Bride To Be : Baju nikah + Veil

Antara yang penting dalam sesebuah majlis. Kalau tudung tak cantik nanti gambar pun tak cantik la kan.
Banyak online shop yang jual custom made halfmoon shawl dan veil ni. Harga pun dalam range RM100 - RM150 untuk veil/shawl yang ada lace dan beading.
Saya sedang mencari untuk akad nikah. Semalam ada post pasal baju nikah outfit satu set sekali dengan baju melayu. Tapi hari ini saya jumpa lagi yang lebih murah. Dalam proses hunting lagi ni. Banyak pilihan yang boleh dibuat. 
Antaranya :

1. Tempah dengan tailor. Kain disediakan oleh tailor. Cuma cakap nak design, material dan warna apa.
2. Kain dah beli siap2 pastu hantar jer kat tailor.
3. Beli baju plain kemudian upah jahit manik/lace/bead.
4. Beli baju siap2 yang dah cantik tu. Tinggal nak cari shawl dan veil jer lagi.
5. Beli baju siap pastu buat sendiri jer shawl dengan veil tu. Lagi menjimatkan ni.


Antara pilihan yang ada ni saya pun masih berkira2 nak pilih yang mana satu. Setakat ni saya rasa no. 1 tu senang bagi saya. Tak peru nak fikir apa2.. Cuma siapkan duit jerla. Bayar deposit pastu beritahu design macam mana nak. Boleh tempah untuk lelaki juga. Cuma tambah RM140-RM190 jer untuk dapatkan warna yang sama dengan perempuan punya.

Jom tengok contoh2 veil dan shawl daripada beberapa online shop yang ada jual. Dah tertera page shop di gambar tu...





Masih dalam kesamaran. Help me....





1 comment:

  1. Blogwalking.

    Jemput join =)

    Hadiah : Produk Herbalife, Naked 2 eye shadow, BAP cap, shawl sugarscarf dan banyak lagi

    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...