Tempahan Ais Krim Goyang Masa Kenduri

Minggu lepas, saya bersama adik ipar memenuhi permintaan tuan rumah kenduri untuk buat ais krim goyang.
Tempahan sebanyak 600 batang! Sebatang harganya cuma 50 sen.
Tak tahu apa itu ais krim goyang? Meh nak tunjuk mesin paling simple ni.

Yang warna warni tu namamya mesin ais krim goyang.
Pelik kan kenapa namanya macam tu? sebenanrnya lepas dah masukkan segala bahan ke dalam bekas tu, kita kena goyang2kan mesin tu ke kiri dan ke kanan... sebab tu diorang panggil ais krim goyang! cara pembuatan nak menghasilkannya..
cantik kan kaler tu?

adik ipar saya yang tengah tunduk tu. sibuk! first time kami buat sesama yang bukan professional tau. selalunya ada mak adik ipar saya tu. tapi aritu dia tak dapat nk join. serah pada kami jerla.. berbekalkan ilmu yang ada kami berjaya jugak...

bersama pengantin!

Penat jugak tau nak menggoyang tu. Lneguh abeh tangan.
Kos modal bahan cuma RM80 jer.. lumayan kan...Yang penting tak guna elektrik pun. Modal minima untung lumayan


Perisa boleh guna ikut suka hatila... guna air botol gas ataupun air kotak.
Untuk membekukan ais krim, guna campura garam dan ais. Aplikasi sains ni.






8 comments:

  1. 1st time dgr aiskrim goyang. :)

    ReplyDelete
  2. nak mintah rahsia skit...cam mana eh ais krim bleh jadi beku...bgtau skit.

    ReplyDelete
  3. na tanye macam mana na buat tempahan yer? wedding untuk 24/1/2015

    ReplyDelete
  4. salam...nk tanya..mana nk dptkn bekas aiskrim goyang 2 eh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...