Cara Buat Duit Dengan Blog

Bila menulis pasal iklan ni, saya pasti ramai blogger di luar sana yang akan memikirkan perkara yang sama dengan saya iaitu duit..duit...duit...
Betul!!! Dalam pada kita berblog, menulis dengan rasa kasih dan sayang, bercerita itu dan ini secara tak lansung kita membawa trafik ke blog kita seterusnya boleh menjana pendapatan hasil daripada iklan yang kita tolong advertisekan di blog. Banyak syarikat yang menawarkan iklan seperti Nuffnang, Innity, Komli, Google ads dan lain-lain lagila yang saya pun tidak berapa tahu sangat.

Untuk pengetahuan semua, saya memang setia dengan Nuffnang sejak dari awal lagi. Bukan apa... blog ikan bilis macam saya ni trafik tak sampai 300uv pun sehari.. kalau rajin blogwalking okeyla kan. Pasal  event pulak setakat ni memang tak pernah dipanggil lagila. Just untuk join contest adala. Lagipun saya tidak berapa ada komitmen kalau untuk event memandangkan saya stay jauh daripada Kuala Lumpur. Kalau memang stay KL saya semangat jugaklah nk join event2 yang dianjurkan tu.

Setiap syarikat pengiklan biasanya akan mengenakan syarat nak jadi publisher iaitu tidak ada pengiklan lain di blog mereka supaya tidak bercanggah. Sebab tu la setia saya pada Nuffnang ni ha. Lagipun saya selalu dapat buffered earning. Tak pernah putus lagila setakat ni. Alhamdulillah.. walaupun amaun yang saya dapat tak mencecah 4 digi angka pun namun ianya adalah dinamakan rezeki kan. Terima seadanya sebab setakat itu usaha saya. Kalau saya nak lebih lagi kenalah berusaha mencari trafik sebanyak yang mungkin ke blog saya.

Berbalik kepada iklan tadi, terpulanglah pada owner blog itu sendiri nak guna iklan dari mana. Perlu ke blog kita letak iklan yang kadang2 menyerabutkan tu?? Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Boleh ke sebenanrnya buat duit dengan iklan kat blog ni semata-mata?

Lagipun banyak lagi cara untuk kita mendapatkan income daripada blog ni.
Antaranya ialah :


Itu baru sikit. Ada banyak sangat cara yang kita perlu selongkar sebab dunia IT ini tanpa sempadan!! Ramai blogger yang jadi jutawan hanya dengan berblog ni. Buat duit dengan blog turut dikongsikan bersama oleh Denaihati. Terjah blog professional untuk mendapatkan ilmu. Join seminar yang dianjurkan jika berpeluang.

Kesimpulan di sini, banyak cara yang boleh dilakukan jika hendak mendapatkan income secara online. Banyak platform yang menawarkan duit atas angin orang kata. Cuma perlu rajin dan berusaha serta jangn pernah putus asa jer.

Pengalaman beblogging merupakan satu kenangan yang mencipta pelbagai keindahan serta kemanisan tau. Kalau tak percaya tanyalah blogger-blogger otai...

2 comments:

  1. Banyak rupanya cara nak buat duit dengan blog... Terima kasih di atas perkongsian info...

    ReplyDelete
  2. Saya berblogging suka-suka ja. Eceh. Hihi :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...