BERJAYA Dapat smartphone Ninetology percuma

Alhamdulillah..

Perkhabaran yang menggembirakan pada hari semalam.

MYeg hantar email memberitahu bahawa saya telah berjaya dapat telefon free bawah Pakej Komunikasi Belia tu. Bolehlah pakai no u mobile takpun Digi pulak pasni :)


Hampir 2 bulan jugakla permohonan saya ni. Tak sabar tunggu barang sampai. Pada sesiapa yang masih belum apply telefon ni, silalah berbuat demikian di laman web 


Syarat-syarat kelayakan:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 21 – 30 tahun sahaja.
2. Pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.
3. Setiap satu telefon pintar terhad kepada seorang individu sahaja.
4. Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi.
5. Permohonan ini adalah berdasarkan "siapa cepat dia dapat" dan tertakluk kepada stok yang sedia ada. 

SKMM akan menjalankan process pemilihan untuk calon-calon yang layak.
Keputusan adalah MUKTAMAD dan tiada sebarang rayuan akan diterima.

Langkah-langkah:

Langkah 1: Lengkapkan borang secara online di sini.
Langkah 2: Borang yang telah dilengkapkan akan dihantar kepada MCMC untuk proses kelulusan
Langkah 3: Wakil daripada pihak MyEG akan menghubungi semua calon yang berjaya untuk proses penghantaran

Penghantaran/Pengambilan sendiri pakej telefon,MyEG akan melakukan perkara seperti berikut:

1. Melakukan pengesahan biometrik menggunakan IC anda.
2. Mengambil gambar IC (Depan & Belakang) untuk proses pendaftaran dengan Celcom (Atau anda hanya perlu menyediakan salinan IC)

Apa yang akan anda terima:

1. Percuma telefon pintar Ninetology.
2. Percuma RM15 Celcom masa berbual(pek permulaan dengan RM5 TAMBAH RM10 tambah nilai dalam seminggu)



11 comments:

  1. Macam menarik jeee...
    Nak cuba jugalah..=D

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Telefon dh dapat ke..? Saya sendiri dh dua kali submit ic tp telefo masih
    tak dapat..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Telefon dah dapat tak..?
    Saya sendiri dh dua kali foward salinan ic tp smpai smpai skrg belum dpt telefon..

    ReplyDelete
  4. saya khamis ni collect kat pejabat myeg yehuuuu

    ReplyDelete
  5. khamis ni saye collect kat myeg office yehuuu

    ReplyDelete
  6. saya dah dapat dah phone tu... kalau whatsapp tu kire bole lagi la cuma facebook je hampeh sikit sbb selalu je unresponsive. nasib baik free... :3

    ReplyDelete
  7. Dah dapat dah phone tu. Cuma Whatsapp je yg ok, yang lain mcm facebook mmg hampeh selalu je unresponsive. Nasib baik dapt free. :3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...