Persiapan Pertunangan 1 : DIY Hantaran

Plan last minute. Takde kaler tema apa2. So, pergi jer Cowboy pastu tengok jer mana yang berkenan. Kebetulan dah beli baju yang ready made warna kuning+coklat , jadi pilih kaler yang lebih kurang sama jerla... nampak sedondon katakan. KOrang2 semua jangan buat last minute plan tau.

Sabtu (15hb) - Pergi Cowboy beli barang2 untuk buat hantaran. Bukan barang nak letak atas dulang hantaran tu tau. Yang tu lansung tak becara lagi.

Selasa (18hb) - Malam tu pergi kedai kain sebab masa nak balut bantal tu macam tak lawa. Nampak putih gabus tu. So, pergi kedai beli kain satin warna kuning. Renda sekali sebab beli kat kedai bunga macma mahal sangat. Nak bajet..hihi.. guna renda langsir jer...ada manik2...

Harga : 

Kain satin : RM 3.00 X 2M  = RM 6.00
(Sepatutnya 1.5 m dah cukup tapi takutla tak jadi ker, belilah lebih. Untuk 7 bantal hantaran yer.)

Renda : RM 3.50 X 11M = RM 38.50
(9M dah cukup... ada lebih.. takpelah kan.. daripada tak cukup nak kena beli lagi sikit2... yang lebih tu nanti bolehlah guna untuk hiasan ke apa ker kan)


Tara.. inilah dia hasil shopping di Cowboy dan Kraftangan Seri Impian, Kuantan
Total habis beli barang2 untuk 2 belah pihak ni RM 296.00 


Inilah hasil selepas di balut dengan kain satin dan pembalut yang mengelip mengerlap tu. Susah jugak nak membalut kain tu. Tang bucu paling mencabar!! Mujurlah kawan2 ofis sangat bagus. Merekalah yang banyak membantu dari segi hantaran ni. Terima kasih sahabat semua! Sayang uolls!!! Untuk pengetahuan, saya buat kat ofis jer..tapi takdelah sampai komitmen kerja tu terabai... balik kerja sambung kat rumah pulak. 


Inilah hasil bantal yang dah siap balut dengan kain dan kertas pembalut tu. Lega sikit masa ni. Tinggal nak isi renda dan gubahan atas tu jer.


Ini pulak yang dah siap isi renda keliling. Not bad la kan.. Kos yang murah...


sesi mneggubah bunga hiasan di atas bantal pulak. Dahla beli bunga-bungaan kaler kuning belaka. Bajet base dai kaler coklat asalnya. Tak sangka last2 jadi kaler kuning. Sesi bajet di sini. Taknak beli bunga kaler lain da. Guna jerla apa yang ada kan. Beramai2 mencurahkan idea. Maka, terhasillah gubahan begini.


Inilah hasil gubahan bunga yang ada.


Setelah bertungkus lumus menyiapkan kesemua 6 bantal hantaran (1 lagi untuk sirih junjung)
Hasilnya sangat memuaskan hati. Alhamdulillah...Tinggal nak settlekan barang di atas tu jer lagi.





6 comments:

  1. Salam Lynn..Walaupon last minute buat persiapan tp cantik bantal alas hantaran tu!!!

    ReplyDelete
  2. cantik bantal hantaran. bantal hantaran guna polisterin or mmg guna bantal kecil2?

    ReplyDelete
  3. boleh ke nk cucuk bunga klau kain satin??n brg hantaran utk letak nty letak mcm mnew??xjatuh ke??��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...