Mencari etok di Sungai Pahang

Hari Ahad yang lepas, kitorang (Famili Ngoh dan Paklong Jengka) membuat aktiviti yang sangat berbaloi iaitu ke Sungai Pahang untuk mencari etok. First time ni saya g cari etok tau. Sebenarnya ini adalah hari yang ketiga aktiviti ini berjalan. Musim orang mencari etok sebenanrnya.. 

Lokasi : Kg.Pulau Rumput , Pekan, Pahang
Kampung adik ipar ni. Sebab tu dia tahu. Jom layan gambar2.


Si kecik Nisa amoi yang sangat teruja! Sampai je kat sungai dia akan berkata.. "eeee..seronoknya!!!"
Hari sebelum tu dia dah pergi. Memang berendam dalam air buat macam2 gaya. Siap kuak lentang lagi tau!

Masa pergi tu ada lagi famili lain yang turut sama mencari etok. Ingatkan petang2 jer orang akan datang. Rupanya pagi pun ada jugak... tapi kalau petang memnag lagi bertambah meriahla...penuh kat pantai tu!

Sungai Pahang. Tohor.. sampai pasir timbul. Sebab tu boleh cari etok. Paras air sungai tu takat lutut je dalamnya.

Famili saya di sana. Tak puas hati selagi tak penuh peti ikan tu.hehe

Budak2 memang seronok angat main dalam air. Orang tua pun.

Antara hasil yang dapat semalam. 

Dah siap masak. Rebus masak air jer. Isila bawang dan lada bagi sedap! 

Dan lagi..hasil semalam..

Sungai PAHANG yang mendamaikan. 

Etok ni rupanya ala2 kerang. Tapi kecik sikitla. Kulit licin tak macam kerang yang mneggerutu dan agak berpasir. Nak cari etok ni senang jer. Nampak jer timbul kat pasir. Takpun kita korek sket mesti ada. Nak senang bawa raga jarang nak tapis pasir. Contohnya, kipas yang tak pakai tu, raga motor yang lama tu. Cepat sikit nak dapat habuan.
Seronok sekali sekala meluangkan masa membuat aktiviti macam ni. Tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Kitorang mencari etok tu dekat 3 jam baru naik ke darat tau! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...