Senaman kecilkan peha dan pinggul

Persiapan untuk majlis pertunangan. Mental dan fizikal...
Mental tu rasanya dah ok kot... seronok tetapi ada sedikit debar dalam dada... hihi...
Moga perjalanan masjlis nanti akan berjalan dengan lancar.. amin ya rabbal alamin.

Yang merisaukan sekarang adalah fizikal!!!
Dari dulu lagi perkara ini membelenggu akal dan fikiran... chewah...

Gaya hidup yang kurang aktiviti menyebabkan fizikal menajdi sebegini.

Tadi search kat google cara nak kecilkan peha dan pinggul yang tersangat besar dah ni dek duduk jer kat ofis.



Langkah 1 – Sandar di dinding





Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.




Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.

Langkah 2 – Menaiki Tangga




Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.




Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 3 - Lunge




Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.




Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.

Mulai saat ini jangan berlengah lagi. Jom lakukan supaya tak nampak macam buah pear...huhu

1 comment:

  1. senang je kan exercise ni.rajin atau malas je.hari tu..awal2 rajin la..lepas tu dah malas.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...