Bride To Be : Mencari Barang Hantaran dan Upah Baju Nikah

Minggu lepas saya bersama encik tunang ke Kuantan untuk membeli serba sedikit hantaran kahwin. On the way ke Kuantan tu singgahlah kejap kat Romantika. Dah lama nak singgah tapi baru aritu berkesempatan.
Encik Tunang berposing jap depan Romantika.


Romantika ni kat bangunan apartment depan Giant. Dua tingkat. Saya cuma beli satu barang jer kat sini. hehe.. tempat letak lilin tu...harga RM15.. Kalau masuk dalam ni memang rambang mata sangat2... macam orang gila rasanya.. encik tunang pun layan kan ajerla.

Next.... kitorang gi Kuantan Parade. Misi mencari seluar jean nak buat hantaran. Nak letak sekali dengan t-shirt berkolar.. saya tak beli kemeja sebab encik tunang macam kurang sesuai jer pakai kemeja lagipun dia jarang pakai kemeja ni. Kalau t-shirt berkolar tu konpemla dia akan pakai kerja.


Ni uncle yang otter seluar encik tunang. Kecikkan kaki seluar dan seluar tu la..Uncle ni terror giler jahit. Tak ingat apa nama kedai tempat seluar ni tapi agak glemer la jugak. Tingkat 1 dalam Kuantan Parade. Kedai ni sederet dengan kedai2 yang jual seluar jeans jugak... adalah dalam 3 kedai kot kalau tak silap.. Sebelah kedai ni ada kedai aunty cina tapi macam garang dan sangat tak friendly!! menyampah.. terus ajak encik tunang cari kat kedai lain.

Seterusnya....

Misi nak cari kedai jahit baju melayu encik tunang. Sebenarnya dah beli sepasang baju melayu siap kat Alamoda masa raya tu. Siap dengan sampin lagi.. tapi color yang dibeli tu tak match dengan baju nikah saya... padahal dah bawak contoh masa tu tau. Mungkin sebab malam dan pengcahayaan lampu yang menjejaskan penglihatan mata. Sebab tu la kami berpakat nak cari kain pastu upah jer jahit. Ni kedai kat dalam Kuantan Parade jugak. Naik je eskalator ke Tingkat 1 terus nampak kedai ni. Star Golden rasanya nama kedai tu. Upah jahit baju melayu sepasang RM130 tak kira lah design macam mana pun. Saya mintak encik tunang buat baju melayu macam biasa jer takdelah berdesign sangat2. Cuma dia buat hujung lengan bercekak supaya nampak kemas. Baju melayu dah siap tapi saya tak ambil pulak gambarnya. Encik tunang suka sangat.. dia kata baju tu jahitan sangat kemas dan sangat selesa dipakai :) 10hari dah siap.... cepat kan.... kira last minute cari baju nikah ni...alhamdulillah dah settle.


Baju nikah kami color peach oren lembut... ---> baju nikah saya
Veil dan shawl saya tempah dengan blogger birubi tapi belum up entry lagi... banyaknya nak cerita.. sedang bizi dengan persiapan nak kahwin... 

18days more to go......my solemnization day

Doakan saya kawan2 semua.. perasaan nervous tu semua ada... persiapan pun tak rapi sangat sebab ada cerita di sebalik tarikh kahwin ni... semua persiapan dibuat tak sampai dalam 2 bulan pun.....giler kan...hehe





3 comments:

  1. semoga dipermudahkan segalanya. :)

    http://cornhelius.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. moga semuanya berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...