Sedapnya kek minyak pelangi ni :)


Mood rajin main masak2..
Untuk incik hubby yang tersayang tu..

Kali ni try kek minyak..
First time buat.. kira okeyla menjadi.. hajat hati nak buat kuih apam susu yang pakai ovellette tu tapi pagi tu dah buat apam tepung gandum, jadinya petang kena lain sikitla kan...

Bahan-bahan:

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (saya kurangkan tak sampai secawan pun..)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak SAJI jer..)
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai 

Cara-cara :

Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan untuk setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius selama 30-45 min sehingga kek masak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...