Yakin Dengan Produk Cosmoderm Lagi Halal

Setelah mengusha beberapa review produk untuk kulit muka yang bermasalah macam saya ni, akhirnya saya membuat keputusan untuk mencuba pakai produk buatan Malaysia lagi halal iaitu Cosmoderm. Padahalnya sebelum tu saya beria nk order set tabita ataupun adha skin care tu. Sebelum ni saya pakai set sf beauty dan set kolagen rumpai laut tu. sf beauty tu ok.. dekat setahun jugak saya guna tau. tapi mungkin kulit saya dah lali sangat, jerawat muncul macam cendawan! saya pun stop pakai.

Mula2 pergi satu farmasi Guardian ni tapi takde. Dah kecewa masa tu. Pastu hari yang lain ke Guardian yang dekat dalam Kuantan Parade. Alhamdulillah.. ada.. tapi tak cukup set! Takpela.. beli jerla apa yang ada dulu kan.

Baru 2 hari pakai produk ni. Lupa pulak nak show produk tu.



inilah dia set saya beli. sebenarnya target saya nak beli satu set Tea Tree Oil. Tapi tkde. Daripada kecewa sayapun rembat jerla apa yang ada masa tu. 

1. Tea Tree Oli Facial Cleanser  (RM 13.51)
2. Tea Tree Oil Anti Blemish (RM 10.96)
3. Vitamin E Cream 3000 I.U (RM 19.46)

HARGA SELEPAS DISKAUN 20%


Rupa produk yang sebenar. Saya dah guna 2 hari ni. Tak sabar nak tengok hasil. Saya sedang mengorder set toner dan krim siang/malam pulak ni. Barulah best dapat pakai satu set nanti.

wajahku yang kusam! sedih sebab jerawat datang dengan jayanya..huhu

Pencuci muka cosmoderm ni memang best! Selain bau yang harum, tekstur nya sangat lembut! Macam tak pakai apa2 kat muka. Krim vitamin E tu pun best. Samerla.. tekstur lembut. Muka rasa fresh! Produk yang berasaskan Vitamin E ni memang untuk parut jerawat kan. Sebelum ni saya pun pernah order vitamin E Softgel untuk muka. Lagipun produk cosmoderm ni dijamin Halal. Mencara yang halal itu fardhu bagi umat Islam.

Saya harap produk ni dapat membantu merawat dan memulihkan kulit muka saya. jerawat dapat dibasmi.. kulit berminyak mampu diatasi. Kan tak lama lagi kita nak raya..hehe

Nanti saya review lagi yer selepas sebulan penggunaan.

Kalau berminat nak beli sila  ke farmasi berdekatan anda ataupun beli secara online di official cosmoderm

1 comment:

  1. Akan bertyambah cantik si gadis kita ni nanti. Apapun selamat berjaya menentang jerawat di muka. Selamat berpuasa dan salam ramadhan al-mubarak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...