Pengalaman Temuduga di Easy RHB sebagai Sales Executive

Jumaat lepas, saya dipanggil untuk interview di Easy RHB Indera Mahkota. Sepatutnya di cawangan Pekan tetapi ada sebab yang tidak dapat  dielakkan, last minit tukar lokasi.
Saya pergi lepas lunch dalam pukul 3 macam tu la. Sebab hari Jumaat kan. Masa sampai tu ada 4 orang calon sedang menunggu giliran. Berborak2 dulu dengan kawan baru yang sama2 nak interview.
Dia kata dah lama tunggu. Pastu seorang akan ambil masa minimum setengah jam! Huh... lamer kan nak menunggu... saya sempat keluar g setelkan urusan lagi.
Dalam kul 5 camtu barulah giliran saya. Mujurlah saya tak prepare sangat sebab nampak gaya macam takde harapan jer. Lupa pulak.. Saya apply jawatan Sales Executive untuk cawangan Pekan.

Kaunter Easy RHB IM

Anak buah saya puas sangat tunggu. lama...

glemer orang tu saya amik gambar dia. Boring...

Masa interview dia cuma tnya saya beberapa soalan.

1. Kenapa datang lambat interview? (Hehe.. saya jawab jela pagi tadi saya ada kerja) Lagipun masa untuk interview 9.30 pg - 4.00 ptg! Kira okeyla kan dtg kul3 tu...dahla ada orang lain lagi.

2. Introduce yourself. (Kalo boley dalam English dia kata) Tergagap jugakla saya..sbab lidah dah keras! Banyak words yang dah lupa... xde preparation sebenanrnya.

3. Kenapa Easy RHB Bank jd pilihan?
Part ni saya puji2 jerla bank ni. entah apa2 saya jawab... sebenarnya nak ambil pengalaman jer ni.

4. Ada apa nak tanya dia?
Saya cuma tanya bila dapat jawapan. Hehe...

Pastu orang yang interview tu explain pasal kerja ni macammana2. Pasal waktu kerja, target, gaji basic, training dan lain2. Tang gaji memang okeyla kalo capai target gred A tu! Boley cecah RM 5K! Tapi kalo tak dapat buat sale 3 bulan berturut2 kena kick out la tanpa notis...dalam surat perjanjian ada bagitahu.

2 comments:

  1. good luck! kalau cri pengalaman dulu, apa salahnya kan..

    ReplyDelete
  2. Masih kerja di rhb easy?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...