Kisah pagi isnin yang kurang best

Isnin..
Monday blues..

Bangun pagi tadi alahai malasnya nak pergi kerja. Semalam kan hujan.. sejuk2 jer... bungkus dalam selimut memang syok gilerla...

Mikir nak drive 45minit lagi... malasnya nak bangun.. 
Ishh syaitan ni...

Namun, ku kuatkan jugak hati ini demi mencari rezeki yang halal..
Bangunlah mandi dan bersiap apa yang patot...
Dahla kena gosok tudung pulak sebab semalam belum gosok... 

Air pulak takde.. mujurlah ada air yang disimpan dalam tong simpanan. Siap semua masukkan barang dalam kereta ingat nak tambah minyak hitam kereta.
Tetiba datang pulak beberapa ekor lebah menyerbu...mnegelilingi muka dengan bunyi yang seriau tu.
Terus tak jadi nak tambah minyak hitam..Tawakal jerla pergi kerja dulu. Nanti baru nak tambah semula.

Dahla pagi tdai dah lambat. Kena pulak isi minyak dulu sebab takot tak sampai pulak ke destinasi.
Dah amik masa di situ.

Alhamdulillah sampai ofis dengan jayanya.

Namun, mata ni tersangatlah mengantuknya. 

Kesimpulannya... isnin ini hari yang paling tak best! rasa nak MC jer tapi baru jer lagi MC last week :) huhu

2 comments:

  1. sama la..hari isnin mls betul..hr jmaat excited..sbb esknya cuti..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...