Pengalaman Kerja Technical Support Engineer di Hospital Pekan

Alhamdulillah...

Saya berjaya menghadapi new environment di tempat kerja yang baru. So great!
Alhamdulillah.. syukur dapat kerja yang memang bidang saya. Walaupun kontrak its better than no job..huhu
Start kerja pada minggu lepas 9hb September 2013.
Dahla masa first day datang lambat. Sepatutnya datang kul8 tapi saya sampai jam 8.30pg! Mujurlah leader sy tu ok sesangat. Pastunya saya mintak balik awal sebab sakit perut pompuan. Kesian kat saya kan.

Hari pertama kerja :
Mula dok congok jer tengok2 orang buat kerja. Ada 5 orang staf perempuan kesemuanya. Tapi belaka application. Saya jer yang technical sekali dengan geng lelaki... geng lelaki ada dalam 4 orang. Company sy nak pakai lagi sorang technical support engineer. Position macam best tapi xdela best mana pun. Haha
Pastu leader sy, Nizam bagi pc dgn cpu. saya pasang sendiri kat meja saya duduk skrg ni. PC cam old school..hihi xpela..asalkan saya dapat on9 dengan jayanya. Takdelah boring sangat. Nizam panggil saya mausk bilik dan terangkan serba sedikit pasal kerja dan cuti serta waktu kerja. Not badla...Buat sementara saya kerja jam 8 pagi hingga 5 petang. Trial..

Hari kedua-hari kelima (Selasa- Jumaat)
Datang kerja lg 5min nk jam 8pagi. pastunya dah punch card belaka, masuk ofis on pc. Saya mesti pergi toilet pagi2 sbb perjalanan saya jauh dari rumah. Memang takleh tahanla nak membuang air. Masuk semula ofis on9 email dan facebook serta blog. Dalam kul9pagi camtu ofismate akan ajak g breakfast yang ambil masa 15min perjalanan. Jauh jugak kafenya. Just tapau nnt makan kat ofis jer. Sambil2 online tu.

Bil telefon berdering, semua akan alert sebab pasti ada staf hospital yang ada masalah samada dengan sistem mahupun teknikal. Bila team application tak dapat nak solve problem staf, maka team technical yang kena trn padang pergi tengok apakah masalah yang dihadapinya. budak IT.. budak Medical... lain2 kepakarannya...  kadang2 rasa nk gelak sendiri bila problem tu sangat kecil.

Apapun, saya sangat enjoy kerja di sini. Sama macam di tempat yang lama. Saya mempunyai banyak masa yang terluang untuk saya buat hal saya. 

Kesimpulannya, technical support engineer kat hospital ni as backbone orang kata. Bila ada problem contoh berkaitan dengan sistem atau connectivity, maka, di situlah peranan orang di unit IT ni. Kena maintenance system pastikan sentiasa ok! Yang penting, orang IT kena ada selalu di ofis n on call org kata. Sebab staf hospital xpandai nak solve yang kait dengan sistem ni.

Panjang pulak entri saya pagi ni.
Selamat bekerja pada semua :)
Ceria pagi.


SUMBER : travelling

Kerja compani Business Information Technology (BIT) 
kontrak dgn Hospital Pekan, Pahang. Nanti orang salah faham kata saya ni kerja government. hehe





4 comments:

  1. Berapa gaji bulanan ye? Kelulusan degree elektrikal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji based on qualification dan pngalaman kerja.
      kelulusan degree xboley... yg kait dgn IT jer xpun networking

      Delete
  2. minta tolong admin reply soalan saya ye..memang memerlukan info tentang kerja sebagai technical support engineer di hospital

    tq admin blogger

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...