Bride To Be : Dugaan Bertunang

Bergelar tunangan orang tidaklah semuanya manis.. 
Adatlah hidup ini kan...

Ada manisnya.. ada pahitnya..
Antara dugaan besar sudah pastilah berkiatan kewangan.
Yela... nak kahwin kan.. tambah2 kalau masa singkat..
Bayangkanlah dalam masa kurang 5 bulan nak siapkan segala persiapan yang patot.
Ikut hati taknak bertunang tapi dah duduk kawasan felda ni kenalah ikut adat tempatan.. Nanti kalau buat majlis kahwin terus ada yang bunyi tak elok kat belakang.. Kena jaga belaka.. hehe
Bila dah bertunang pulak mulut tetap berbunyi.. " bila nak lansungnya ni.."
aishhh.... serabot jugak kadang2 tu kan...

Selain bab kewangan, jiwa semakin sensitif.. dengan tunang la.. bila dia lambat reply mesej ker... tak bagitahu apa2 kat kita, masa tu rasa nak merajuk jer... rasa macam tak di becara.. huhu
ngade sangat orang kata.. nak tunang tu amik tahu pasal kita tiap masa.. korang macam tu x?

Yang lain pulak... sikap jeles tu memang membuak2 dalam dada ni.. Pantang encik tunang tu pandang awek lain.. haha.. ataupun mesej/pm kat facebook..pendek kata macam taknak bagi dia contact dengan sesapela.. ishh! teruknya perangai ni... Taknak ada orang ketiga dalam perhubungan yang terbina ni... bukan senang nak jadi ni.. banyak sangat dugaan kami ni tau... rasa nak menangis pun ada... tapi cerita lama kan... biarlah berlalu dalam lipatan sejarah...

Encik tunang sokmo nasihatkan saya supaya bersabar. nak bina masjid ni memang byk dugaannya.. syaitan sokmo ada nak mengganggu hidup kita... kena kuatkan hati.. kuatkan semangat katanya.. sabar dengan kerenah dia... hehe

Dugaan lain.. yg kecik2 jerla kot... biasa2 saja..

Apapun saya sangat menghargai apa yang encik tunang saya dah buat untuk saya...
Doakan kami selamat sampai ke jinjang pelamin.. Insya Allah tiada aral saya nak kahwin bulan 9 ni... takut pulak rasanya...

2 comments:

  1. In Shaa Allah..yg penting tolak ansur...jgn ikut perasaan sgt..
    Semoga apa yg dirancang..berjalan lancar...:D

    ReplyDelete
  2. Org tua2 bagitau memang besar dugaan org tgh bertunang ni, sbb tu tak digalakkan bertunang lelama. So, bykkn bersabar hadapi persiapan perkahwinan yea :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...