Dah ambil asid folik


Baru je ambil tadi... Selepas 8 minggu... huhu..

Sumber : http://www.babycenter.com.my/

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

3 comments:

  1. Salam Lin..lps operate aritu..akak mkn ni gak..Alhamdulilah..akak pregnant TP xder rezeki sbb akak trjatuh kat tangga rmh MIL..janin gugur :(

    ReplyDelete
  2. heheh betul asid folik ni mmg penting. x ambil asid folate jugak boleh sbbkan bby ada yg jadi cleft lip or palate. atau ke dua duanya sekali. kesian kat bby nnti.
    mak yg tanak makan. bby yg sengsara .

    ReplyDelete
  3. asid folik penting.
    utk ibu dan baby.
    aida dulu before pregnant da makan asid folik.
    time tu sedang target utk pregnant.
    nurse kata elok start. maklum la aida pregnant setelah lebih 5 tahun tak pregnant, kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...