Mengandung : Sakit Pinggul pulak

Alhamdulillah...

Saya dah nak habis 1st trimister.. So far...memang takde morning sickness yang terokla.. just pening sikit2 jer. Dekat2 nak habis ni saya diuji sakit pinggul pulak... mulanya ingatkan sebab berjalan jauh baru ni.. drive kereta...
pastu saya search memang normal la bagi orang mengandung. Sakit pinggul sebelah... tak tahu nak describe sakit tu macam mana.. tapi..siksa sangat nak beralih.. kadang2 bila nak duduk pun sakit.nak buka seluar pun sakit.. macam lenguh yang mneyucuk di satu tempat.
Rupanya sebab perubahan hormon masa mengandung. Nak buat apa2 kena slow2 jer... sakit giler..

Ni saya copy n paste dari blog kak yanmie

Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga. Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.

Harap2 sakit ni tidak berterusan. Baru 3 bulan ni...huhu...
Dugaan untuk ibu mengandung...

Kernamu anakku...ibu rela berjuang....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...