Kuih Apam Susu hidangan Minum Petang

Mood yang rajin semalam...
Masa on9 ternampak satu resepi kuih apam yang sangat mudah dan tidak cerewet kansung untuk dibuat.

Sebenanrnya jumpa resepi kuih apam susu yang guna ovellette tu tapi tak xde bahan tu.. so carilah yang senang nak buat guna bahan yang ada. Maka terjadilah kuih apam petang semalam.
yang ni da siap bancuh semua bahan2

dah masukkan dalam loyang nk perap.

Resepi :

2 1/4 cawan tepung gandum
3/4 gula halus
secubit garam
sebungkus mauripan
1 1/2 cawan air
2 sb susu pekat

Caranya :

Gaulkan kesemua bahan. Bancuh dengan air. Perap adunan 30min - 45min bagi naik.
Pastu kukus jerla sampai masak. Biasanya 30 - 45 min dah masak.

Makan dengan kelapa parut yang ducampur sedikit garam.

Makan panas2 memang sedap gilerla....

First time buat... Kira jadila...

Sori..xdan nak amik gambar yang dah  masak..agak terkilan di situ.. tak sempat sebab kelam kabut bersiap nak keluar dah.. next time la yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...