Banyak jugak yang kena ni..


Read more ...

Minuman kegemaran

Entri sebelum balik kerja.

Air yang selalu saya order di kedai.
Tak suka sangat teh o tapi fikir teh o kurang kalori. Kalo dah minum teh tarik pagi, petang atau malam akan minum air teh o jerla. Air manis jugak tp its better than air yang bersusu kan...
Slow slow untuk perubahan.


Read more ...

Duka semalam

Hidup ini tak selalunya bahagia..
adakalanya kesusahan melanda,
adakalanya kesedihan menyapa..
Disaat tawa kadang2 terselit tangis..
Disaat gembira kadang2 terselit duka..
Bahkan dalam tenang pun mampu berasa gundah,
dalam bahagia mampu berasa hampa..
Didatangi berita gembira mungkin sahaja beserta berita buruk,
Didatangi rezeki melimpah mungkin sahaja beserta hutang merata..

Inilah yang dinamakan kehidupan..
Penuh pengajaran dan pengalaman suka duka..
Hanya saja kau perlu sabar dan tidak putus asa,
agar kau mampu melalui segalanya
dengan jalan yang terbaik dan kau akan merasa hasilnya..
Yakinlah dengan firman Allah,
Dia tidak akan menguji hambaNya diluar batas kemampuannya. .
Dan sesungguhnya ujian itu adalah tanda cintaNya,
Dan bukti keimanan seorang hamba kepada Penciptanya. .

Wallahualam


Hail karya : nazirah
c&p from FB
Read more ...

Cash Out Nuffnang Kali ke-11


Amaun ?? sikit jer... 2 angka jer.. gatal tangan da...


kecewa sebab tak dapat iklan dah... terusla cash out.. hehe

Encik nuffnag, sila bagi kempen untuk menari di blog saya...


Read more ...

Cekodok/Cucur labu yang sedap

First time mencuba cekodok labu. Sebenarnya terpandang siapa ntah post dalam fb kata nk buat cekodok labu. Pastu balik rumah jer dok bunyi2 depan ma kata sedapnya cekodok labu.
Dah terbayang kelembutan dan kekuningan tu. Lagipun saya memang suka labu. Apatah lagi kalau buat manisan tu. Lemak2 gitu rasanya.

Tup tup! Hari ahad semalam tengok ma ada beli labu suku jerla... Mesti ma perasan yang anak dia dok bunyi jer nak makan cekodok labu. So, petang tu saya pun buatlah cekodok labu. Sedap... lembut jer... semua suka makan...

Resepi cekodok labu :

Labu (agak2 jerla nak banyak mana) .Saya guna suku jer 1/4
Gula (secukup rasa)
Tepung gandum
Garam
Air

Cara membuatnya :

Labu direbus kemudian dilenyek2kan. Boleh jugak kalau nak blender labu bersama tepung dan bahan2 yang lain tu. Ikutlah yang mana korang nak buat. Masukkan air jadi doh yang lembut macam nak buat cekodok biasa tu. Kemudian, gorenglah di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
Sedia untuk dihidangkan.





Read more ...

Mesin Basuh MURAH

Alhamdulillah...

Lepas jugak beli mesin basuh auto ni. Tak larat nak hantar dobi...hihi.. bkn xnk basuh tangan tapi keadaan tidak mengizinkan sejak duduk sendiri ni. Hanya part2 tertentu jer basuh tangan. 
Hantar dobi 2 kali seminggu biasanya. Sekali kena dalam RM 10 ke bawahla... kiralah kalo tuk sebulan berapa kan...tuk setahun lagi..

So, ada duit lebih sikit saya pun pergilah ke promosi barang elektrik di Dewan Kg.Mengkasar yang sememangnya murah. Dah 2 3 kali pergi pastu tak beli pun. Dok usha n usha jer... tapi saya tak snap pun gambar mesin basuh saya tu. Search jer kat google ni...

Kredit gambar : http://www.rakuten.com.my/

Inilah mesin baush yang saya beli tu.

7kg punya jenama SHARP...model ESS712

HARGA PROMOSI :  RM568

Murah gilerkan... usha kat website pun paling murah ada bagi RM599 jer paling rendah...

7.0 kg
Fuzzy Control
Stainless Steel Inner Tub
Delay Start Power Auto Off
Transparent Top Cover
5 Course Wash Programmes

2 year general warranty
3 year panel warranty
6 year motor warranty

Sebab kat atas tu la yang buat saya fall in love nak beli... :)



Read more ...

Disebabkan MAMPU

Sejak 2 minggu yang lalu, banyak website yang tak dapat akses dek MAMPU ni. Sedih jer...
Nak layan cerita kat tonton pun tak boleh. Mujurlah ada blog2 yang kasi link untuk download dan sebagainya.
Siapa yang kerja gov mesti menghadapai masalah yang serupa.
Saya ni bukan staff gov tapinya kerja kat gov. Company saya vendor untuk sistem sini. Jadi terlibat dengan masalah yang sama.


Banyak website yang disekat termausklah youtube, radio, mp3 dan macam2 lagila. Jadi, banyak masa yang boleh dilakukan untuk mengupdate blog dan sebagainya. Biasanya rutin harian saya adlaah tnegok cerita Ariana Rose yang episod semalamla. Al-maklumlah tv xde kat rumah sewa... harapkan internet kat ofis jerla. Lagipun bila kat rumah memnag tak online sangatlah sebab dah sakit mata mengadap pc jer selalu.



Read more ...

Nak menang RM500? Mudah sahaja!

JOM SERTAI CONTEST MUDAH NI. 

TEKNOLOGI DI HUJUNG JARI :)

Function terbaru dalam maybank2u di mana kita boleh mnegeluarkan wang dari atm tanpa menggunakan kad! Yang penting ada maybank2u. Ada no telefon. Kita keluarkan duit dari atam menggunakan no pin 6 digit yang akan dihantar ke sms penerima.


Win cash with Cardless Withdrawal

Getting hooked on online banking services? We have something better to offer you. Now with Cardless Withdrawal, you can send cash to anyone via Maybank2u or Maybank2u mobile app. What's so special about this service? Your recipients can withdraw cash without any ATM card at any Maybank ATM. That means, it is also applicable tonon-Maybank customers! How cool is that?
For a celebration, Cardless Withdrawal is having a contest starts from 7 January until 5 February 2014. You can be one (1) of the three (3) winners everyday to win RM500 when you send cash the cardless way! Let's try it now!

How do you send cash to your recipients?
  • Login to Maybank2u
  • Click ‘Transfer', then ‘Cardless Withdrawal'
  • Enter Recipient's mobile number, name and amount (minimum RM100)
  • Enter TAC and click ‘Confirm'
  • You'll receive a Withdrawal Code via SMS. Forward it to your Recipient

How should the recipients withdraw cash?
  • Proceed to any Maybank ATM, press ‘Enter' key and select your preferred language
  • Select ‘Cardless Withdrawal'
  • Enter Transaction ID
  • Enter Withdrawal Code forwarded to you
  • Retrieve your cash.
Note: The RM1 service charge will be waived until 28 February 2014.

sumber : maybank2u.com
Read more ...

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my


Nile.com.my merupakan salah satu website yang menawarkan harga berbaloi2 untuk kaki shopping. Ada promosi sekarang free delivery jika beli min RM48.

Kalau saya dapat angpow RM300 tu saya nak beli sandal scholl yang comfort tu. Nak beli 2 pasang sebab nak bagi pada ma sepasang :)
Harap2 bertuah... ada rezeki...
Amin Ya Rabbal Alamin.

Kalau korang nak join boleh lagi. Masih sempat ni.

Tarikh tutup : 21/01/14 jam 12pm

Tarikh diumumkan : 23/01/14 jam 2.30pm

Pemenang dipilih berdasarkan random sahaja.
Jom join. Manalah tahu ada rezeki kita dapat angpow kan...

6 Pemenang kesemuanya...




Read more ...

Murah rezeki dengan solat Dhuha



Doa yang dibaca selepas solat Dhuha. Bait-bait kata dan susunan yang sangat indah.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)



Read more ...

Kek vs Air

Kawan satu ofis yang tempah ni. Saya tak berapa minat sangat kek. Tapi sedap ni.. tak pasti pulak kek apa. Blueberry kot...
Pagi2 dah pos gambar makanan kan. Hehe

Ini pulak air. Kalau dulu saya mesti order air teh tarik tau. Memang minat giler2la. Tapi sekarang saya dah kurangkan minat saya tu dek kalori yang terlampau tinggi dalam teh tarik. Saya hanya order air teh o sahaja yang rendah sikit kalorinya. Susahnya nak turunkan berat badan. Namun, jangan putus asa... :)
Teruskan berusaha sehingga mencapai apa yang diidamkan tu.

Read more ...

Nasi Putih Talapia Goreng Sedap

Hidangan tengahari yang pasti membuatkan terliur nk mencubanya.

Lokasi : Bandar Pekan Diraja Pahang

Nasi putih ni sedap. lembut je nasinya. 


Rangup jer ikan ni. Memang puas makan. Cicah pulak dengan sambal tu. Memang ada ummpphhh!!! Besar pulak tu. Kongsi berdua pun okey.

Harga : RM 8.00 untuk hidangan di atas ni.

Read more ...

Pujaan hatiku - Carlo Rino

Cantik giler kan...

Siapa nak belanja ni.. Takpun ada rezeki terlebih ker. Bestnya kalau dapat. Nak handbag sekali nak matching dengan purse ni.

Read more ...

Let go murah2 saja


Info diambil daripada website Panasonic

Nak nego jer. Ada kaler hitam dan oren. 
Nak harga murah dan berbaloi2 diskaun just wassap me : 0129398584
Nak letgo jer sebab tak pakai. Menang dari peraduan Facebook Panasonic.


Ini pun nak let go jugak. Menang dari Peraduan Dumex Dugro tu. My nephew just minum yang perisa ASLI sahaja. 


Ada lagi 4 pcs perisa

1) Fruit & Vege
2) Multi grain
3) Coklat Strawberry
4) Madu Asli

Harga biasa di supermarket pun paling murah dapat RM 19
So siapa nak boleh wassap me okey.... Konpem berbaloi2...







Read more ...

Review Filem Balistik


OST BALISTIK - Balistik Cinta

Sebuah filem aksi produksi Rosyam Nor(RK Screen) & arahan Silver.Teraju utama - Adi Putra, Rosyam Nor & Jack Lim. Dibantu oleh Gan Mei Yan & Rita Rudaini


Mengisahkan pasal Saga (Rosyam Nor) yang jadi pembunuh upahan. Ada anak Rykarl namanya. Dia jaga anak dia seorang diri dari kecil sampailah umur 6 tahun. Isteri dia Rita Rudaini muncul untuk tuntut anak dia tu Rykarl. Rita masa ni kahwin dengan Nizam (Adi Putra) dah. Nizam ni anggota polis yang ditugaskan untuk menangani kes Saga ni. Kiranya Saga ni orang yang dikehendaki oleh pihak polis la.

Banyak aksi dalam cerita ni. Memang tak bosanla kan. Kejap2 lawan..kejap2 tembak. Last sekali Rykarl ni kena culik dengan ketua gangster. Masa part ni, Rita tembak si Saga sampai mati.

Pastunya, dah nak last tu ada flashback rupanya si Saga ni adalah bekas anggota polis jugak rupanya. Dia dah plan macam2 before. Guna peluru kapur jela untuk tembak mangsa tu. 

Tapi, tak rugi beli tiket wayang sebab cerita ni memang best!

Tengok kat pawagam best... dgn sound yang kuat serta skrin yang besar.






Read more ...

Jumlah kalori Dalam Makanan Kegemaran

tomyam campur

Saiz hidangan = 1 mangkuk bersamaan 355 gram

215 Kalori

laksa penang

Saiz hidangan = 1 mangkuk bersamaan 250 gram

260 kalori

nasi ayam

Saiz hidangan = 1 mangkuk bersamaan 250 gram

278 kalori

teh tarik

Saiz hidangan = 1 gelas bersamaan 250 ml

140 kalori

keropok lekor

sekeping bersamaan 30 gram

90 kalori

sumber dan gambar daripada kalorimakanan







Read more ...

Imej baru saya


Entri saya ---> PRO EYES STUDIO

Kaca mata baru saya.  Lee Cooper

Imej saya yang baru. Ok tak?

Ari Isnin.. Monday blues.... huhu.. dahla esok cuti pulak kan... Mood nak kerja tu agak ke laut la sikit...hihi

Nak ucapkan Salam MAULIDUR RASUL untuk semua umat Islam.








Read more ...

PRETZEL RANGUP YANG POPULAR

Jika sebelum ni fenomena durian crepe
Macaron pun pernah trend jugak dulu...

now...

PRETZEL pulak....

Sejenis kuih yang berasal dari Eropah kot.
Tekstur sedikit keras berbanding roti biasa.

Macam aunti anne pny kan bentuknya. Unik!! kecik2 jer.. comel sangat. Ada taburan almond atau hazelnut.

Yang ni member saya order daripada member dia.

website : www.refubee.com

Boleh buat doorgift ni untuk majlis kahwin. tapi saya tak mampula...hehe

Mini : RM10 (24-26 pcs)
Medium  : RM20 (45-48 pcs)
Besar : RM32 (86-90 pcs)

Read more ...

BONOS ! TERIMA KASIH

Rezeki yang datang.
Tanpa dijangka.

Baru 4 bulan berkhidmat tapi tetap dapat bonos...Tak dapat sebulan gaji namun tetap ada...

Alhamdulillah... syukur Ya Allah...

Selepas insiden skrin S4 pecah dan kereta langgar babi tu, inilah hikmahnya..
Sabar dan terus bersabar bila diuji. :)

kredit google 

ALHAMDULILLAH...

TERIMA KASIH BIT...


Read more ...

ASB OH ASB


Buku ASB saya yang dah buruk. Terselit duit yang baru kuar semalam. Hajat hati nk bayar untuk beberapa bulan akan datang tapi macam sayang jer. Rasa nak bershopping jer... huhu.. Bonos pertama buat loan ASB.

Buat loan RM30K start bulan April aritu baru bayar.
Alhamdulillah.. ada rezeki....

Semalam ambil cuti sehari sebab nak setelkan hal dan urusan bank.

Bayangkanlah... 3 jam kat maybank untuk saip urusan semua. Nak update dan keluar bonos dividen. Memnag betul2 menguji kesabaran tau semalam...

KORANG DAH UPDATE BELUM DIVIDEN YANG KORANG DAPAT ??



Read more ...

Menang Dumex Dugro Minggu Ke-2

Alhamdulillah..
Pembuka rezeki 2014...
Walaupun hadiah kecilan namun pembakar semangat :)

Target nak hadiah barang elektrik tu... Its ok.. belum ada rezeki...always keep positive in mind!!!
Maybe next time dapat hadiah kereta ker...manalah tahu kan...


Join contest ni pun pinjam anak orang punya gambar..hihi.. anak buah yang agak notti tu.

Read more ...

Teruja dengan susun atur

Bermula 2014, hajat di hati untuk meneruskan lagi blogging tetapi dengan momentum yang lebih tinggi sebab hasrat nk menambah pendapatan sampingan demi masa depan yang cerah. Che whah..ayat tak boley bla...

Lari topik pulak...

Sebenarnya tadi blogwalking satu blog susun atur ni. WOW!
Teruja sangat dengan cara beliau kemaskan rumah even benda yang kecik2. Boleh dijadikan inspirasi tu.


Sis, saya cilok gambar dari blog akak ni....

Kemas giler. Dahla lipat2 pastu by color pulak tu.

Banyak lagi yang menawan kalbu tentang susun atur beliau. Saya berharap suatu hari nanti saya akan jadi macam dia.

Alang2 ni saya nak promote sikitla...

Saya pengguna Shaklee tau. Dah berdaftar agen ni.. hihi... nak maju sleangkah ke depan.





Read more ...

Cheesekut sedap kali kedua

Alhamdulillah...
Selepas percubaan pertama buat cheesekut yang disukai ramai last week, terasa nak buat lagi untuk kali kedua. Tak puas makan... Bukan nak puji buats edap tapinya memang cheesekut ni sedap sangat dibuat sajian petang. Dahlah mudah, senang, simple apa lagi nak describe betapa semua orang boleh buat!

Pertama kali buat aritu biskut saya celup kejap sangat so agak rangup sikit biskut tu. Kali ni saya celup lama sikit. Pastu cheese tu agak cair...jadi lembik sikit sebab terlajak isi susu segar masa putar cream cheese tu.

Kos nak buat cheesekut (Anggaran sahaja tau) :

  1. Biskut Deluxe cracker/ cream cracker : RM4.00
  2. Cream cheese : RM8.00
  3. Susu segar : RM3.00  (Guna sikit jer untuk celup)
  4. Susu pekat : RM2.50 (Guna sikit jer sebab tak suka sangat manis2)
  5. Topping (Nestum/Milo dll)


     Total : RM 17.50

Putar cream cheese tu dengan susu segar sikit dan susu pekat agak2la. Saya isi tak banyak sangat pun. Tak sampaila setengah tin tu...

Biskut dicelup sekejap dalam susu segar dan susun dalam bekas. Pastu lapis dengan cream chees tu. Ulang sanpai habis.

Beginilah hasilnya.


Topping tu biasanya bubuh nestum baru sedap. Tapi nestum tak beli so bubuh jerla apa yang ada. Tabur milo jer. hehe... sikit jer tabur. Testing.

Nampak macam comot jer kan,. Tpi bila rasa mesti tak puas makan. Nak lagi.

Read more ...

SERVIS TERBAIK PRO EYES STUDIO

Berkesempatan untuk membuat cermin mata malam tadi. Incik yellow saya ajak pergi kedai kat dalam ECM. So, i just follow :)
Karang merajuk pulak... muka masam mencuka! huhu... biar dia puas hati...orang tengah sakit tu kena layankan ajerla..huhu...


Inilah kedainya. Dalam East Coast Mall (ECM) Kuantan. Ground Floor. Dekat tengah2. Ini kedai yang ketiga singgah. Outlet merata kat Malaysia ni. Yang buat saya percaya pasal kedai ni sebab ada award dan certificate. Kira tahap professional la diorg ni..

Inilah Patric. Consultant kat kedai tu. Memang bagus sangat servis yang dia bagi tu. Can be trusted! hihi
Tip top servis dia. i like...pastu boleh kautim harga lagila.... very nice....seriously...

Cuci mata tengok spek yang cantik2 ni

keadaan dalam kedai

bestnya kalau ada yang nak belanja ni.

memasang angan2 nak cari spek itam pulak pasni. Hope ada rezeki...

me! kurang sihat...hidung tersumbat. muka pun macam poyo jer...dengan pakai tracksuit jer..

penerangan yang berkesan menggunakan skrin hoya tu

Incik yellow saya berimej baru

Hope pasni mata awk dah ok :) Kepala awak dah tak pening lagi... 

Lupa nak cerita. Spek yang incik yellow saya pakai tu, Patrick kais pinjam jer tau. Dia macam kasihan sebab incik yellow amat memerlukan spek dengan kadar yang segera. Dia pesan jangan kasi jatuh, jangan calarkan...sebab nak pulang semula nanti. Spek incik yellow amik masa dalam 10 hari baru siap. Spek saya pulak minggu depan baru boleh ambil..

Harga spek mahal sebab guna nikon punya lens. pastu apa ntah lagi. kira untuk solve problem mata dan kepala incik yellow saya tu. Yang saya punya standard price cuma tambah untuk yang selalu mengadap pc/laptop/skrin hp tak bagi cerah sangat.

Lin punya : RM 480 (After diskaun RM188)
Incik Yello punya : RM1200 (After diskaun RM 338)

Rabak poket kan. Demi menjaga mata supaya tidak bertambah teruk, kugagahkan jua...

next week boleh update gambar spek baru...hihi

Read more ...

Skrub BELVYA untuk kurus dan lansing


Entri produk nak kurus lagi ni. Semalam pasal MZ Secret Body Spray kan. Petang semalam baru sampai order.

Belvya Perfect Shaping Scrub

KELEBIHAN PERFECT SHAPING SCRUB BY BELVYA

1) Mengurangkan saiz lipid (molekul lemak)2) Mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (cell lemak)3) Mengurangkan 1 hingga 2 inci dalam masa seminggu (terbukti secara klinikal)4) Menegangkan kulit kendur akibat kehilangan berat badan yang cepat5) Menghilangkan kehadiran selulit akibat dari kehamilan, baligh & berat badan turun naik. 6) Membentuk badan menjadi cantik 7) Menghilangkan lemak- lemak di muka serta meruncingkan dagu8 ) Menghilangkan dagu berlapis (double chin)9) Membantu membentuk hidung supaya kelihatan mancung dari biasa.10) Menghilangkan stress & memberi kesegaran melalui 5 haruman aromatherapy 11) Menghilangkan bau badan sehingga tidak perlu memakai deodorant12) Membuang sel-sel kulit mati & melembutkan kulit13) Melawan jerawat dan merawat jerawat di badan14) Mengurangkan tanda- tanda penuaan15) Menggunakan teknologi nano yang terkini16) Sangat berkesan untuk masalah perut buncit seperti orang mengandung


Rupa bentuk Skrub Belvya. 120gram jer...


Kotak yg simple. Buatan Malaysia.


Isi dalam. Kaler pink gtu.. baunya sangat wangi tau!

Tunggu testimonial daripada saya okey! Baru hari pertama pakai ni. SO far mmg best sbb baunya sangat wangi. KUlit terasa agak lembut bak kulit baby. hihi..

Cara pakai : 
Masa mandi tu skrub lah kat tempat2 yang lemak terkumpul tu. Isi air sikitla pastu gosok2 sampai meresap. Dalam 3 minit baru bilas dengan air. Sementara nak tunggu skrub tu meresap bolehlah buat aktiviti lain seperti gosok gigi ker..cuci muka ker...

Harga : RM75 (Harga promosi ni sampai 6hb Januari)




Read more ...

Try MZ Secret Promosi


Pandangan belakang kotak

Pandangan hadapan kotak

Kenapa Anda Perlu Guna Spray KURUS MZ Body Spray Ni ! 

Sebab 1: Kesan Dapat Dilihat Dalam Masa Yang Singkat 
Sebab 2: Dirumus Dari Bahan Semulajadi Dan Tidak Berbahaya 
Sebab 3: TIDAK PERLU Diet Dan Bersenam. Kalau buat lagi BAGUS! 
Sebab 4: Proses Pembakaran Lemak Yang Lama 
Sebab 5: Tidak Mengeluarkan Bau Kuat Dan Kurang Menyenangkan Sebab 6: Tahan Lama Sehingga 1 – 2 Bulan
Sebab 7: Mudah Dibawa Kemana-mana 
Sebab 8: Tidak ada pantang larang . Semudah semburkan sahaja Sebab 9: Sesuai Untuk Lelaki Dan Perempuan. 
Sebab 10: Disahkan 100% selamat oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) NOT130803507K


SOALAN-SOALAN LAZIM - UNTUK MZ SECRET BODY SPRAY

(1) Berapa lama boleh tahan 1 botol?
- 1 botol boleh guna sehingga 1 bulan.

(2) Berapa ml 1 botol?
- 125ml

(3) Berapa lama kesan boleh lihat?
- Kesan awal boleh dilihat seawal 1 minggu. Tapi bergantung juga kepada kondisi dan sistem badan pengguna. Ada yang mendapat kesan awal seminggu selepas penggunaan, ada yang 2 minggu, 3 minggu pun ada , sebulan pun ada. Malah lebih daripada sebulan pun ada kerana sistem dan tindak balas pada anggota badan berbeza-beza bagi setiap pengguna, jadi anda tidak boleh cepat berputus asa dalam menggunakan BODY SPRAY. InshaALLAH kesan positif akan diperolehi.

(4) Panas Pedih tak BODY SPRAY ni?
- Anda pasti suka menggunakan produk ini kerana selepas 1 minit anda menggunakan produk ini anda akan merasa sejuk seperti anda mengunyah gula-gula "HACKS". Kemudian rasa hangat akan menjelma menggantikan rasa sejuk tadi. Amat selesa untuk guna setiap masa.

(5) Cara-cara penggunaan BODY SPRAY?
- Hanya perlu sembur pada mana-mana anggota badan bermasalah dan lakukan sedikit urutan, itu sahaja!

Kawasan Wajib Sembur:
(1) Dagu
(2) Lengan
(3) Perut
(4) Paha

Urutkan secara putaran lawan arah jam
Untuk Kesan lebih baik, gunakan bengkung sambil melakukan senaman ringan

(6) Boleh tak guna pada kawasan Muka?
- Em untuk muka kalau mahu cuba, sila sembur pada tangan sedikit dan cuba sapu pada kawasan pipi, tengok apa kesan. Kadang-kadang kawasan kulit muka agak sensitif bagi sesetengah pemakai.


Harga Promosi : RM60 (termasuk postage)

MUrah giler kan...sebab tu saya beli. Hihi... baru sehari pakai ni. Harap2 berkesanlah....


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...