Engagement Day - Sweet Day

Tarikh : 30 Mac 2014 (Ahad)

Alhamdulillah.. dah selamat jadi tunangan orang. Insan tersayang.. chewahh...
Encik tunang yang tersayang... mulai saat ini kita dah ada ikatan. Dah lepas satu step ni..hihi. Usaha untuk step seterusnya pulak.. Tak sabar rasanya nak buat preparation for wedding day!! Gataillll...

Majlis dijadualkan bermula selepas Zohor namun ada sedikit kekeliruan dan menyebabkan kelam kabut sebabnya sebelah encik tunang datang terlalu awal. Bayangkalah jam 11.30 pagi dah sampai!!! Sangat kelam kabut dibuatnya. Bayangkan ketika itu saya masih belum bersiap apapun! Mujurlah mak andam dah ada... Alhamdulillah... Lauk pauk pun dan dan jer dah masak semua. Persiapan di khemah pun dah setel. Kalau tak lagilah kelam kabut dibuatnya.
Masa diorang dok berbincang tu saya bersiap. Dalam masa 15 min jerla mak andam mekapkan saya. Memang kerja gila katanya. Patotnya ambil masa dalam 30 min untuk mekap yang ok! huhu.. apa nak buat.. Moon.. sorry...

Yang penting majlis dah selamat dengan jayanya. Terima kasih tak terhingga buat semua yang menjayakan. Special thanks untuk tukang masak dan ahli2 blok yang bertungkus lumus dari pagi menyiapkan hidangan makan tengahari. Untuk family saya, jutaan terima kasih kerana semangat untuk menyempurnakan majlis pertunangan saya ini. Kerja keras dari pagi hingga siap majlis. Adik2 tersayang... ipar tersayang... yang penting sekali mestilah buat ma dan abah yang merestui hubungan saya dan encik tunang :) Eceh... merestui...

Jom layan gambar2 yang ada. Adik yang kedua bongsu tolong amik gambar ni. Tak banyak sangat ada. Setakat ada orang kata. Lagipun keadaan kelam kabut. Tak dan nak suruh itu ini.


Bersama dengan ma abah tersayang. Terselit ank buah manja di situ. Nak jugak bergambar.

Kami... bersama anak2 buah masing2.

Masa perbincangan. Sebelah saya ada 2 orang jer lelaki.. majlis kelam kabut namanya. Itupun menjemput tukang cakap tu kat ruamh kenduri kahwin blok lain.

Sebelah saya dan sebelah encik tunang.

Me di atas pelamin. TQ Moon untuk pelamin yang superb ni. I like....

Sesi snap with belah encik tunang. Tudung hitam tu kakak ipar saya. Tapi dia lagi muda dari saya tau. hehe.. saya dah tua umur tapi muka sweet lagi.. haha..perasan!!

Bersama kek yang sedap tapi murah.

Me with Pearl HB... entri tentang hand bouquet ada diceritakan di SINI

Me again.. Pose yang ekslusif..hihi.. dalam FB pun xde gambar ni tau. Blog reader jer yang boley tengok..Entri pasal baju tunang yang saya tak suka tu.

Sekian sahaja untuk tatapan pembaca sekalian. Doakan kami dipermudahkan segala urusan untuk ke jinjang pelamin pula. Kami ikat setahun hidup.. Harap2 ada rezeki untuk bertukar status pada tahun ini juga. Encik tunang saya tu orang kampung sebelah...Dekat jer rumah kami. Saya Chini Timur 3 dan dia pula Chini Timur 2.
Saja nak orang dekat2 supaya senang nak balik kampung mana2 pun. Takdelah bertelingkah time raya. 

4 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah akak!:)

    ReplyDelete
  2. Patut tgok cm kenal jer....he..he..he...

    ReplyDelete
  3. tahniah! chantik sgt make up n dress. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...