Pasal kahwin lagi...

Pengalaman orang yang dah kahwin.. mesti yang bujang2 akan tanya..

" Best x kahwin ni? "
" Aku tak ready lagi nak kahwin..."
" xde duit nak kahwin lagi..."

Ini antara persoalan yang berlegar di fikiran bagi mereka yang nak kawin...

Ok... best x kawin???
Jawapan saya metsilah best... part yang tak best tu kita yang cipta sendiri.. percayalah..
Macam kita buat sesuatu jugak.. kalau kita ikhlas...mesti kita okey...

Bila dah kahwin macam2 perangai partner yang kita nampak.. kalau dulu zaman bercinta mende2 tu nampak kecik jer...maksud saya setiap orang ada perangai masing... baik dari segi susun atur ruang.. lipat baju... cara makan dan sebagainya... yang penting kena terima seadanya yang mana elok tu... kalau tak elok kita tegurla kan...
kadang2 pemilihan warna pun membuatkan mood nak gaduh.. so, dalam hidup berumah tangga ni mental kena kuat... kena ada sikap mengalah dalam diri... tak bererti kalah tau... tapi respect dengan partner!!! tu penting untuk keharmonian rumah tangga...

Mcam saya dan partner, rumah parent kami dekat jer...kan kami sekampung... soal nak balik rumah parent saper pun kena ada tolak ansur.. kalau tak metsi masam muka..
mujurlah encik hubby ni jenis yang toleransi tau. Dia kenal bini dia ni yang manja dan mudah nangis...huhu...nak buat macammana.. Allah dah jadikan hati saya terlalu sensitif.. incik hubby banyak mengalah dengan saya... "love u abang..." jiwang plak pagi2.. adeh!!

Ok...seterusnya pasal tak ready nak kahwin...
Terus terang saya katakan... saya memang belum ready nak memikul tanggungjawab besar ni... tapi saya kena terus mencuba...memang betul bila bercinta kita nak kahwin dengan dia tu tapi bila mikir pasal kahwin nanti duduk berjauhan dengan family...kena bangun awal2 untuk masak...tak bebas dah nak keluar dengan kawan2...semua tu menjadikan fikiran ni macam tak ready tau! tapi...hati tu teringin sangat nak kahwin bila tengok orang lain kahwin..ada anak..hidup family...
so, abaikan jer perasaan tak ready tu...insyaAllah bila dah kahwin kita akan belajar slow2 untuk menerima semua perubahan tu... menjadikan kita ready...

Pasal takde duit nak kahwin plak...jangan risau.. bila kita berniat nak buat benda baik ni, Allah akan tolong kita dengan plebagai cara... :)

1 comment:

  1. wanita memang dicipta sensitif... suami kdg2 kena faham... yg penting kena ada toleransi.. barulah bahagia rumah tangga.. tak gitu lin? hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...