Cheesekut sedap kali kedua

Alhamdulillah...
Selepas percubaan pertama buat cheesekut yang disukai ramai last week, terasa nak buat lagi untuk kali kedua. Tak puas makan... Bukan nak puji buats edap tapinya memang cheesekut ni sedap sangat dibuat sajian petang. Dahlah mudah, senang, simple apa lagi nak describe betapa semua orang boleh buat!

Pertama kali buat aritu biskut saya celup kejap sangat so agak rangup sikit biskut tu. Kali ni saya celup lama sikit. Pastu cheese tu agak cair...jadi lembik sikit sebab terlajak isi susu segar masa putar cream cheese tu.

Kos nak buat cheesekut (Anggaran sahaja tau) :

  1. Biskut Deluxe cracker/ cream cracker : RM4.00
  2. Cream cheese : RM8.00
  3. Susu segar : RM3.00  (Guna sikit jer untuk celup)
  4. Susu pekat : RM2.50 (Guna sikit jer sebab tak suka sangat manis2)
  5. Topping (Nestum/Milo dll)


     Total : RM 17.50

Putar cream cheese tu dengan susu segar sikit dan susu pekat agak2la. Saya isi tak banyak sangat pun. Tak sampaila setengah tin tu...

Biskut dicelup sekejap dalam susu segar dan susun dalam bekas. Pastu lapis dengan cream chees tu. Ulang sanpai habis.

Beginilah hasilnya.


Topping tu biasanya bubuh nestum baru sedap. Tapi nestum tak beli so bubuh jerla apa yang ada. Tabur milo jer. hehe... sikit jer tabur. Testing.

Nampak macam comot jer kan,. Tpi bila rasa mesti tak puas makan. Nak lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...