Langkah Mempromosikan Link Affiliate Anda.

Berjinak2 dengan program affiliate. Banyak produk yang kita boleh JV sekarang. Antaranya ialah jomniaga.com di mana di dalam website tersebut boleh dikatakan lubuk affiliate bagi sesiapa yang pandai dan tahu cara untuk mempromosikan produk di dalamnya. Dari ebook kesihatan, makanan, kecantikan sehinggalah pelaburan serta pelbagai lagi pasti menjadikan anda pening untuk memikirkan yang mana hendak dipromosikan.

Tugas affiliate adalah mempromosikan pautan (link) affiliate yang diberikan oleh ‘merchant” untuk menghasilkan jualan ataupun klik ke laman web yang diberikan. Sekiranya anda menghasilkan jualan melalui laman web yang anda promosikan tersebut, anda akan mendapat komisyen bagi setiap jualan tersebut. Ini adalah salah satu cara bagaimana seorang affiliate menjana pendapatan.
Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi affiliate kepada program “The Four Weeks To Freedom” dan anda mempromosikan program ini kepada orang lain, anda akan mendapat komisyen sebanyak 50% daripada hasil jualan ataupun 50% daripada RM199 yang bersamaan dengan RM99.50.

Antara cara atau langkah untuk mempromosikan produk affiliate adalah :

1. Gunakan forum untuk berinteraksi dan menjana pendapatan
 Cara paling mudah untuk menarik trafik ke laman web affiliate yang anda promosikan ialah dengan meletakkan affiliate link anda di bahagian “signature file”. Anda boleh sertai mana-mana forum dan cari bahagian “User Control Panel” atau “User CP”. Di sini, cari bahagian “signature file” dan letakkan iklan pendek ke link affiliate anda.

2. Tulis artikel untuk tujuan bina kredibiliti dan promosi
Seperti yang anda baca sekarang, ini adalah sebuah artikel berbentuk tip atau panduan dan ianya amat efektif bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara percuma.
Sekiranya maklumat yang anda ingin sampaikan amat bermanfaat dan berguna, besar kemungkinan orang lain akan mempromosikan artikel ini kepada orang lain juga. Ini bermakna lebih ramai orang akan membaca artikel anda.
Untuk menjadikan artikel anda sebagai mesin menjana jualan affiliate, anda cuma perlu lakukan 3 perkara berikut.
Pertama, tulis artikel berkaitan produk yang anda ingin promosikan dan jadikan artikel tersebut berbentuk tip dan bukannya 100% iklan supaya pembaca akan berasa bahawa mereka dapat sesuatu yang berguna dari anda.

3.  Berinteraksi di “Social Network” bukan sekadar buang masa
Anda mungkin mempunyai ramai kenalan dan rakan yang mengikuti perkembangan semasa anda di Facebook, Twitter ataupun Myspace. Memang mengasyikkan jika anda sudahpun terpaut hati dengan laman web “social network” sebegini. Mana tidaknya, anda boleh menambah ramai kenalan daripada seluruh pelosok dunia.
Namun begitu, di dalam anda menggunakan laman web ’social network’ ini, ada juga orang lain yang menggunakan laman web sebegini untuk menjana pendapatan lumayan. Jadi, jika anda mempunyai akaun di laman web ’social network’ sebegini yang mana anda mempunyai ramai kenalan yang mengikuti perkembangan semasa anda, anda juga mampu menjana pendapatan dengan mempromosikan produk affiliate di laman web sebegini.

4. Komen di blog yang menguntungkan
Jika anda selalu mengunjungi dan membaca blog kegemaran anda, mengapa tidak anda cari jalan untuk mendapatkan jualan affiliate di blog tersebut?
Caranya ialah dengan meletakkan link affiliate di bahagian “URL” ketika anda menulis komen di blog pilihan anda. Ianya mudah dilakukan.
Dan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk bakal pembeli klik ke link affiliate anda dan membuat pembelian, pastikan anda lawati laman web yang disasarkan kepada produk yang anda promosikan.


5.  Cipta laman web anda sendiri
Walaupun anda tidak mempunyai sebarang laman web pada masa ini, percayalah bahawa mendapatkan laman web percuma untuk mempromosikan produk affiliate adalah sangat mudah.
Di dalam artikel ini, saya tidak menekankan kepada mencipta laman web peribadi dengan menggunakan hosting percuma seperti di googlepages.com dan sebagainya.
Sebaliknya, saya mencadangkan anda membuka akaun di laman web 2.0 seperti squidoo.com dan sebagainya.
Sebagai permulaan, anda bolehlah membuka akaun percuma di squidoo.com dan bina ‘lens’ anda sendiri. Untuk memahami terma dan perkataan yang saya maksudkan di sini, anda bolehlah membacanya di squidoo.com dan mulakan sekarang

Jom sama2 praktikkan apa yang telah diberitahu ini. Moga2 masing-masing peroleh keuntungan dan manfaatnya. Insya Allah...

Contoh affiliate free daftar : klikjer.com

sumber : ebook promosi-affiliate zamri nanyan

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...