6 jam untuk ke sini

Sedang berada di mrsm felda.. tmpt adik.. ada hari akademik.. tunggu turn jmpa dgn cikgu ni.. cini ke trolak amik masa 6jam cmpur henti2 mkn.. td singgah di genting sempah utk mkn. Pastu lg sekali kt rnr slim river plak...
Mlm ni ada lwn bola..td tgk penyokong2 siap pakai baju bw bndera kt keter..
posted from Bloggeroid



Hari akademik



Sy pg td..ceria.. dh ptg gni cam poyo jer
Read more ...

Pengalaman Bersama London Weight Management Part 3

Korang dah baca Part 1 dan Part 2 punya?
Amacam? Menairk tak pakej kat London Weight Managemen tu? Hehe..
Kalau poket tebal macam artis ke datok ker tan sri ker.. takde masalah lansung pun harga pakej tu kan. Kacang ajer... Nampak jer gemuk sikit terus pegi slimming centre mana2 yang menawarkan pakej slimming. Ada Slimworld, True Hramony, Mayfair Bodyline, Slimming Sunctuary dan macam2 lagila. Janji ada duit jer.
Bukan susah pun nak kurus..hihi

Oklah.. sepanjang treatment saya yang 20 sesi tu, saya diberikan satu buku kecik ala2 buku 3 5 tu untuk mencatatkan segala menu harian saya setiap hari. Mereka juga ada bagi menu yang perlu saya ambil setiap hari untuk mengekalkan berat badan selepas buat treatment kat LWM tu. Masa awal2 tu memang saya follow menu mereka. Malam memang tak sentuh nasi lansung. Kena kentalkan diri jerla masa tu.
Kemudian, kena minum air masak (tip biasa nak kurus).
Kalau masih ingat saya pernah buat entri pasal grapefruit tu. Saya tahu pasal khasiat buah tu sebab pergi LWM la.. kalau tak, agaknya sampai sekarang saya tak tahu yang buah tu boleh kuruskan badan! 

Biasanya bila saya pergi buat treatment, Cheryl akan tanya bila pulak saya akn datang buat lagi. Treatment kena buat selepas 3 hari sebab proses tu akan mengurangkan kandungan air dalam badan. Sebenarnya bosan sangat tau dengan diorang ni dok paksa2 datang buat. Nak cepat abehkan sesi...


Lagi satu yang membosankan ialah time timbang tu tetiba berat kita naik daripada sesi sebelum tu. Puaslah menadah telinga tau! Diorang cam berleter ala mak nenek tanya kenapa berat naik! Itu okey lagi, time tengah buat treatment yang blanket wrapping ke machine ke, pastu diorang akan promote produk suruh beli sebab kata metabolisma rendah sangatla. Cepatkan proses menguruskan badanla. Macam2 lagila...

Kesimpulannya, kena tadah jer telinga dengar sepanjang sesi kat LWM tu sebab diorang tak kenal erti penat. Promote sampai lebam! Produk pulak leh sharing2 dengan customer lain. Huh! Dahla satu produk harga beratus tau...cecah ribuan ringgitla...

Mesti nak tahu berkesan ke tak kan..
Sebenanrnya rawatan tu berkesan tapi kenalah jaga pemakanan kita jugak. Kalau tak, macam tu jugakla..
Berat saya turun sampai 50kg dulu. Tapi sekarang, dah naik... tak jaga pemakanan. Cumanya yang guna machine tu saya rasa berkesan. Mengecikkan part2 tertentu.

Dah panjangla entri. Sambung lagi nanti. Kali ni takde gambar...Entri akan datang nak cerita pasal saya sambung lagi treatment kat situ. Apesal ek? Tunggu yer...
Read more ...

Pengalaman Bersama London Weight Management Part 2

Saya ada buat enri pergi free trial pada tahun 2010 yang lalu... lama dah kan.. hehe

Untuk part pertama, saya cerita luaran jer kan... belum cerita treatment macammana. hehe.. menarik sebenanrnya pasal LWM ni.. semua orang nak tahu berapa harga kan... kalau orang tak pernah buat treatment, konpem takkan tahu bagaimana diorang punya cara nak kurus tu. Rawatan yang digunakan... macam saya dulula... teruja sangat nk tahu.

Ok, seterusnya... 

Dengan bayaran ansuran (boleh jer nak byr cash tuk sesiapa yang kaya) saya ni tak mampu...Bila dah setel bab amik pakej tu, maka bermulalah rawatan free trial tu. Anda akan diberikan satu set persalinan (Towel dan seluar dalam khas) jenis pakai buang jer seluar dalam tu.

Dah siap salin, consultant saya masa tu (Cheryl) suruh masuk bilik sauna untuk mandi wap. Kita akan dibekalkan dengan satu towel kecik yang dibasahkan untuk membantu pernafasan masa kat dalam bilik tu nanti. Boleh jer nak keluar dari bilik tu kalau tak tahan sangat. Masa duduk dalam bilik sauna tu ikut kitala nak buat macammana.. nak tanggal towel ker. nak baring ker..(xley baring pun) ley duduk jer..bersandar. Panas! Berpeluh2..Lupa plak.. shower cap pun dibekalkan.


Inilah bilik sauna tu. Ada 4 bilik kesemuanya. Tak nampak pun dari luar.hehe

Sebelum terlupa, dah siap salin tu, kena timbang berat badan dulu. Nak tahu berapa kg yang turun selepas treatment. Nak tengok mesinnya?  Ni ha... sebenarnya gambar2 ni baru lagi sy ambil, last day saya datang ke sana. Ada cerita  lagi..huhu


Tema LWM ni kaler merah... hiasan dalaman memang kaler merah jerla. Jom tengok hiasan yang ada. Tapinya gambar2 model yang slim melim jerla. jeles giler tengok! Untuk bagi semangat pada yang amik rawatan kt situla.

Ini kat laluan nak ke bilik mesin dan bilik selimut.


Bila dah siap stim kat bilik sauna tu selama 15 min-20 min, badan memang berpeluh2 masa tu. Kita akan dibawa ke bilik untuk selimut. Masa tu Cheryl akan lumurkan seluruh badan saya dengan skrub. Pastu dia akan wrapping satu badan dengan plastik yang balut makanan tu. Pastu kena bungkus dgn infrared blanket. Rasa macam ayam panggang jer. Kena baring diam2. Sokmonya saya mesti terlelap masa buat blanket tu. Lebih kurang 20 min camtu.
Masa ni la berat kita akan turun sebab peluh akan terperangkap dalam plastik tu. Tapi saya ni jenis kadar metabolisma terlalu rendah, jadi, peluh tu agak kurangla...
Takde pulak amik gambar bilik blanket tu camner...imagine jela yer.. ada katil pastu kena bungkus dengan selimut tebal tu.
Bila dan unwrapping tu, barulah boleh g mandi. Segar rasanya...

Bilik mandi terletak berhadapan dengan bilik sauna.

Tak abis lagi treatment. Dia akan ada 3 steps. Lastly, guna mesin. Time ni ada part2 yang kena ukur macam kat lengan, perut, pinggang, punggung dll. Kena sapu ampoule pulak. Ala2 serum gitu. Ada banyak jenis mesin tau. Nasibla dapat mesin untuk apa masa tu. Tapi saya paling suka mesin untuk kempiskan perut! Berdasarkan pengalaman saya, penggunaan mesin ni memang berkesan! Paling ketara adalah pinggang...kalo dulu saiz 29-30 tapi lepas treatment beberapa sesi kt LWM tu pinggang saya dah muat jean saiz 28.

Salah satu mesin yang ada. Tu untuk perut. Masa rawatan memang rasa geli2 sikitla. Tapi boleh kawal mende gerak2 tu. ala2 mesin urut sebenanrnya.

Contoh report card





Dah selesai guna mesin tu, Cheryl akan ukur semula part2 tadi tengok berapa inci kurang. Dan memang berkesan tau! Peha..betis...lengan...
So, abeh treatment siap2 pakai baju kita yang tadi. Sebelum keluar dari LWM saya akan diberi segelas oat perisa coklat. Giler nak mengabehkan. Pekat n likat....eee.... saya tak pernah makan oat sebelum tu. Tapi sekarang saya mesti nak ambil oat untuk kurangkan kolesterol.

Pastu sign form untuk rawatan hari tersebut.

Baru cerita hal treatment. Banyak lagi cerita2 lain ni. Nantikan episod seterusnya.
Lupa nak bagitahu, Rawatan kat situ takde expired date. So, saya habiskan rawatan sebanyak 20 sesi tu dekat 2 tahun jugakla. Malas nak pergi sebenarnya. Tak larat nak dengar pok pek diorang tu.  Nanti saya cerita lagi. 

Dan kalau nak tahu, selepas habis 20 sesi tu, saya tambah lagi 10 sesi tapi cuma RM 1200 sahaja. Murah pulak kan??? jeng jeng jeng... apakah cerita di sebaliknya. Kata dah menyesal tapi sambung lagi...hehe...









Read more ...

Pengalaman Bersama London Weight Management Part 1

Kisah yang berlaku 2 tahun yang lalu. Tahun 2010... 
Masa tu body saya agak berisi. Skrg pun..huhu..
Dek terpengaruh dengan seorang rakan yang pergi diorg punya trial free tu, so, saya pun cubalah jugak.. masa tu kalau tak silap pergi dengan adik bongsu. Peneman setia saya..
Cuma sms pastu LWM akan call tny nk buat teatment bila. Cawangan Pahang punya terletak di Megamall Shopping Complex. Boleh dikatakan tiap minggu saya pergi situ sebab nak menghabiskan sesi treatment yang banyak giler tu.

Masa sampai tu,mereka akan suruh seorang staff diorang aka consultant kita untuk handle treatment. Diorang akan check berat serta ketinggian kita. Pastu target berat ideal mengikut ketinggian kitala.. Masa tu sy pny berat 56.6kg!!! Berat kan.. menambahkan berat bila saudara mara menegur kata berisi...huhu. apa taknya terusla teruja dengan program slimming camni.


Inilah saya zmn dulu. Ni dalam bilik consultant tu la.Masa ni xde kamera canggih. 2MP pixel jer.. Gambar kelabu. Lagipun pengcahayaan agak kurang.
Tahun 2010 saya start treatment.


Xdela gemuk mana kan..tapi nak kurus mcm model punya pasal. Terpedaya jugakla dgn iklan mereka.

Sepatutnya free jer buat treatmnet pertama tu tetapi diorang akan paksa kita supaya amik pakej baru leh buat treatment! Diorang akan suruh jugak kita amik pakej walaupun bermacam2 alasan yang kita berikan. sampai tak larat nk cakapla orang kata. Akhirnya saya menandatangani perjanjian amik 20 sesi.. semua atasnasihat diorang. kata saya ni gemuk air la..perlukan rawatan macam ni macam tu. Masa tu takde apa nak fikirkan byr bulanan selain kereta sahaja. Memang tak kisahla.huhu.. Untuk pengetahuan, saya guna kredit kad.. Bayar ansuran..pecah rekod! selama ni pakai kad kredit Cimb shj n penyata zero tiap bulan. Tapi dek LWM saya kena apply lagi satu kad kredit sebab limit CIMB CC sy tu cumalah RM5000!
Banyak giler kan....huhu..tak fikir dah masa tu.  Diorang setelkan semua application kredit kad. Saya apply UOB kad lagi satu untuk combine bayar treatment sebanyak RM7000.00
Jangan terkejut!!! saya menyesal sangat2 terjebak dengan mende alah ni. Bukan sebab tak berkesan tapi saya rasa lebih baik saya beli alat senaman!!! 7ribu.. bukan 70 ringgit...
Saya ikat 2 tahun tanpa interest. So, tiap bulan saya akan bayar kat CIMB dan UOB sebanyak RM250...
Giler nak mengabehkan bayar... rugi sangat rasa..
20 sesi dengan harga RM7k (mahal sebab termasuk kena wajib beli produk diorang) Kopi dan oat...
Saya tak ingat berapa harga pakej sahaja. Baru bab harga ni.. hihi...

Antara staff LWM di Kuantan. Lupa pulak.. consultant saya namanya Cheryl. Tapi dia kerja dengan True Harmony pulak ksrg. JUmpa masa kt Road Show TRue Harmony. Naik pgkat branch manager dah dia. 

Pintu masuk kat LWM di Megamall. Terletak di tingkat bawah.

Muka poyo...huhu..kusam sangat saya dulu2...

Pandangan dari arah dalam.

Okla..dah tahu pasal harga kan.. Next entri..pasal treatment yang saya buat kat situ pulak.
Teruja tak nak tahu? hehe... ada yang lagi menarik kisah LOndon Weight Management ni.


Read more ...

Kopi London Weight Management




Memperkenalkan... produk kopi yang London Weight Management...
Sebenarnya saya ada buat sesi dgn LWM ni. Tapi, sesi tu tukar amik  produk yang sama nilai. Sepatutnya saya kena buat lagi 5 sesi lagi... Tak larat dan kurang masa nak pergi buat. So, amik jela produk diorang ni. Setel problem!
Saya start buat dengan LWM ni sejak 2010 kalau tak silap. Dah dekat nak abeh sambung lagi.. huhu... kad kredit punya pasal... nak tahu lanjut sesi kat sana macammana? nanti saya ceritakan dalam entri akan datang. Pengalaman dengan LWM..dgn korset mahal pun ada tau.. dasyat2.. sbb nk kurus pny pasal...

Read more ...

Bersusun pulak iklan Nuffnang ni.

Di saat kemalasan untuk mengupdate blog melanda, time tu lah nuffnang nak bagi BE banyak2.. dahla jarang sangat blogwalking skrg.. dek kebizian dan problem yang ada...blog di abaikan
Anyway, thanks masih ada rezeki walaupun setiap iklan earning yang dapat ciput giler.. takpe.. lama2 jadi bukit jugak kan..boleh jugak cash out nanti..pujuk hati..huhu
Tengokla tu..bersusun tengah jalan skrg.. ada 9 kesemuanya...untuk 2 blog...


Bulan lepas dah cash out tapi sikit jer...

Read more ...

Jana Pendapatan Online dengan 8Share

Macam-macam cara nak buat duit secara online kan sekarang. Pendek kata semua orang boleh menjana pendapatan seandainya tahu menggunakan internet dan komputer!


Jobdirumah kena daftar.. affiliate pun ada...
Pastu assignjob pulak..
Pendek kata kesemuanya bukanlah scam..tapi..
setiap perkara memerlukan usaha :)

Ada lagi satu. Heartbeat.. yang ni tempat shopping barangan cenderahati..leh custom apa yang kita nak.. saya dah pernah redeem kat sini... jom terjah!


dan kini, 8share pulak...dulu dikenali dengan nama says.my... saya dah pernah cash out masa says.my dulu.

Jangan biarkan peluang berlalu begitu sahaja. Paling koman pun kita daftar jerla. Bukan kena bayar pun. Tak banyak sangat nak kena isi form.. Time dok saja nanti just share kempen diorang dan dapat reward!
Jom daftar!!! Klik logo kat bawah tu


Read more ...

Amoi oh amoi - awek cute

Pejam celik pejam celik.. dah sekolah tadika budak ni...
Dulu start jaga dari umur dia sehari...
Sekarang..mulut tu kalau bercakap taknak kalah! huhu
Baru ni tinggalkan dia 3 hari sebab berhijrah ke Kuantan.. Balik jer umah terus berkepit dengan saya.. Rindu kat sayala tu..hehe..
Nisa o.. nisa....
Bukan anakbetul.. anak buah ajer...hehe


ececece..hehe


Baju yang dia pakai tu, dia yang pilih sndiri.. taknak warna pink.. minat dia kaler purple n yang striking!

Menyengeh yang tak berapa menjadi

Pernah jadi model kek lapis sarawak

Saya banyak guna gambar dia kalau nak masuk GA budak kecik.. memang luck jugak dia..
Antaranya ialah entri rezeki nisa ni

Read more ...

Jenis-jenis Produk Untuk Mata


Baru saya tahu selepas meng order aritu. Ada 3 jenis warna :

1. Black (Collagen Crystal Eye Mask) - High Quality
2. Silver (Crystal Collagen Gold Powder Mask) - Medium Quality
3. White (Crystal Collagen Eye Mask) - Low Quality

Tapi semuanya berfungsi untuk mata kita :)

Fungsinya adalah untuk :

- Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata dengan berkesan
- Menghilangkan bengkak di mata
- Diperkayakan dengan pelembap
- Anti penuaan
- Anti kedutan
- Menegangkan kembali kedutan di bawah mata

Kandungan bahan :

Water, Glycerin, Polyvninyl Alcohol, Sodium Polvacrylate, Tartaricacid, Grape seed Oils, Retinyl Palmitate, Tocopheryl Acetate, BHT, DLL.. hehe

Tapikan,mende ni memang best! segar jer mata..berkesan tau mengurangkan lingkaran gelap tu. Tak percaya sila cuba dahulu..
Saya dah 2x order. 





Read more ...

Selamat Tinggal PIK P1 Chini Timur


Tinggal kenangan.

Saya akan berhijrah kerja luar. Mencari pengalaman baru serta persekitaran yang baru.

Mac 2009 - Mei 2013

Banyak sangat kebaikan yang saya perolehi di sini. 
Antaranya ialah :

Modem Wifi Percuma
Laptop Free
Alat tulis Free
Side income macam2
Kerja bebas sangat2
Bersembang dengan makcik2 
Minum teh ais sokmo kt kedai Cik Lan Canai
Banyak lagi... tak ternilai rasanya...


Read more ...

Powerbank Pineng Yang Superb Best

Dah dekat seminggu powerbank ni sampai. Baru hari ni nak buat entri.
Kalau masih ingat saya membuat pilihan nak beli antara powerbank Yoobou atau Pineng. Namun, akhirnya rezeki berpihak kepada penjual Pineng.. 
Terima kasih pada The Faiz Ibrahim sebab telah mempengaruhi saya dengan review awak yang superb! Huhu...
Design Pineng sangat mengujakan saya untuk membelinya. Ada pelbagai jenis color. Tapi yang menjadi pujaan hati saya adalah kaler gold sbb nmpk macam ekslusif sgt. Pastu siap dapat casing lagi.
Kalau korang tengok kat page beliau The Faiz Ibrahim on FB , konpem teruja nak beli Pineng tau. Betapa sambutan yang sangat luar biasa. Saya dah guna powerbank ni untuk caj henfon saya dah 4x tapi masih byk lagi tau.


Yang saya beli ni kapasitinya 11,200 mAh
Harga : RM160 (termasuk penghantaran)

Sememangnya powerbank ini sangat memudahkan urusan saya selama ini yang berdepan dengan masalah bateri henfon cepat sangat habis! Tambahan lagi, dalam kereta saya mende cucuk api tu dah rosak! betapa siksanya sebelum ni masa tiada powerbank ni.

Terima kasih kepada yang telah mencipta powerbank!



Read more ...

Akhirnya Pasang Jua Penapis Air ni

Ramai mengambil remeh tentang tahap kebersihan air . Mahukan anda minum air yg berkarat dan berbau ? Jika di biarkan berpanjangan mungkin organ di dalam tubuh akan rosak...
Oleh yang demikian, ma dan abah memasang penapis air jenis Pearl Water ni. Kat tempat saya memang ramai yang pasang jenama ni selain Bio Aura. Bayar muka cuma RM200 pastu bulanan RM100 SAHAJA.

Pasang pada sinki. Air boleh diminum terus dari paip sebab sudah ditapis.


Sebenarnya ada lagi yang dipasang pada paip luar. tabung yang tinggi tu. Tapi saya tak amik gambar pun..

Read more ...

Projek Sentuhan Kaseh Felda

Rumah generasi kedua yang sedang dibangunkan oleh felda. KOnsep sama macam peneroka. Diberi pekerjaan dan sebuah rumah untuk yang sudah berkahwin dan tinggal dengan mak ayah. Cantik sangat rumah tu. Dahla dapat dengan harga yang berbaloi2..


Pelan cadangan untuk membina kuarters pegawai2. Rumah mereka skrg akan dirobohkan untuk membina projek rumah sentuhan kaseh

dari jauh...seberang padang...kelihatan beberapa buah rumah yang dalam pembinaan

pandangan dari tepi. rumah sentuhan kaseh felda

cantik x? moden kan...

pandangan dari hadapan. Rumah contoh ni.

sekiar kawasan pembinaan

tu pejabat operasi dan pentadbiran

biar gambar berbicara

biar gambar berbicara

Untung Generasi kedua Felda yang dah kahwin... saya tak layak nak mohon...hehe

Read more ...

Buat duit online assignjobs.com bukan scam

Gara2 teruja dengan semua blogger yang telah pun mendaftar dengan assign jobs ni, maka, saya tidak mahu ketinggalan selepas mendaftarkan diri dengan Job Di Rumah (JDR) 

Klikjer.com - Produk Laris Dari KlikJer

Kini, demam assign jobs pulak menular di kalangan blogger.. mari kita cuba jaya...
Lagipun benda yang free.. cuma dapat duit dalam dolar.. Mcam  ipanelonline.com dulula.. bukan scam tau..yang tu kena buat survey... Kali ni guna sosial media jer.. lagi senang kan...

Jom daftar beramai2 ---- > assign jobs pulak!!!
Dah ramai yang mendaftar ..takkanlah nk pandang jer kan.. sy pun baru nk berjinak ni dengan assign jobs.. tak rugi pun mendaftar..bukan kena bayar pun...


Taip jer kat google.com dan tengok berapa ramai yang dah dapat bayaran hasil kerja degan assignjobs ni.. Yang penting kita kena rajin berusaha.. :)



Read more ...

TERJEBAK JUGA DENGAN JOB DI RUMAH

Semalam saya mendaftar dengan Job Di Rumah atau lebih dikenali dengan nama JDR.
Kalau tak mencuba takkan tahu samada JDR ni tipu ataupun scam kan.. cuba jerla...
Manalah tahu leh jadi kaya dengan JDR ni kan.. Lagipun baca entri ramai blogger yang dah dapat hasilnya. Maksudnya JDR ni bukanlah satu penipuan...Belum dapat confirmation lagi sbb hari cuti kot... so, tunggu hari Isnin nantila kot...tak sabar nk memulakan tugasan ni.

Kerjaya dari rumah. Pendapatan pasif untuk anda.

Serba ringkas pasal Job Di Rumah.
(copy n paste jer dari JDR pnt page)


Mengenai Jobdirumah.com:

jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Mengenai Kliks Solution:

Di daftarkan dengan SSM atas nama Kliks Solution pada 30/4/2008 di Kuala Lumpur.Bekerja 100% di rumah dan tidak mempunyai pejabat & tidak pernah bercadang untuk mempunyai pejabat pada masa depan kerana ia lebih kos efektif dan mengunakan konsep kebebasan bekerja di rumah tanpa perlu mengikut protokol kerja biasa.

Nama Perniagaan: Kliks Solution
No Pendaftaran: 001762546-A
No Telefon: 0172651827 (Isnin - Jumaat: 3pm - 10pm sahaja)
Fax: 0321784213



Pengasas: Fadil Abdullah - Kuala Lumpur
Mempunyai kepakaran dalam bidang Research & Development, Pengurusan Sumber, Email Marketing, Affiliate Marketing, Web Development, E-commerce & bidang IT berkaitan.Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Home Based Business & Internet Marketing.


Pengasas Bersama: Halim Hussain - Cyberjaya
Lulusan Telecommunication Technology dari Kolej Telekom & berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang IT & Internet Marketing.Punya kepakaran dalam bidang Technical Support, Satellite Networking Technology, System Administration & Network Engineering.

JOB DI RUMAH ----> JOM TRY
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...