Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Slot Akasia menayangkan cerita ni jam 7 malam.
Apa yang membuatkan saya teruja nk tonton adalah pelakon2 yang hebat!
Ada Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Fauziah Gous, Shah Jaszle dll

Sinopsis sikit2...

Firdaus (Fahrin Ahmad) ditangkap berkhalwat dengan Ain Farohah (Tasha Shila). Mereka sebenarnya difitnah oleh Faiz (Shah Jaszle). Jahat giler!!!
Tapi Firdaus ni bertanggunjawab..Dia bernikah dengan Ain kemudian ke Abu Dhabi kerja sebagai jurutera kat sana. Family dia dah pulaukan dia.. Halau dia... Tapi adik Firdaus Fareez tu baik. Si Fareez ni pulak minat dengan Meera.
Sebelum tu, si Firdaus ni sebenanrnya dah bertunang tau dengan Fatin (Fauziah Gous) Hurmmm... sian kan.. kalau dah bukan jodoh... Bertunang bukanlah tiketnya lagi...walaupun mereka sangat mencintai antara satu sama lain.
Nak tahu jugak apa kesudahan cerita ni. Best jalan ceritanya..


Abu Dhabi...Nak google sketla pasal ni...

Abu Dhabi is the capital and the second largest city of the United Arab Emirates in terms of population and the largest of the seven member emirates of the United Arab Emirates - wikipedia

Read more ...

ADA ORG HILANG!!! TOLONG SHARE...

Sumber : FB

JUST SHARING..


KHIDMAT MASYARAKAT..

SILA SHARE...

Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua 

Admin My/malaysiasoccer.my

Read more ...

Teringin nak membeli pakaian ni



Sedang usha2 penjual online ni. Harga biasa RM35 boleh dapat dah... Kalau borong RM18/pc

Testimonial yang saya  baca belaka kata ok!

Nak shape kan badan....huhu...nk kawen....hehe..

Bamboo Charcoal Slimming Suit

Nak mengecilkan pinggang serta mengempiskan perut yang agak buncit ni. Pastu katanya boleh membakar lemak2 yang ada ni...




Read more ...

ZaniZ Serunding & Sos Kg.Laut

Mesin mengisar sos cili

Papan tanda tempat serunding dan sos.

Antara peserta lawatan

Antara produk yang dijual


Read more ...

Promosi Air Asia Dari RM26 !!!


Klik banner untuk lebih lanjut.

Tempah dari 25 Feb - 3 Mac 2013   
Terbang dari 1 Mac - 31 Jul 2013
Tertakluk kepada terma & syarat.

Ambil peluang time promosi macam ni.. Masalah saya kalo nak naik AIr Asia ni kena dari tempat lain sebabnya Kuantan takde. Payah jugak kan... Tapi sy check tadi berlepas dari KL - KK (return) dapat harga RM 118 !!! Sangat berbaloi kan...

Read more ...

Alhamdulillah... Felda No. 1 Di dunia


Mercu tanda nak masuk ke felda saya.

Saya bangga menjadi anak Felda... Banyak kemudahan dan kesenangan yang diperoleh hasil susah payah generasi2 terawal dulu. Malahan saya sempat merasai zaman tiada elektrik lagi hanya guna generator. Rumah asal Felda...kini, hampir kesemuanya ala-ala banglo dah...
Alhamdulillah...Segala nikmat yang diperolehi tidak akan membuatkan kami leka... malahan kami sangat bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dariMu Ya Allah...

Tak lama lagi PRU13 pulak... seram pulak rasa bila mikir... Korang vote apa?? hehe..undi adalah rahsia....



Read more ...

Mesin inovasi - bakar sate tanpa arang

Rujukan :
http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130217/st_01/Mesin-bakar-sate-tanpa-asapbrmudah-alih


Mesin bakar satay tanpa asap! Kurang pencemaran udara...

Dicipta oleh  Abdul Rahim Md. Tahir, pensyarah bidang teknologi kimpalan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Batu Pahat, Johor

Teringin nak membeli mesin ni buat bisnes. Memudahkan kerja dan urusan.



Read more ...

Karipap UFO Kelantan


Inilah dia namanya karipap UFO...

Besar...makan sebijik pun dah kenyang sangat. 
Harga pasaran : RM2

Boleh didapati di Kelantan.. Pengeluar adalah usahawan mara di Pengkalan Chepa

Read more ...

Sedap Asam Jawa Thailand ni

Berpeluang mengikuti rombongan/lawatan  ke Kelantan minggu lepas. seronok! next time nak cerita perjalanan ke Kelantan...
Tak kenal pun asam ni. Adik ipar yang beli pastu ikutla jugak membelinya...
Rasanya masam2 + masin + manis sikit2...
sedapppp....
Thailand punya keluaran...


tak faham tulisan Thai

Read more ...

Operasi Maybank Taman Tas Kuantan

Gambar semata2...



Read more ...

Buffered Earning (BE) lagi

Alhamdulillah...
Masih ada rezeki daripada Nuffnang.
Thanks Nuffnang....
Sayang ketat2....
Sekali dapat 5 ketul BE...
Cepatlah dapat cash out...


Jarang sangat update blog... blogwalking pun tak hari2 macam sebelum ni.. Banyak komitmen lain...tapi, still dapat BE...okla...kalo dah rezeki tak ke mana...

Masih menunggu respond nuffnang pasal cash out bulan lepas...




Read more ...

19 ISTIMEWANYA WANITA

19 Keistimewaan Wanita 


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 



Read more ...

bukit besi vs mara liner

destinasi wajib singgah kalau ke kelntan.. terletak tengah2 antra perjalanan phg n kelantan..
on the way ke kota bharu rmbongn anjurn mara..free of charge..
best kn...bw diri n duit saku je cket2
mara nk test drive bas mara baru..
sekian terima kasih..
entri kanak2..huhu


Read more ...

Majlis Gojer Sekampung PM Punya

Esok PM nk trn kawasan beliau. Pekan...
Tempat dituju adalah Chini...Felda...
Kebetulan ada Karnival Usahawan anjuran Mara. Macam2 persiapan yang telah dibuat...


Majlis Gojer Sekampung namanya...Memang besar2an punyala persiapan yang telah dibuat.Meh tengok gambar2 petang tadi...kenduri besar ni...




teirma kasih sumbangan gambar daripada saudara Sharim Mantan Pengerusi Belia Felda Wilayah Kuantan




Read more ...

Kerja Amal Car Wash

Gambar lama. Dahla tak letak copyright. Huhu.. malas nk edit2 da.. men upload jer... sementara rajin nak menulis entri ni kan... baik taip ajer...hehe..

Event ni masa aktif dengan VIVAOWNERCLUB (VOC) East Coast..Sekarang ni dah tak rajin nk join hot ke meeting ker...tak becara dah..
Tapi ka..best tau join club ni... Selain dapat meramaikan kawan, kita juga dapat tambah ilmu...Boleh g join konvoi mana2..kenduri kawin nanti diorang leh datang ramai2 konvoi...havoc la..huhu
Sekarang ni dah malas nk fikir hal club..nk fikir soal kawen pulak...aci dok?? Nanti geng blogger datang ramai2....hehe...


my car sdg dibersihkan setelah tiada kereta lain da nk diservis

Me n my bff!

rajinlah sangat kan...

Sekian sahaja entri saya pada hari ini. Ringkas tapi padat.. konon2nyer...
Read more ...

Terminal Makmur Sementara

Hari Selasa lepas hantar adik ke Terminal Makmur untuk naik bas ekspress ke Tanjung Malim. Rupa2nya bermula 11 Februari 2013 semua bas dipindahkan ke terminal sementara di depan Stadium Darul Makmur. Kerja menaiktaraf sedang dijalankan dengan giatnya di Bandar Kuantan ni. Mungkin nk pindahkan ke Terminal Bersepadu terus kot pasni.
Masa tu, kerja2 wiring kipas dan lampu baru dibuat oleh pihak yang berkenaan. Hari sebelum tu hujan sepanjang hari tau di Kuantan serta kawasan sekitarnya.
Lambat betul tunggu bas adik saya tu. Sepatutnya jam 12.45pm tau tapi aritu gara2 jem Cuti Raya Cina faham2 ajerla kan.. bas tersebut sampai jam 1.40pm!!! Bayangkanlah...punyalah lama bertapa kat padang tu. Mujurlah ada angin sepoi2 sesekali menerjah...Cuaca pada hari tersebut sangat cerah dan terik...
Jom saksikan beberapa keping gambar yang sempat di snap bagi melepaskan boring menunggu ketibaan bas.

Yang khemah putih tu kaunter2 bas

belakang kaunter2 bas tu ada Pasaraya Eng Hong

Jalan masuk ke tempat bas

Khemah yang disediakan untuk penumpang bas dan pelawat (tak tahu istilah apa yang tepat)

Terminal sementara terletak di belah hadapan Stadium Darul Makmur. Cantik kan stadium tu?

Read more ...

Syampu Penyebab Kelemumur dan Gatal

Rambut yang halus...tidak berkelemumur..sihat...
tetiba bila guna satu syampu tu terus jadi macam2 masalah! Nak kata rambut saya jer yang bermasalah rupa2nya satu keluarga ditimpa masalah yang sama! Kulit kepala kitorang jadi gatal kemudian kelemumur wujud...Rambut pulak jadi kasar...Syampu apa? Boleh ke bagitau? takut kena saman jer...

Akhirnya, tadi pergi beli syampu jenis lain...Sebelum ni memang pakai syampu Palmolive takpun Head N Shoulder...Pastunya masa shopping kat Mydin Ayer Keroh tu tetiba gatal tangan beli syampu membuat masalah ni...Mungkin tak sesuai dengan family kami kot. 

Murah! RM10.50 siap dapat free syampu kecik lagi...
Harap2 takde masalah dah pasni guna syampu Palmolive ni

Read more ...

BILA PUTUS CINTA


Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta adalah perit. Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya. Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih. Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang.
8 Tips Menangani Putus Cinta

#8 Lepaskanlah apa yang terpendam
Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.
Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati. Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…
#7 Masih ada yang sayang
Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri.
Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.
#6 Jangan stalk ex anda
Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun Facebook si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya. Padamkan semua contact si dia, delete phone numberunfriend akaun Facebooknya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya.
Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan. Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!
“You don’t actually miss him. You miss who you thought he was.”
#5 Stay single!
Jangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.
Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan. Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah. (Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)
#4 Berkomunikasi dengan orang sekeliling
Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas! Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.
Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.
Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu. Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.
“Laughter is the best medicine”
#3 Lakukan aktiviti fizikal dan riadah
Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi. Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu.
Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.
#2 Sibukkan diri
Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi. Bagi yang masih belajar, studylebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej. Kerjaovertime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama.
Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.
#1 Be positive
Jangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana. Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda. Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia.
Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.
“Pain is inevitable. Suffering is optional” -M. Kathleen Casey

KREDIT TO : http://zoncinta.com/tips-putus-cinta/
Read more ...

TERIMA KASIH PM - BR1M 2.0


ALHAMDULILLAH

Dah dapat surat kelulusan...
Disampaikan oleh PM sendiri nanti... Tempat PM...

16hb di Dewan Shahbandar Chini, Pekan, Pahang

Read more ...

Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012

Bonus Jubli Emas TH 2012 adalah bersempena dengan Sambutan 50 tahun penubuhan TH dan ianya merangkumi Bonus Tahunan (6.5%) dan Bonus Khas (1.5%)
Tak sabar nak update buku TH Isnin nanti :)
Boleh start update 10 Februari 2013 ni


More info ----> http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/424836/Pengumuman%20Bonus%20Pendeposit%202012.pdf
Read more ...

Bahaya Ubat Tahan Sakit (Pontalon/Ponstan)

Ubat tahan sakit ataupun pontalon/ponstan ni saya biasa telan time kena senggugut. Boleh dikatakan setiap bulan ubat tersebut akan berada di dalam perut saya. Tapi saya pernah ingat masa dulu time nak amik ubat ni kat klinik.
Ada seorang doktor ni yang menasihatkan saya supaya jangan terlalu bergantung sangat dengan ubat pontalon tu. Kean jangka masa panjangnya tak elok! So, saya pun carilah sumber2 yang berkaitan di internet tentang ubat pontalon ni.

Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.
KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.


KESAN PADA GINJAL



Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang.

Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

KESAN KEPADA PERUT
Kepada perut, kesan NSAIDs adalah bergantung kepada dos yang diambil. Kesan kepada perut : 
- bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
- perut menjadi luka (gastritis)
- perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
- perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
- perut berlubang (gastro perforation)
Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.



Read more ...

Rahsia Hati Seorang Perempuan

Rahasia Hati Seorang Perempuan 

- SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian ...

- CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja ....

- HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM ...

- IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .....

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah ....

- PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ...

- MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum ....

- EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya ....

- CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati..

- SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita ..... SUBHANALLAH.. 


kredit to : https://www.facebook.com/IslamicMotivationIndonesia
Read more ...

Di saat berduka



Mood sedih ni... jiwa kacau...
Cari motivasi untuk kekuatan diri...

Read more ...

Istighfar - Zikir

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

sila ke laman web http://doaharian.blogspot.com sebab banyak sangat info pasal doa di situ. Kredit untuk web tersebut.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...