Cekodok/Cucur labu yang sedap

First time mencuba cekodok labu. Sebenarnya terpandang siapa ntah post dalam fb kata nk buat cekodok labu. Pastu balik rumah jer dok bunyi2 depan ma kata sedapnya cekodok labu.
Dah terbayang kelembutan dan kekuningan tu. Lagipun saya memang suka labu. Apatah lagi kalau buat manisan tu. Lemak2 gitu rasanya.

Tup tup! Hari ahad semalam tengok ma ada beli labu suku jerla... Mesti ma perasan yang anak dia dok bunyi jer nak makan cekodok labu. So, petang tu saya pun buatlah cekodok labu. Sedap... lembut jer... semua suka makan...

Resepi cekodok labu :

Labu (agak2 jerla nak banyak mana) .Saya guna suku jer 1/4
Gula (secukup rasa)
Tepung gandum
Garam
Air

Cara membuatnya :

Labu direbus kemudian dilenyek2kan. Boleh jugak kalau nak blender labu bersama tepung dan bahan2 yang lain tu. Ikutlah yang mana korang nak buat. Masukkan air jadi doh yang lembut macam nak buat cekodok biasa tu. Kemudian, gorenglah di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
Sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...