RON97 MEMANG MENJIMATKAN

Sedikit info pasal minyak.

Baru tahu RON tu singkatan untuk ROAD OCTANE NUMBER
Ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin

Memandangakn sekarang harga minyak boleh tahanla kan.. tak kira RON 97 mahupun RON 95...sedikit jer beza harga untuk seliter.
Baru ni saya try menggunakan RON97. Dengar cerita minyak ni lebih menjimatkan. So, saya nak test sendiri pengalaman dan testimonial minyak RON97 ni.

Saya pakai kete kecik jer. viva comey tu.
Bila berkelip baru saya isi. Kali ni saya cuma isi RM30 jer minyak RON97. Terus set km jadi zero!
Meh tengok perbezaan km bila saya pakai RON97 & RON95

Isi minyak samala nilai RM30.

RON 97 -----> 200KM
RON95 -----> 145KM

Nampak tak banyak perbezaan tu? Rugi sangat selama ni isi minyak RON95...

Terbukti RON97 sangat menjimatkan...
So, lepas pada tu walau macam mana pun saya akan isi RON97 :)


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...