RTC KUALA PAHANG

Alhamdulillah...
Berkesempatan juga untuk berkunjung ke Kuala Pahang. Sebenarnya nak tengok suasana kampung nelayan. Kuala kan... Kebetulan ada RTC kat situ. Meh layan gambar2 sekitar Kuala Pahang. Lokasi : Pekan, Pahang.

RTC ni pusat transformasi luar bandar. Dibangunkan oleh kerajaan untuk kawasan luar bandar. Inisiatif kerajaan untuk mmebantu golongan usahawan serta penduduk luar bandar.

Diambil dari website rurallink

Pengenalan
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan di RTC dan kawasan 100km radius daripada RTC.  Di bawah pelaksanaan program-program di RTC, sebanyak 8 inisiatif telah dikenalpasti, iaitu:
Inisiatif 1  – Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar Bandar
Inisiatif 2  – Penubuhan Kios Informasi 1MalaysiaInisiatif 3  – Pertanian Bernilai TinggiInisiatif 4  – Pemprosesan Produk Agro-MakananInisiatif 5  – Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil PertanianInisiatif 6  – Kerjasama UniversitiInisiatif 7  – Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan FarmaseutikalInisiatif 8  – Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar

Pelaksanaan kelapan-lapan inisiatif ini diterajui oleh pelbagai Kementerian di samping kerjasama dan sokongan daripada lain-lain Kementerian berkaitan. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan Inisiatif 4, iaitu pemprosesan produk agro-makanan, pengusaha-pengusaha produk industri asas tani dibantu dalam pembangunan produk mereka melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan dengan bantuan pelbagai agensi, antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), MARDI dan Jabatan Kesihatan.




hehe.. tetiba kan... my viva...

Sebelah dengan RTC ada LKIM Pahang






Layan gambar jerla. Kedai banyak yang tutup. Tak singgah mana2 pun.

1 comment:

  1. sy penah gi sekali.tgk2 kedai kain dia.time tu pun byk kedia tutup.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...