BEKAM SAKIT TAK?

Malam tadi ikut member buat bekam.
Dah lama teringin nak tengok tapi malam tadi dapat tengok live...
Orang tu datang rumah. Kena bagi duit minyak jerla kat dia. 
Dia dari Kuantan.
Depend pada siapa yang nak buatla. Kalo perempuan, dia bagi pakar bekam perempuanla buat. Nurul namanya. 

Inilah pakar bekam tu.

Pakej yang ditawarkan :


Inilah alatan yang digunakan tu. Ada jarum, sarung tangan, cup bekam.



Perempuan yang mengandung, sedang haid serta baru lepas keguguran tak boleh buat. 
Nurul tu kata lagi seeloknya jangan buat bekam pada hari Rabu..elok dielakkanla...

Lama jugakla member tu buat semalam. Darah banyak... Ada yang buat kat muka... 5 cup..
Standard buat kt badan tu 10 cup untuk mencegah penyakit. Yang kat muka tu pulak untuk tujuan rawatan. Bekam ni kiranya untuk mengubati penyakit dengan izinNya.

Kebaikan berbekam : 

Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.









1 comment:

  1. Peralatan die kt mana boleh dapat?? Saya nk membelinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...