Taman di teratak famili

Taman burung.
ini burung cinta namanya. Abah saya beli dengan jiran 8 ekor rm100
Cantik2 kan kaler burung ni.. saya suka sangat tengok gelagat mereka ni.

Taman orkid.
Ma punya la.. yang gantung orkid... belah bawah tu ada pokok keladi dan pelbagai jenis bunga.
Sebelah tu pondok tempat berehat. ada kolam ikan kat bawah pondok tu. 

ini pulak pagola yang abah saya baru buat. kreatif kan... daripada batang paip jer tu.
ada macam2 jenis pokok sayuran kat situ. 
edible garden namanya

ini pun pagola yang dibuat daripada besi katil 2 tingkat yang tak pakai dah. last2 abah buat pagola..haha

ini view dari belakang umah menghala ke depan.suka suasana ni sebab menghijau jer...

kt tepi pagola paip tu ada kolam ikan jugak dulu. ikan keli dalam tu.

antara pokok sayuran yang ditanam oleh ma.

sekian sahaja cerita pasal taman di rumah ma abah saya. mereka sangat rajin.. saya amat mengagumi mereka! 

2 comments:

  1. Salam Lin..cantik taman famili...mcm2 ada...seronok klu lepak2 kat situ.
    Mmg rajin mak-ayah Lin ni..

    ReplyDelete
  2. cantiknya rmh ada taman yg hjau..sejuk mata mmandang...teringin jgk nk wat tman dpn rmh..tp xssuai plk rmh ni..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...