Contest SEO Vitamin Shaklee

Bila sebut pasal SEO mesti semua macam seriau jer kan..
Yela kan.. bukan calang2 blogger mampu ber SEO dengan baik!
Tambah2 lagi kalau blogger picisan macam saya ni ha.

Arini last day contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.
Bila saya cek kedudukan saya..hahaha

di Page ke-5...
Otai2 bersaing menempatkan blog mereka antara 10 tempat teratas.

Saja gatal tangan nak mencuba nasib..padahal ilmu masih zero! Pastunya takde tip lansung untuk SEO ni...

Entri seo yang saya pertaruhkan

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Read more ...

Rezeki akhir tahun


Terselit url blog di situ.
Menang bertuah dapat krim herba kemboja.

Untuk detail krim apakah itu, next entri yer.. agak kebizian sekarang.
Testimoni semua kata best.. taks abar nak try jugak :)
Apapun thanks pada sponsor juga penganjur GA
Moga murah rezeki lagi.


Read more ...

Mengandung : Sakit Pinggul pulak

Alhamdulillah...

Saya dah nak habis 1st trimister.. So far...memang takde morning sickness yang terokla.. just pening sikit2 jer. Dekat2 nak habis ni saya diuji sakit pinggul pulak... mulanya ingatkan sebab berjalan jauh baru ni.. drive kereta...
pastu saya search memang normal la bagi orang mengandung. Sakit pinggul sebelah... tak tahu nak describe sakit tu macam mana.. tapi..siksa sangat nak beralih.. kadang2 bila nak duduk pun sakit.nak buka seluar pun sakit.. macam lenguh yang mneyucuk di satu tempat.
Rupanya sebab perubahan hormon masa mengandung. Nak buat apa2 kena slow2 jer... sakit giler..

Ni saya copy n paste dari blog kak yanmie

Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga. Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.

Harap2 sakit ni tidak berterusan. Baru 3 bulan ni...huhu...
Dugaan untuk ibu mengandung...

Kernamu anakku...ibu rela berjuang....
Read more ...

RON97 MEMANG MENJIMATKAN

Sedikit info pasal minyak.

Baru tahu RON tu singkatan untuk ROAD OCTANE NUMBER
Ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin

Memandangakn sekarang harga minyak boleh tahanla kan.. tak kira RON 97 mahupun RON 95...sedikit jer beza harga untuk seliter.
Baru ni saya try menggunakan RON97. Dengar cerita minyak ni lebih menjimatkan. So, saya nak test sendiri pengalaman dan testimonial minyak RON97 ni.

Saya pakai kete kecik jer. viva comey tu.
Bila berkelip baru saya isi. Kali ni saya cuma isi RM30 jer minyak RON97. Terus set km jadi zero!
Meh tengok perbezaan km bila saya pakai RON97 & RON95

Isi minyak samala nilai RM30.

RON 97 -----> 200KM
RON95 -----> 145KM

Nampak tak banyak perbezaan tu? Rugi sangat selama ni isi minyak RON95...

Terbukti RON97 sangat menjimatkan...
So, lepas pada tu walau macam mana pun saya akan isi RON97 :)


Read more ...

Contest Mudah Nikko Slim Juice

Kurus dan Menang RM1000 dengan Nikko Slimm Juice
Nikko Beauty, & Wellness, syarikat yang mengedarkan produk Nikko Placenta White kini mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko Slimm Juice.
Nikko Slimm Juice lulus KKM dan Halal. Rata rata pengguna memberikan respon atau testimoni yang baik setelah menggunakan produk tersebut.
Berikut merupakan info tambahan produk :
1 botol cuma berharga RM60
Tidak perlu bancuh,terus minum sahaja 2x sehari
Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu
Pihak syarikat ada melancarkan pertandingan Kurus Dan Menang. Setiap pengguna Nikko Slimm Juice layak menyertai pertandingan ini.
Pemenang akan memenangi RM1000 jika berjaya turun berat badan sebanyak 10 Kg dalam masa sebulan. Antara syarat pertandingan :
Wajib ada bukti sahih sebelum dan selepas amalkan Nikko Slimm Juice
Ada gambar ‘before – after ‘
Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui saluran berikut :
Website : http://nikkobeauty.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/nikko.slim.juice.hq
Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513
Bukan senang nak senang. Tapi contest ni menyenangkan kita. Kalau ada rezeki, dapatlah kan.... RM200... banyak tu... lepasla isi minyak kereta ker..belanja seharian... topap dll.. pendek kata dengan duit apa saja boleh dibuat. 
Rasa nak try produk ni tapi masa yang salah. Mungkin lepas deliver baby nnt :)


Harap2 ada tuah dan rezeki saya di contest ni.
Kalau korang nak join pun boley jugak...

TARIKH TUTUP :
10 Disember 2014 sehingga 30 Disember 2014.

Contest Mudah Nikko Slim Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Network dan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com
Read more ...

Buah hati baru

Nama saya Muhammad Asyraf Daniel Bin Mohd.Khairul Anuar
Tarikh Lahir : 14 Disember 2014

Tempat Lahir : Hospital Pekan




Anak buah saya yang ke-4 ni...

Tahun depan dapat sepupu pulak yer... :)

Read more ...

Gembira sekejap sahaja

Last week saya dapat satu surat daripada Felda. Surat yang menyatakan saya menang saguhati peraduan teka silangkata anjuran majalah Peneroka. Turut disertakan sekali sekeping cek bernilai RM100.
Hati tersangatlah girang tambah2 pulak tengah bulan ni poket pun bocor...huhu

Tapi ternyata kegembiraan hanya seketika sebab nama pada cek tersebut salah!
Apa nak buat... xlepas nak clear cek...
Saya call semula pihak penganjur menyatakan masalah tersebut. Mereka suruh saya pos semula cek tersebut dan mereka akan menyediakan cek yang baru.

Tunggu jerla kan.... manalah tahu pihak penganjur sudi bagi lebih pulak ke....

Gambar dalam henfon. tertinggal pulak henfon tu kat rumah sendiri.
Takpela kan... macma dah biasa pulak tulis entri tanpa gambar :)

Have a nice weekend....
Read more ...

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee sememangnya bagus untuk kesihatan!

Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.
Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.
Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.
Vitamin Shaklee sememangnya sudah tidak asing lagi di Malaysia. Saya mula mengenali shaklee ketika membuat carian di google berkaitan 'Produk untuk kurus' ...hehe
Kurus ke??? Saya tak ikut syarat yang betul2... cara pemakanan yang betul... jadi tidak memberi kesan kepada saya. Tapi, vitamin shaklee ni memang bagus untuk kesihatan di mana saya mengamalkan ESP (salah satu produk Shaklee) untuk kulit cantik dan sihat.
Nak cakap pasal produk shaklee ni memang tersangat banyak. Biasanya agen shaklee yang berdaftar ni akan mengesyorkan kepada pengguna set-set yang berkaitan. Biasalah kan... kalau pakai satu produk jer agak kurang keberkesanannya. At least kena gabung 2-3 produk.
Jom tengok set vitamin shaklee yang biasa disyorkan :

SET KESIHATAN OPTIMUM


SET IBU MENYUSU


SET BERPANTANG & PEMBEDAHAN


SET KECANTIKAN / KESUBURAN


SET IBU MENGANDUNG (TRIMISTER 1)


Okeyla... nak cerita satu persatu pasal produk shaklee ni memang berjela la kan...
So, saya nak pilih satu produk jer iaitu ESP. Saya pilih ESP sebab saya pernah guna 3 botol dah...

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak ialah RM150.

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. 

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!



Dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu),BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah),ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah),SihatVitamin (Seremban).
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesannya.
Anda Bila Lagi?

Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan :)
Mudah2an ada rezeki....
Read more ...

GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


TARIKH TUTUP : 20 DISEMBER 2014

JOM JOIN MANALAH TAHU REZEKI BERPIHAK PADA KITA SEBAB PEMILIHAN GUNA RANDOM.ORG

LAGIPUN HADIAH BEST2 BELAKA.

MEH TENGOK HADIAH DI SINI








Read more ...

Jom Aktifkan Mykad : Contest SEO


"jom aktifkan mykad "

Hihi.. mencuba nasib..mencuba rezeki.. manalah tahu ada rezeki terpijak di sini. Rezeki baby dalam perut ni ker.. siapa tahu...SEO bukan calang2 blog yang mampu...apatah lagi blog ikan bilis ni.. saja try....

Apakah sebenarnya kempen Jom Aktifkan Mykad ni?

Jom aktifkan mykad ni merupakan satu program khusus untuk rakyat Malaysia untuk berbelanja menggunakan mykad di samping mengumpulkan mata ganjaran seterusnya boleh menebus hadiah dengan mata hanjaran tersebut. Ia merupakan satu projek mega yang mendapat pengiktirafan daripada MSC, MDEC dan disokong sepenuhnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Projek Mykad Smart Shopper memberi keuntungan kepada tiga pihak iaitu :

1. Pengguna Mykad iaitu rakyat Malaysia
2. Pemilik premis perniagaan yang mahu perniagaan mereka dipromosikan kepada semua pemegang Mykad.
3. Ejen yang mengaktifkan Mykad secara PERCUMA dan mendaftarkan premis perniagaan menyertai program ini.


Caranya :

Boleh dibuat secara online sahaja.

Kelebihan Menyertai Program MyKad Smart Shopper:

  • Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup)
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? 
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini. 



untuk lebih info. meh layari aktifMykad




Walau di mana kedudukan anda sekarang ini... sama ada anda merupakan pemegang Mykad, atau anda merupakan pemilik premis perniagaan, atau anda merupakan ejen Mykad Smart Shopper... Anda tetap mendapat keuntungan apabila menyertai program ini... 

Win-win situation untuk ketiga-tiga pihak..




Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com"



Read more ...

Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate

GA Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate

 Tarikh tutup penyertaan pada 16 Disember 2014.

Nak join jugak sila klik banner yer.
Read more ...

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

So, Lazada Malaysia akan mengadakan 1 blogger contest iaitu buat 1 post tentang apa yang boleh dibeli di Lazada Malaysia jika ada RM1212 .  

Senarai Hadiah :

Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
 2 x RM50 shopping voucher.  

Cara penyertaan :

  1. Buka website Lazada Malaysia : http://www.lazada.com.my/
  2. Pilih mana-mana produk pilihan dalam website Lazada tetapi jumlah semua barang tidak melebihi RM1212. (Boleh pilih lebih dari 1 barang)
  3. Copy link url product dan letak didalam post/entry (Link boleh klik)
  4. Nyatakan sebab memilih produk tersebut. (Simple je)
  5. Boleh letak gambar product/screenshot dari website Lazada (optional)
  6. Tajuk post/entry : Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]
  7. Letakkan banner diatas dalam entry/post. 
  8. Letakkan caption dibawah dalam entry : 
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Harga barang tidak melebihi RM1212
  2. Sila letakkan link blog di ruangan komen. (Peluang menang lebih besar) Link blog
  3. Pemenang akan dipilih secara random tetapi jumlah harga barang yang melebihi RM1212 akan dibuang dari penyertaan. 
  4. Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :)
Kalau saya ada duit sebanyak RM1212 tu, saya nak beli perkara di bawah :

TV & BARANG UNTUK BABY (STROLLER + CAR SEAT)
TOTAL PRICE : RM914.00

Tak sampai lagi RM1212... Yang lebey tu wat isi minyak kete jerla...hehe..topap ker....
Saya nak beli TV sebab kat rumah sewa ni takde lagi TV...Boring giler....Nak beli tak mampu.. banyak sangat komitmen lain yang perlu didahulukan.huhu

Yang lagi 2 barang tu sebabnya nak get ready untuk my newborn nanti.Insya Allah..... Confirm guna punya. 
Boley klik gambar untuk detail yer...





Kalau korang nak join contest ni jugak silakan ke blog ni yer...
Manalah tahu ada rezkei kita kan... leh shopping2...



Read more ...

Sejak bergelar 'Mom 2 Be'

Betl kata orang yang dah merasai pengalaman mengandung ni.
Macam2 hal....
Ada yang tak boley bau ini la ..ada yang tabiat suka cium asap la... Teringin itu ini..
Alhamdulillah... kandungan saya dah berusia 9 minggu.. muda lagi.. kena jaga elok2... al maklumlah saya ni kategori ganas sikit..hehe

Macam entri lepas--- > Simptom trimester pertama saya : saya tak berapa nak lalu masakan sendiri.
Apa lagi yang ketara perubahan adalah pasal saya nak makan nasi goreng atau bihun goreng. Kalau sebelum mengandung saya mesti mintak mihun tomyam kalau tak tahu sangat nak makan apa. Tapi sekarang ni makanan yang berkuah memang saya takleh g.
Lagi? Telur dadar pun saya tak lalu makan. saya akan mintak telur mata jer kalau order.

Tekak ni pulak nk dapat makanan yang kena dengan selera macam payah sangat. Nasi goreng dah 4 tempat saya try tapi semua out of my taste! Saya nak makan nasi goreng yang panas2...kalau dah sejuk memang tak la kan.. 

Laksa kegemaran saya pun saya tak mampu nak habiskan walaupun sikit. Orang kata just merasa. Ikutkan saya ni hantu laksa :)

Hormon berubah bila mengandung kan. Macam2 hal... 
Mujurlah saya tak alami morning sickness yang teruk. Sekadar pening2 sikit jela. 

Bab kerja rumah pun jadi macam malas jer sekarang... liat jer nak buat. hurmmm.... macammanalah kalau ada 2 3 orang anak nanti... mesti terbiar rumah...Harap tak berterusan macam ni... 
Read more ...

Alhamdulillah rezeki sabtu

Alhamdulillah...

Rezeki untuk mencuba sabun ephyra.
Terpilih juga antara 50 orang blogger tu. Terima kasih penganjur dan sponsor!
Sabun ni belum berada di pasaran lagi tau. Januari depan baru ada.
Tak sabar nek merasai kehebatan sabun ni bila melihatkan testimoni2 yang best tu. dalam masa sehari dah dapat rasa perubahannya. Dasyat kan. Lagipun saya memang sedang usha produk baru untuk kulit muka saya ni. Blogger yang terpilih diberi tempoh masa sebulan untuk mencuba sabun ni dan membuat review.



Entri ringkas sempena mood yang hilang ke laut china selatan...
Dugaan hidup....huhu
Read more ...

Dugaan orang yang dah berkahwin

Kisah ni berlaku pada jiran saya. 
Tak tahulah nak start macam mana.
Jiran saya (Min bkn nama sebenar) dah 7 thaun kahwin tapi takde rezeki dikurniakan anak lagi. Tengok min ni perwatakan agak ceria dan peramah orangnya.
Suami dia buat hal tak balik rumah hampir sebulan.
Call dan wasap serta mesej semua blok! Kesian min...
Min ni pulak jenis yang sangat penyabar orangnya. Simpan dalam hati jerla. Min pun tak tahu apakah puncanya jadi macam tu. Dia pernah jumpa ustaz ni dan katanya suami dia dah terkena dengan perempuan.
Min ni cuma suri rumah dan tiada kenderaan nak ke sana ke mari. Dia jalan kaki je pergi sana sini. Tabahnya dia kan.
Suami dia ada balik semalam tapi sekejap jer. Lupa nak bagitahu yang lelaki ni kerja guard.
Jadi, setiap malam memang laki dia xdela... Pagi baru balik.

Masa laki dia balik kejap tu, si Min ada tanya dia ke mana tapi tak jawap pun.
Laki dia cuma kata bawak haluan masing-masing.
Cumanya Min ni berkeras lagi masih sayangkan laki dia. Tapi andai kata laki dia kahwin lain memang Min dah tak tunggula. 

Min dah patah harapan.Dia tak tahu nak buat apa. Laki dia dah dingin sangat dengan dia.
Apalah yang dia mampu buat. Ikhtiar selagi termampu.

Apakah punca hanya mereka saja yang tahu.
Tapi kesian sangat kat Min...

Saya cuma mampu menasihatkan supaya dia bersabar jerla. Namun, berat mata ynag memandang, berat lagi bahu yang mmeikul.
Semoga suami dia kembali seperti dahulu.


Read more ...

Cash out nuffnang kali ke-12



Sikit jer.. 2 angka jer... tu pun setelah beberapa bulan.. apapun bersyukur dengan rezeki yang dapat.
Siapa nak bagi free2 gitu je rkan... blogger ikan bilis memangla macam ni.. cash out 3 angkapernah 2x jer kot... awal2 dulu..



last cash out kali ke-11
cash out klai ke-10
cek nuffnang pertama
Read more ...

Dah ambil asid folik


Baru je ambil tadi... Selepas 8 minggu... huhu..

Sumber : http://www.babycenter.com.my/

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Read more ...

Kisah pagi isnin yang kurang best

Isnin..
Monday blues..

Bangun pagi tadi alahai malasnya nak pergi kerja. Semalam kan hujan.. sejuk2 jer... bungkus dalam selimut memang syok gilerla...

Mikir nak drive 45minit lagi... malasnya nak bangun.. 
Ishh syaitan ni...

Namun, ku kuatkan jugak hati ini demi mencari rezeki yang halal..
Bangunlah mandi dan bersiap apa yang patot...
Dahla kena gosok tudung pulak sebab semalam belum gosok... 

Air pulak takde.. mujurlah ada air yang disimpan dalam tong simpanan. Siap semua masukkan barang dalam kereta ingat nak tambah minyak hitam kereta.
Tetiba datang pulak beberapa ekor lebah menyerbu...mnegelilingi muka dengan bunyi yang seriau tu.
Terus tak jadi nak tambah minyak hitam..Tawakal jerla pergi kerja dulu. Nanti baru nak tambah semula.

Dahla pagi tdai dah lambat. Kena pulak isi minyak dulu sebab takot tak sampai pulak ke destinasi.
Dah amik masa di situ.

Alhamdulillah sampai ofis dengan jayanya.

Namun, mata ni tersangatlah mengantuknya. 

Kesimpulannya... isnin ini hari yang paling tak best! rasa nak MC jer tapi baru jer lagi MC last week :) huhu
Read more ...

Taman di teratak famili

Taman burung.
ini burung cinta namanya. Abah saya beli dengan jiran 8 ekor rm100
Cantik2 kan kaler burung ni.. saya suka sangat tengok gelagat mereka ni.

Taman orkid.
Ma punya la.. yang gantung orkid... belah bawah tu ada pokok keladi dan pelbagai jenis bunga.
Sebelah tu pondok tempat berehat. ada kolam ikan kat bawah pondok tu. 

ini pulak pagola yang abah saya baru buat. kreatif kan... daripada batang paip jer tu.
ada macam2 jenis pokok sayuran kat situ. 
edible garden namanya

ini pun pagola yang dibuat daripada besi katil 2 tingkat yang tak pakai dah. last2 abah buat pagola..haha

ini view dari belakang umah menghala ke depan.suka suasana ni sebab menghijau jer...

kt tepi pagola paip tu ada kolam ikan jugak dulu. ikan keli dalam tu.

antara pokok sayuran yang ditanam oleh ma.

sekian sahaja cerita pasal taman di rumah ma abah saya. mereka sangat rajin.. saya amat mengagumi mereka! 

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...