Kesan Selepas 2 minggu dengan Cosmoderm

Yakin dengan kesucian dan halal buatan Malaysia membuatkan saya teruja untuk membeli produk Cosmoderm selepas mengalami masalah jerawat yang tersangatbserius dalam sejarah hidup saya.Jika sebelum ini saya menggunakan SF Beauty dan nyata berkesan namun setelah hampir setahun menggunakan, maka, ia tidak lagi membantu saya malah memberikan saya masalah baru! Terus saya stop pakai.


Keyakinan diri berkurang bila muka dipenuhi dengan anasir buas ini. Wajah yang sugul serta penampilan diri dah terabai dek terlalu memikirkan masalah yang melanda ----> Sedih dengan kulit wajah yang berjerawat.

KIni, hasil selepas memakai produk Cosmoderm daripada facial foam sehinggalah krim malam Vitamin E
Meh tengok ada perubahan ke tak.


Daripada sisi yang sama tetapi tarikh yang berbeza.

Apa yang korang dapat perhatikan? Huhu.. teruknya muka saya... sebelah jer yang jadi gitu... malu!!!
Nampak macam tiada perubahan kan. Prut jerawat belum pulih lagi. Tapi nak beritahu bahawa jerawat saya makin kering tanpa pengelupasan tau. Pastu kulit muka terasa lembap. Parut jerawat belum berapa nak hilang lagi. Lambatnya hilang... Harap2 sebelum raya ni okeyla parut tu.

Produk Cosmoderm ni boleh membantu untuk memulihkan kulit yang berjerawat serta melembapkan kulit. Tambah2 bulan puasa ni kan. Kurang minum air. Tapi dengan adanya produk ni, bolehla mengekalkan kelembapan kulit tu. 

Sekian sahaja testimonial saya tentang produk Cosmoderm ni. Ada perubahan walaupun tak nampak sangat dalam gambar tu. Tunggu lagi seminggu yer..hehe

Saya ada order bedak Tanaka yang dikatakan mampu menghilangkan parut jerawa tu jugak. Baru order semalam. Tak sabar nak menggunakan. Nak banteras kebanjiran parut jerawat yang memalukan tu.



4 comments:

  1. oooo...ramai yg gune bdak tanaka tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal.. teirngin nk pakai jugak..bc testi kata brkesan

      Delete
  2. Replies
    1. seme boley guna? apa yang dimaksudkan tu? lelaki dan prmpuan ker?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...