Mee Kaki Udang ???


Hasil tangkapan jalan2 semalam.

Terasa nak try mee kaki udang ni.
Tnya tuan kedai ada kaki udang jeker?

dia kata tryla dulu.

Ok....

Kesimpulannya sangat sedap! 
Udang ada 7 ekor semuanya. Kuahnya pun sangat sedap.
Mabeles!!!!!

Pasti nak rasa lagi.

Harga : RM8 semangkuk.

Boleh share 2 orang sebab bekas sangat besar. Makan tak habis pun.

Lokasi : Gerai tepi Petronas Peramu 

Read more ...

Wordless Wednesday - Yang Lama dan Yang Baru


Duit kertas RM100 yang lama dan yang baru.

Nilai yang agak kecil sekarang kan tambah2 bila semua perkara nak naik harga.

Read more ...

Giler Tupperware Brand Pulak


Baru jer dapatkan set ni. Cantik kan. Teruja sangat.
Harga RM200 per set sekali dengan bekas yang kecik2...

Tapi tak guna pun lagi.

Macam berminat nak jadi ejen Tupperware Brand plak. Side income..

Produk ni macam laris jer. 
Saya ni dalam proses nak menambahkan koleksi tupperware ni lagi. Yang kaler warna warni tu.

Read more ...

Cash Out Nuffnang Kali ke- 10

Alhmdulillah...
Boleh cash out bln ni.


Malu pulak nk tnjuk berapa amaun sbb sikit jer..


Read more ...

Senaman 20 minit sahaja!


Sedang semangat ni nak kurus dengan exercise...
So sangatlah rajin cari workout yang senang nak ikut.

sumber : http://www.motleyhealth.com/fitness/20-minute-home-workout


Mesti amalkan kalau nak kurus! semangat2..
yang penting nk meleperkan apa yang agak buncit tu

Read more ...

Senaman Kempiskan Perut 10 minit sahaja


Sesiapa yang mengempiskan perut jom amalkan exercise ni.
 Lately, asyik nak post entri psl senaman jer kan. semangat tak saya?? hehehe..
Sedang bersemangat nak menguruskan badan dengan cara senaman ni.


Read more ...

Bakar 200 kalori dalam masa 20 minit

sumber : youtube


Semangat berganda2 sekarang. Baru jer sehari start.
Buat dalam rumah jer depan laptop bersama housemate!

harap2 dapatlah berat badan yang diidamkan tu.

Azam tahun 2014 ni. Nak slim n capai berat idaman...

Read more ...

Jom bakar lemak!


kredit : youtube

Dalam usaha nak mengamalkan ni :)

baru nak start arini...

chayuk! chayuk!

Read more ...

Kuruskan badan dengan losyen 3 in 1 Green Herbs


3 IN 1 sekaligus!

Pati halia plus limau nipis plus collagen lagi tu
 Apa saja akan dilakukan. Untuk kurus...

Beli kat Mydin jer. Harga : RM12.90 sahaja (150ml)

Keluaran Green Herbs. Dunia Herbs pny xde pun. Yusmira pun takde. Ni kat Mydin Pekan yer. Kalo Mydin Kuantan tu mesti ada rasanya.


Read more ...

Cendol Leman Dawi Yang Masuk Majalah 3

Semalam hantar adik kat Sg. Gadut. Nek tren sbb tiket bas semua dah abeh. So, lalu kat Cendol Leman Dawi ni. Rupanya glemer pakcik ni.
Pernah masuk majalah 3!JJCM pun pernah...
Adik saya yg tinggal kat Tampin tu la yg ajak. Katanya org yg pernah try kata tak sedap pun. So, nk try sndirila... tekak sndiri. Dah kata glemer sangat kan. Nak jugak rasa...

Meja full... Pastu ada lah couple tu bangun. Saya tengok cendol dlm mangkuk dia tak abeh pun. Nampak sangat macam tak sedap. Kitorang order cendol jagung. Harganya murah jer. Belaka dalam RM2.OO
Ada cendol kacang merah, jagung, pulut dan biasa.
Pastu menu lain ada rojak buah dan nasi sop! Tak try pun... nmpk cam tak berapa nak menarik sangat jer.
Sekadar nk try jer.



Tempat ambil cendol dan bayar terus.

Me with my nephews ; nisa dan rina

my lovely family

inilah rupa cendolnya

bekas air batu

inilah man dawi tu. yang penuh dgn fakta

banting yang dah uzur sangat

dulu guna lori ni jer kot.

Kesimpulannya : Rasa cendol memang agak kurang. Huhu..ikhlas dari hati... Cair sangat santannya. seklai makan pun lum  tentu habis. Tpi kalua nk lepak lama2 tu mcm okeyla kot. Bersantai..


Read more ...

Sabun Ketiak Hijau Yang Meletup


Sumber : Hai-O Marketing

Inilah rupa sabun tu. 
Sebenanrnya nak cerita yang saya baru jer beli untuk mak dan adik ipar. Nak buat as testimonial.

Sabun MARINE ESSEECE BEAUTY BAR atau lebih dikenali dengan nama sabun ketiak ni sangat femes tau sekarang. Dek keberkesanan yang tidka perlu dipertikaikan lagi.
Boleh merawat maslah kulit seperti parut jerawat, ekzema serta meghaluskan kulit. Kulit akan jadi selembut sutera tau! Awww.... lembutnya kan... Sabun ni berasaskan mineral tau. Kalau tak percaya anda boleh bakar sikit sabun ni pastu tengok hasilnya. Dalam beberapa saat sahaja dah terbakar sebab kurang bahan kimia lepas tu baunya sangta harum serta warna hijau cair.
Kalau and abakar sabun mandi biasa tu yang wangi2 tu mesti korang akn terkejut sebabnya amik masa yang agak lama sikit untuk bakar pastunya baunya sangat busuk! dahla kaler hitam tau... menunjukkan bahan kimia yang banyak dalam sabun biasa. 

Bahan-bahan utama / kelebihan :

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Cara penggunaan :
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.
Harga mahal tapi berbaloi dan tahan lama tau. Tengok pada penjimatan. Biasanya orang akan beli i kotak yang mengandungi 3 ketul sabun. Untuk muka, badan dan kaki. Tidak digalakkan untuk memotong kepada bahagian yang kecik sebab akan mudah habis.
Fungsi :
  1. Mencerahkan ketiak dan celah-celah badan kita yang gelap.
  2. Menghilangkan daki dan kesan gelap kat leher, siku, lutut dan buku lali.
  3. Mengurangkan dan membantu untuk hilangkan gatak-gatal badan
  4. antara ubat terbaik untuk kurangkan kesan radang eczema
  5. kurangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan
  6. membantu kurangkan masalah jerawat belakang badan
  7. melembutkan kulit
Harga :
RM 40 seketul 
RM105 sekotak (3 ketul)
Tidak termasuk postage yer

Gunakan tanpa was2.  :)
Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya daripada saya.

Hubungi : Lin (0129398584)
Wassap/sms pun boleh.




Read more ...

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com




SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


Read more ...

Kurus badan dengan Shaklee

Untuk kurus dan kelihatan menawan, perempuan sanggup lakukan apa sahaja asalkan ebbraloi. Mnecuba pelbagai jenis produk yang menambat hatinya.
Tidak terkecuali juga dengan diriku ini.

Daripada london weight yang ribu riban tu, premium beautiful yang harga tak masuk akal, losyen2 kurus seperti dr.johnson , felinna inch loss pastu anugerah sehinggalah sabun slimming. Sauna pant... alat senaman...Segala macam dah pernah try! Bab pil dan makan2 jer yang memang tak berani nak try lansung. Tambah2 saya bukan jenis yang suka telan pil. Mintak maafla. memang tak lepas nk telan kalau tak kunyah mahupun hancurkan terus dalam air. terok kan.. siksa nak makan pil atau tablet ni.

Untuk tahun ni, rasanya memang patot untuk saya kembali menitikberatkan soal berat badan sebab dah melampau2 sangat berat ni naiknya! jadi stress pulak dengan body fat ni.
Rasa makan tu takdelah banyak sangat cuma malam selalu makan berat. Makanan segera pun selalu sangat dah makan. air masak dah kurang minum berbanding masa stay kat rumah dulu. Duduk sendiri macam tak terurus pulak. huhu

Tetiba, terasa snagat bersemangat nak kurus. Berat tengah gilanaik ni ha. Nka try set kurus Shaklee tu.

3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA

                          1. BAKAR 
                       Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



 2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh


LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu

kredit : whitemommy
Read more ...

Percubaan pertama pakai macam ni

Assalamualaikum..
Sok nk raya dah..tp masih bekerja..
Lengang je ni..
Apapun hidup mesti enjoy.
Arini dgn keberanian yg ada sy pakai jugak shawl tanpa inner awning. Xpernah hayat pakai gni ni..





Ok x pakai camni?
posted from Bloggeroid
Read more ...

Shopping di wazzapdeal


Tetiba gatal tangan membeli mnede alah ni. Ngade jer kan. Terjumpa website ni pastu macam murah jer harganya. Terusla beli dan buat payment.
Ada meja ni senag sket. Yang best sekali membuatkan teruja nak beli sebab ada laci boleh isi alat tulis dan buku bawah tu. Kaki boleh lipat.Yang tak best sebab ada kaler biru jer :(

Description :

  • Constructed from durable high impact plastic
  • Generously sized storage compartment for writing supplies, games, calculators, and more.
  • Legs fold up for easy carrying and convenient, compact storage.
  • Legs lock into place for both use and storage. Flip top snaps closed to keep stored items safe and secure.
  • Great for long car rides, coloring at home on the couch, or for enjoying a meal in front of the television.
  • Color: Frosted Blue.
  • Size: 2.5"H (7" open) x 17.5"W x 13"D.
  • Easy to store.
  • Folds flat.
  • Extra storage under the desk top.
TAK SABAR NAK MENERIMA PERABOT BARU NI. HAHA
JOM DAFTAR KAT WAZZAPDEAL. OKLA HARGANYA


Read more ...

Cosmoderm Berkesan! Order Foundation Pulak

Alhamdulillah...
Set pertama yang beli masa bulan puasa yang lepas tu dah habis selepas penggunaan berterusan hampir 3 bulan lamanya! Itupun pencuci muka ada lagi cumanya aritu terkeluar sebab xtutup tdungnya. Kalo tak, rasanya sebulan pun boleh lagi guna tu.
Selepas yakin dengan produk Cosmoderm yang memang membantu merawat kulit wajah saya yang teruk mengalami jerawat sebelum bulan puasa aritu. Sekarang ni jerawat dah tak naik lagi..malu kot..huhu..
Kulit muka pun jadi macam lebih bersih. Alhamdulillah...

Untuk kali ni, saya telah mengorder produk foundation yang orang kata glemer tu. Medium beige...
Tapi kali ni untuk krim saya telah tukar ambil yang tea tree oil punya. Sebelum ni yang vitamin E jer.



Read more ...

Badge cantik untuk bride to be 2014


Cantik kan?

Sesiapa yang bakal tu, bolehlah kalo nak amik.. owner dia kasi jer...Ada design lain lagi.

sila terjah ke situ ----> JALINAN CINTA

Read more ...

WW - Nasi Lemak Ikan Goreng Murah




Sedap ikan goreng tu.

Harga : RM3.00 sahaja

Read more ...

Cara Minum ESP Shaklee Yang Berkhasiat

ESP yang saya order aritu sudah sampai. Baru hari ketiga minum ni.
Perubahan? badan tetap bertenaga walaupun mengantuk giler. hihi

Ingatkan boley telan macam tu jer tapi memang tak boleh jalanla. Kena juga mix dengan apa2 air lain.
Resepi saya : 2 sudu vico/milo + 1 sudu makan ESP. Pastu shake dalam shaker pastu minum terusla.
Nak kata sedap tu xdela sangat kan.. Saya bukan jenis yang suka minum air susu tepung tu. But okeyla..boley jugak masuk tekak.

Nak tengok apakah perubahan selepas sebulan nanti. Harap-harap badan boleh kurus! huhu
Kulit jadi makin berseri... Berangan ni..


ESP membantu merawat kulit wajah yang berjerawat . Boleh menghilangkan parut jerawat. Selain membantu untuk membanyakkan susu ibu. 
Masa beli tu seller ada bagio alfafa free 60 biji untuk sebulan trial. Tapi lupa sokmo nak telan. Padahal dalam beg 24jam. Sebab kena telan tu yang jadi pelupa.

Saya minum ESP ni 2x je sehari. Sebelum sarapan dan sebelum makan malam.
Read more ...

Epal HIjau Untuk Kurangkan Berat Badan

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

kredit to : healtybeauty2u
Read more ...

Alexa Ranking Semakin Baik



Alhamdulillah...

Sebelum ni saya punya ranking alexa sangatlah jauh.
Kini, angka semakin mengecil..
cuba dan jaya lagi..

Ranking alexa di Malaysia dah bawah 10,000
sukanya hati.
Target bawah 5000 pulak...hehe...
chayuk! chayuk!


Read more ...

Idea Dekorasi Hantaran Soft Colour - Part 2



Kredit to : Hikayat Cinta

Cantik giler kan... soft jer kaler...

Yang ni pin cute jugak.. :) --> IDEA HANTARAN 1

Read more ...

Idea Dekorasi Hantaran Yang Super Cute - Part 1

Mengintai idea gubahan yang agak cute di mata saya. 


 Soft pink menjadi pilihan hati. Menawan kan... sejuk mata memandang.


kredit to pink purple house.

Read more ...

WW - 102013 : AL FATIHAH






Read more ...

TRAFIK NUFFNANG


Tengoklah...

28hb dan 29hb aritu teruk giler trafik!
Ciput jerkan uv blog saya...huhu...
orang lain boley dapat sampai riabu riban tiap hari. 

Takpelah..janji ada yang sudi singgah blog saya tu.

Terima kasih pada yang telah datang...

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...