ebook Rahsia Kurus 2 bulan

8 Peraturan yang perlu dipatuhi untuk mengurangkan berat badan

Peraturan # 1 – Memanupulasi pengambilan kalori

Untuk menurunkan berat badan anda perlu memanupulasikan pengambilan jumlah kalori
seharian dalam setiap hidangan kerana kalori adalah seperti “petrol” kepada badan anda
dan untuk menurunkan berat badan anda perlu memanupulasikan “petrol” yang diterima
oleh badan anda.

Peraturan # 2 – Makan 4 hidangan kecil setiap hari

Untuk menurunkan berat badan dengan efektif, anda sepatutnya mula mengambil 4
hidangan sehari dalam kuantiti yang sedikit.
Setiap hidangan hendaklah di jarak selama 2 ½ jam. Cara ini boleh membakar lemak kerana badan anda akan menumpukan perhatian untuk membakar kalori dalam setiap hidangan yang diambil bukannya kalori yang anda ambil seharian. Oleh sebab itu, jika anda makan telalu banyak pada satu hidangan, badan anda akan menyimpan lebih banyak lemak
walaupun jumlah kalori yang diambil setiap hari kurang dari yang di perlukan. Anda perlu makan 4 hidangan sehari dan perlu mengaturkannya secara sekata supaya badan anda dapat menerima kalori dalam jumlah yang sedikit.
Peraturan # 3- Sediakan makanan anda dirumah

Semasa anda mengamalkan diet, cuba sediakan makanan anda dirumah, dan jika perlu
anda bolehlah membawanya ke tempat kerja. Ia adalah lebih baik dari makan di kedai atau restoren, kerana jumlah hidangan yang disediakan di restoren biasanya melebihi dari apa yang badan anda perlukan dan anda akan cuba menghabiskannya kerana anda perlu membayar makanan tersebut. Kebanyakkan makanan yang disediakan di restoren atau kedai tidak baik untuk diet. Restoran hanya fikir untuk mendapat keuntungan, mereka tidak pernah fikir apa yang baik untuk anda.

Peraturan # 4- Pusingan menu anda

Anda sudah tahu yang anda perlu makan 4 hidangan sehari dan anda telah mengetahui
jenis makan yang mengandungi protein dan karbohidrat. Sekarang untuk anda menurunkan
berat badan, anda hanya perlu mengatur pusingan menu harian anda mengikut jadual di
bawah:-

Hari #1 – Makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan campuran karbohidrat dan protein.
Hari #2 – Makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan berprotein.
Hari #3 – Makan 2 hidangan berkarbohidrat, 2 hidangan berprotein.
Hari #4 – Makan 1 hidangan berkarbohidrat, 3 hidangan berprotein.
Hari #5 – Makan 1 hidangan campuran karbohidrat/protien, 3 hidangan protein

Hari #6 – Makan 1 hidangan karbohidrat, 3 hidangan berprotein
Hari #7 – Makan 2 hidangan berkarbohidrat, 2 hidangan berprotien.
Hari #8 – Makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan berprotien.
Hari #9 – makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan campuran karbo/protien
Hari #10 – Ulang hidangan pada hari pertama.

Peraturan #5 – Mengambil makan secara sederhana.

Untuk mengurangkan berat badan yang maksimum, anda seharusnnya makan dalam
kuantiti yang sekurang yang mungkin. Ini bermakna anda mesti elakkan mengambil makan
yang yang menggunakan perisa yang lebih, sos yang lebih dan sebagainya kerana makanan
sebegini boleh membuat anda menjadi gemuk. Perisa makanan biasanya mengandungi
karbohidrat yang tinggi dimana senang ditukar kepada tisu lemak oleh badan anda.

Peraturan #6 – Tahu bila perlu berhenti makan

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu tahu bila anda sepatutnya berhenti makan. Saya
tidak bemaksud berhenti mengambil makanan, tetapi berhenti bila anda makan. Bila anda
sepatutnya berhenti makan?. Senang sahaja, berhenti makan bila anda separuh kenyang,
bila anda sedikit lapar. Anda tidak perlu menahan lapar atau terasa lapar selepas makan.
Sekadar anda tidak kenyang dan tidak lapar sahaja. Ingat peraturan #2. Peraturan ni tidak

akan membuat anda terasa lapar.

Peraturan #7 - Minum banyak air kosong

Untuk memaksimumkan penurunan berat badan, anda sepatutnya minum air kosong
sebanya 8 hingga 10 gelas sehari dan seharusnya aturkannya secara sekata dan anda tidak
seharusnya minum dengan banyak pada setiap masa. Minum 2 gelas air kosong pada satu
masa sudah mencukupi.
Meminum air kosong adalah sangat baik untuk menurunkan berat badan. Jika anda tidak
boleh minum 8 gelas sehari, 6 gelas sehari sudah cukup untuk menurunkan berat badan
anda. Kuantiti Setiap gelas seharusnya 8oz.

Peraturan #8 – Berjalan kaki

Anda tidak perlu melakukan “intense exercise” seperti jogging kerana senaman seperti itu
tidak banyak membantu dalam menghilangkan lemak di badan anda. Tetapi anda perlu
melakukan 2 sesi berjalan setiap hari. Setiap sesi perlulah mengambil masa selama 30
minit. Jika anda terlalu sibuk, anda boleh melakukannya selama 40 minit, 1 sesi sehari. Anda perlu berjalan dengan pantas tetapi tidak terlalu pantas, cukup sekadar tahap anda berasa selesa. Anda sepatutnya merasakan denyut jantung anda bergerak pantas tetapi tidak
membuatkan anda sukar bernafas. Anda perlu lakukan senaman berjalan ini 7 hari
seminggu. Anda tidak seharusnya memandang rendah dengan senaman bejalan ini, kerana
anda mungkin akan nampak keputusannya dalam beberapa minggu atau mungkin lebih,
tetapi, senaman berjalan ini amat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma badan anda.

sumber : ebook rahsia kurus 2 bulan

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...