Dugaan orang yang dah berkahwin

Kisah ni berlaku pada jiran saya. 
Tak tahulah nak start macam mana.
Jiran saya (Min bkn nama sebenar) dah 7 thaun kahwin tapi takde rezeki dikurniakan anak lagi. Tengok min ni perwatakan agak ceria dan peramah orangnya.
Suami dia buat hal tak balik rumah hampir sebulan.
Call dan wasap serta mesej semua blok! Kesian min...
Min ni pulak jenis yang sangat penyabar orangnya. Simpan dalam hati jerla. Min pun tak tahu apakah puncanya jadi macam tu. Dia pernah jumpa ustaz ni dan katanya suami dia dah terkena dengan perempuan.
Min ni cuma suri rumah dan tiada kenderaan nak ke sana ke mari. Dia jalan kaki je pergi sana sini. Tabahnya dia kan.
Suami dia ada balik semalam tapi sekejap jer. Lupa nak bagitahu yang lelaki ni kerja guard.
Jadi, setiap malam memang laki dia xdela... Pagi baru balik.

Masa laki dia balik kejap tu, si Min ada tanya dia ke mana tapi tak jawap pun.
Laki dia cuma kata bawak haluan masing-masing.
Cumanya Min ni berkeras lagi masih sayangkan laki dia. Tapi andai kata laki dia kahwin lain memang Min dah tak tunggula. 

Min dah patah harapan.Dia tak tahu nak buat apa. Laki dia dah dingin sangat dengan dia.
Apalah yang dia mampu buat. Ikhtiar selagi termampu.

Apakah punca hanya mereka saja yang tahu.
Tapi kesian sangat kat Min...

Saya cuma mampu menasihatkan supaya dia bersabar jerla. Namun, berat mata ynag memandang, berat lagi bahu yang mmeikul.
Semoga suami dia kembali seperti dahulu.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...