Kuih Apam Susu vs Kek Gula Hangus

Alhamdulillah...
sejak bergelar isteri orang ni mood nak memasak dan mencuba resepi2 baru tu ada.
Rasa tanggungjawab.. nak incik hubby happy dapat rasa air tangan isteri..tambah2 pulak bila buat kuih yang dia suka...
Kuih apam susu saya buat untuk kali kedua.. tu pun sebab ma cakap sedap saya buat kali pertama aritu.. Jadi, dengan gigihnya tengah2 malam saya membuatnya untuk makan pagi esoknya...
Resepi boleh tengok kat entri kuih apam susu hidangan minum petang.

Bancuhan yang simple jer... resepi ringkas

Dah siap masak.. Elok jer naiknya.. cuma corak tu kurang cantik.. dalam proses belajar lagi

apam susu tepung gandum yang gebu sangat... sedappp!!!

makan dengan kelapa parut

Sebelum tu saya ada buat kek gula hangus ataupun ada yang panggil kek sarang semut. Incik hubby suka.. saya pun cuba la buat untuk pertama kalinya hanya berpandukan resepi online...


Telur yang dipukul kembang. Campur dengan susu pekat dll bahan

air gula yang siap dihanguskan. dibiarkan sejuk

antara bahan yang digunakan

hasil kek gula hangus saya. Tak keras dan tak lembut sangat macam span tu.. kira sedap2 jerla...

tak menjadi sangat lubang2 macam sarang semut tu.. kurang berongga..hehe..
kena cuba lagi..

tapi, rasanya okey jer... incik hubby kata sedap jer di makan...


RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan : 
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat (saya cuma buat setengah cawan jer.. xnak manis sangat)
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-cara :
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...