Bride To Be : Misi Baju Nikah

Walaupun masih belum ada tarikh yang betul2 lagi, namun, saya perlu memikirkan semua ni dari sekarang.
Bukan semangat tapi yela kan... nanti banyak lagi yang perlu disetelkan. 
Nak sewa? lebih kurang jer... kalau tempah pulak kena cari tailor dan kos upah bukanlah murah macam tempah baju biasa2 ni.
Setiap hari dok membelek kat facebook meng'usha' baju dah siap. Memanglah ada yang berkenan tetapi tidak menepati citarasa sangatla. Lagipun masa bertunang aritu dah beli baju siap.
Yang penting baju akad nikah tu taknak warna putih sebab encik tunang nak pakai baju melayu tu nanti untuk akan datang. Jadi, kalau warna putih tu agak kurang sesuai bagi dia. Saya pun fikir macam tu jugak.
Asalnya nak order baju ni tetapi dah habis pulak. Tanya kat dua online shop...Last2 nak cari yang lainla. Nak cari yang simple jer siap sekali dengan veil senang... dapat siap dengan pakej lelaki punya pun lagi senang kan.

Ini koleksi daripada Dina Asfur Dressmaker



Ini pulak dari koleksi Fatin Raihani


Yang penting saya nak buat baju kurung moden jer... dan saya ada jumpa satu blog ni yang menawarkan harga sangat berbaloi rasanya....

Design yang saya nak buat macam kat bawah ni jer.. cuma warna jer masih samar2 lagi nak buat warna apa.


Tengok sini link birubi

Satu set macam ni hanya RM500

Rasa2 berbaloi ke tak yer?? Saya rasa harga tu dah ok sebab nak beli kain dan lace pun dah mahal kan.. Nak upah jahit lagi... ke ada cadangan lagi bagus??




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...