Pengalaman Bersama London Weight Management Part 3

Korang dah baca Part 1 dan Part 2 punya?
Amacam? Menairk tak pakej kat London Weight Managemen tu? Hehe..
Kalau poket tebal macam artis ke datok ker tan sri ker.. takde masalah lansung pun harga pakej tu kan. Kacang ajer... Nampak jer gemuk sikit terus pegi slimming centre mana2 yang menawarkan pakej slimming. Ada Slimworld, True Hramony, Mayfair Bodyline, Slimming Sunctuary dan macam2 lagila. Janji ada duit jer.
Bukan susah pun nak kurus..hihi

Oklah.. sepanjang treatment saya yang 20 sesi tu, saya diberikan satu buku kecik ala2 buku 3 5 tu untuk mencatatkan segala menu harian saya setiap hari. Mereka juga ada bagi menu yang perlu saya ambil setiap hari untuk mengekalkan berat badan selepas buat treatment kat LWM tu. Masa awal2 tu memang saya follow menu mereka. Malam memang tak sentuh nasi lansung. Kena kentalkan diri jerla masa tu.
Kemudian, kena minum air masak (tip biasa nak kurus).
Kalau masih ingat saya pernah buat entri pasal grapefruit tu. Saya tahu pasal khasiat buah tu sebab pergi LWM la.. kalau tak, agaknya sampai sekarang saya tak tahu yang buah tu boleh kuruskan badan! 

Biasanya bila saya pergi buat treatment, Cheryl akan tanya bila pulak saya akn datang buat lagi. Treatment kena buat selepas 3 hari sebab proses tu akan mengurangkan kandungan air dalam badan. Sebenarnya bosan sangat tau dengan diorang ni dok paksa2 datang buat. Nak cepat abehkan sesi...


Lagi satu yang membosankan ialah time timbang tu tetiba berat kita naik daripada sesi sebelum tu. Puaslah menadah telinga tau! Diorang cam berleter ala mak nenek tanya kenapa berat naik! Itu okey lagi, time tengah buat treatment yang blanket wrapping ke machine ke, pastu diorang akan promote produk suruh beli sebab kata metabolisma rendah sangatla. Cepatkan proses menguruskan badanla. Macam2 lagila...

Kesimpulannya, kena tadah jer telinga dengar sepanjang sesi kat LWM tu sebab diorang tak kenal erti penat. Promote sampai lebam! Produk pulak leh sharing2 dengan customer lain. Huh! Dahla satu produk harga beratus tau...cecah ribuan ringgitla...

Mesti nak tahu berkesan ke tak kan..
Sebenanrnya rawatan tu berkesan tapi kenalah jaga pemakanan kita jugak. Kalau tak, macam tu jugakla..
Berat saya turun sampai 50kg dulu. Tapi sekarang, dah naik... tak jaga pemakanan. Cumanya yang guna machine tu saya rasa berkesan. Mengecikkan part2 tertentu.

Dah panjangla entri. Sambung lagi nanti. Kali ni takde gambar...Entri akan datang nak cerita pasal saya sambung lagi treatment kat situ. Apesal ek? Tunggu yer...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...