Promosi Perfume Gred AAA Sephora dubai

TAHAP-TAHAP KATEGORI PERFUME DI PASARAN

Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan.  Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai.Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-

1. PERFUME (PARFUM)
 Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.

2.  (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 

4. COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

-------------------------------------------------------------------------------

Saya order perfume Gred AAA Sephora Dubai. Kotak dan bungkusan sama macam yang original cuma sebab dibungkus serta dibotolkan di Dubai. Bau memang sama dengan yang original. Pati asal daripada negara asal cuma dikurangkan sedikit pati dan alkoholnya.

Saya order 2 botol jer. Kalau order lagi banyak bertambah murahla. Saya order perfume Gucci Rush 2 dan Daisy Marc Jacob.



Tak tahulah dapat nanti macam mana. First time order Sephora ni. Biasanya saya beli kt Kuantan Parade tempat jual perfume tu.Yang original pati. Memang bestla. Tahan lama. Tapi tak larat nk beli. Mahal la sebab original kan. Saja nak test beli yang Sephora ni kot2 sama jer.

Jom usha page Pemborong Perfume sebab ada promosi ni.

5 botol RM 130 SAHAJA termasuk postage!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...