Lebatnya bunga mempelam

Pokok ni kena tebang sebab lindung rumah. Tapi lebat jugak bunganya. Mempelam air. Yang kecik2 tu.. Sedapnya makan colek pelam muda! 

Baru besar ni putik buah pelam. Halus besar ibu jari. Tapi dah sedap amik makan. hehe... Tak dan nak besar. Terliur...

Yang ni pokok depan rumah. Ada 5 pokok sepatutnya tetapi telah ditebang dan tinggal 2 pokok sahaja. Ma tak larat nak sapu daun bila musim luruh. Mempelam ni yang jenis besar tu. Kalau time menjadi buahnya memamg tak abis nak makanla... Bila orang lalu jer mesti terliur.

Yang ni pun kat depan rumah. Belah kiri jalan masuk umah. Yang atas tadi belah kanan.
Harap2nya tahun ni buah mempelam elok jer. Sokmonya tak dan nak simpan masak kuning tu sebabnya nanti buruk. Kiranya time muda tu kekuningan sikit 2tu dah boleh makan. kalau tak buruk jawabnya. Berulat..
Kata orang tua sebab makan colek.. ntahla....hihi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...