dah ni dek duduk jer kat ofis.



Langkah 1 – Sandar di dinding





Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.




Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.

Langkah 2 – Menaiki Tangga




Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.




Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 3 - Lunge




Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.




Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.

Mulai saat ini jangan berlengah lagi. Jom lakukan supaya tak nampak macam buah pear...huhu
Read more ...

Persiapan Pertunangan 2 : Baju tunang

Baju tunang??
DIY? Takkanlah kan.. .. not talented dalam menjahit .. setakat nak jahit baju koyak takpela.. Nak upah jahit konpemla takkan sempat kan... last minute..padan muka saya kan..hehe

Usha Usha ... teringin kat satu dress ni .. kaler oren + mint green but tapi preorder. Dijangka tiba pada 25hb. Mac 
Masa tu jer takot takdan sampai. so. x orderla.. But my luck did not seem to. Dress sampai awal dari yang dijangka. huhu .. so sad sebab dah beli dress yang baru.



Dress yang bukan rezeki.

akhirnya beli dress macam kat bawah ni...


Tapi bila dah sampai rasa macam kurang berkenan. Dress tu cantik sangat tapi body saya tak berapa nak sesuai kot pakai dress macam tu. Kurung moden okla... Siapa yang nak beli??  Nak letgo murah dari pasaran ni. Ushala online shop tengok berapa harga dress ni. Saiz 40 yer... Kalau 


Read more ...

Persiapan Pertunangan 1 : DIY Hantaran

Plan last minute. Takde kaler tema apa2. So, pergi jer Cowboy pastu tengok jer mana yang berkenan. Kebetulan dah beli baju yang ready made warna kuning+coklat , jadi pilih kaler yang lebih kurang sama jerla... nampak sedondon katakan. KOrang2 semua jangan buat last minute plan tau.

Sabtu (15hb) - Pergi Cowboy beli barang2 untuk buat hantaran. Bukan barang nak letak atas dulang hantaran tu tau. Yang tu lansung tak becara lagi.

Selasa (18hb) - Malam tu pergi kedai kain sebab masa nak balut bantal tu macam tak lawa. Nampak putih gabus tu. So, pergi kedai beli kain satin warna kuning. Renda sekali sebab beli kat kedai bunga macma mahal sangat. Nak bajet..hihi.. guna renda langsir jer...ada manik2...

Harga : 

Kain satin : RM 3.00 X 2M  = RM 6.00
(Sepatutnya 1.5 m dah cukup tapi takutla tak jadi ker, belilah lebih. Untuk 7 bantal hantaran yer.)

Renda : RM 3.50 X 11M = RM 38.50
(9M dah cukup... ada lebih.. takpelah kan.. daripada tak cukup nak kena beli lagi sikit2... yang lebih tu nanti bolehlah guna untuk hiasan ke apa ker kan)


Tara.. inilah dia hasil shopping di Cowboy dan Kraftangan Seri Impian, Kuantan
Total habis beli barang2 untuk 2 belah pihak ni RM 296.00 


Inilah hasil selepas di balut dengan kain satin dan pembalut yang mengelip mengerlap tu. Susah jugak nak membalut kain tu. Tang bucu paling mencabar!! Mujurlah kawan2 ofis sangat bagus. Merekalah yang banyak membantu dari segi hantaran ni. Terima kasih sahabat semua! Sayang uolls!!! Untuk pengetahuan, saya buat kat ofis jer..tapi takdelah sampai komitmen kerja tu terabai... balik kerja sambung kat rumah pulak. 


Inilah hasil bantal yang dah siap balut dengan kain dan kertas pembalut tu. Lega sikit masa ni. Tinggal nak isi renda dan gubahan atas tu jer.


Ini pulak yang dah siap isi renda keliling. Not bad la kan.. Kos yang murah...


sesi mneggubah bunga hiasan di atas bantal pulak. Dahla beli bunga-bungaan kaler kuning belaka. Bajet base dai kaler coklat asalnya. Tak sangka last2 jadi kaler kuning. Sesi bajet di sini. Taknak beli bunga kaler lain da. Guna jerla apa yang ada kan. Beramai2 mencurahkan idea. Maka, terhasillah gubahan begini.


Inilah hasil gubahan bunga yang ada.


Setelah bertungkus lumus menyiapkan kesemua 6 bantal hantaran (1 lagi untuk sirih junjung)
Hasilnya sangat memuaskan hati. Alhamdulillah...Tinggal nak settlekan barang di atas tu jer lagi.





Read more ...

GA Mac 2014 by Emas Putih

Read more ...

Rezeki Tempat Kedua AVON

Alhamdulillah...

dalam kesibukan untuk membuat persiapan majlis, masih diberikan rezeki olehNYA..
Dah lama sangat peraduan ni dan serius! saya pun dah tak ingat tau
Tahu2 sampai kat rumah jer surat.. hehe...

Tak sabar nak ambil hadiah tu.



Read more ...

Permudahkanlah urusanku Ya Allah

Lama tak becara ke blog. Start my birthday 8 Mac yang juga hari kehilangan pesawat MH370 tu saya sedang bizi memikirkan persiapan untuk majlis pertunangan :)
Tak jangka secepat dan sewal ni nak bertunang tapi orang kata mende yang elok jangan dilambatkan. So, dengan semangat yang kental serta ketabahan diri kugigihkan juga untuk persiapan majlis ni.


Blog saya expired dia punya domain pada birthday, saya dah renew awal2 lg tapinya ntahla mana silapnya blog tak boley bukak...setiap tahun macam ni..huhu.. ingatkan bila dha bayar awal2 tu xdela jadi macam tahun2 lepas...tapi, saya silap...

Majlis pertunangan saya pada 30hb Mac NI.. Insya Allah... semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Untuk pengetahuan semua, saya tak ready beli satu barang apa pun. Apatah lagi tempah pelamin dan baju belaka2... Giler kan... Semuanya mengejut.. Terpaks apilih tarikh tu sebabnya minggu2 lain belaka dah full dengan kenduri kawen...

Time ni masih memikirkan apakah tema, baju hantaran dan sebagainya untuk majlis. Hari Sabtu nanti baru nak beria cari barang. Moga dipermudahkan.. Aminnn....

Macam dah suntuk sangat masa. Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.




Read more ...

Terima kasih Cik Rose Cute!!! Blog dah cantik

Entri rumah baru under renovation. Semangat nak blog yang fresh. Tetiba masa blogwalking jumpa dgn sis Rose ni yang menawarkan edit blog yang sangat murah!!! Sekali dengan header...

Edit blog personal cuma RM20 SAHAJA tau!!!! Dahla cute miut... bgtau jer nak tema camner..kaler apa.. header guana.. nanti sis Rose akan designkan. kalau macam tak berapa nak minat design yang dia buat, mintak tukar macam lain sampailah puas hati :)
Kes saya aritu header... saya ni minah bunga sket! Sekali jer mintak tukar pastu terus berkenan dengan design yang baru ni. Menepati citarasa. Maaf Sis Rose saya banyak songeh...huhu.. harap tak marah dan sudi melayan saya lagi.. Jangan lupa blogwalking ke blog saya lagi yer.


Kiut tak header ni??? suka giler.... comey jer kan ditambah dengan orang yang buat peace tu..jangan marah...

ni pulak kat sidebar. Tema sakura.. so ada ikon bunga sakura la...

Saya suka warna peach pink... janji nampak lembut dan keperempuanan. haha.. So far, sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja Sis Rose ni. Dahla cepat jer siap tempahan walaupun agak bizi.


Read more ...

linazlina.com dah nak expired


Renew! renew! renew!

Dah setel buat payment untuk renew domain 2 hari yang lepas. Sayang blog...hehe
Saya guna iHosterz jer..Ingat nak transfer domain ke company lain macam netKL ke pastu mahal sikit. terus tak jadi. Lagipun dah lama dengan iHosterz ni... Teruskan jerla..

Rm30 annually...



Read more ...

Kerjaya sebagai Application Support Engineer Hospital

Peace!!! saya di tempat kerja. Company saya ni hanya menumpang di Unit IT Hospital Pekan. Dahla sebelh dengan Bilik Forensik. So, kalau tengok ramai2 orang berkumpul kat luar tu kebiasaannya ada yang meninggal. Mayat dibawa ke bilik forensik untuk dibedah siasat.


Ini suasana ni Ward 3A. Ward perempuan ni. Di lorong tengah. Kerja saya selain sebagai helpdesk sistem hospital, bila ada staff nurse baru ker doktor baru ker, ahli farmasi baru ke..pendek kata ada staff baru hospital yang menggunakan sistem, maka, kami perlu create login sistem untuk mereka. Bila dah create tu, kena ajarla pulak kan sistem tu macam mana.

Hiasan yang diorang buat di dinding. Ada annauncement dll. Biasanya setiap ward akan ada 2 PC di kaunter. Bilik sister dan doktor pun maisng-masing ada 1 PC.

Time ni kawan saya sedang buat training untuk staff nurse (SN) baru. Masa tu ada 6 orang SN baru yang perlu diajar menggunakan sistem.

Tada.... tiada kaitan pun ni. Cuma nak kata buku ni cantik. BIT HQ bagi. Saya sayang BIT... hehehe.. bukan bodke yer....

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...