Pengalaman Bersama London Weight Management Part 2

Saya ada buat enri pergi free trial pada tahun 2010 yang lalu... lama dah kan.. hehe

Untuk part pertama, saya cerita luaran jer kan... belum cerita treatment macammana. hehe.. menarik sebenanrnya pasal LWM ni.. semua orang nak tahu berapa harga kan... kalau orang tak pernah buat treatment, konpem takkan tahu bagaimana diorang punya cara nak kurus tu. Rawatan yang digunakan... macam saya dulula... teruja sangat nk tahu.

Ok, seterusnya... 

Dengan bayaran ansuran (boleh jer nak byr cash tuk sesiapa yang kaya) saya ni tak mampu...Bila dah setel bab amik pakej tu, maka bermulalah rawatan free trial tu. Anda akan diberikan satu set persalinan (Towel dan seluar dalam khas) jenis pakai buang jer seluar dalam tu.

Dah siap salin, consultant saya masa tu (Cheryl) suruh masuk bilik sauna untuk mandi wap. Kita akan dibekalkan dengan satu towel kecik yang dibasahkan untuk membantu pernafasan masa kat dalam bilik tu nanti. Boleh jer nak keluar dari bilik tu kalau tak tahan sangat. Masa duduk dalam bilik sauna tu ikut kitala nak buat macammana.. nak tanggal towel ker. nak baring ker..(xley baring pun) ley duduk jer..bersandar. Panas! Berpeluh2..Lupa plak.. shower cap pun dibekalkan.


Inilah bilik sauna tu. Ada 4 bilik kesemuanya. Tak nampak pun dari luar.hehe

Sebelum terlupa, dah siap salin tu, kena timbang berat badan dulu. Nak tahu berapa kg yang turun selepas treatment. Nak tengok mesinnya?  Ni ha... sebenarnya gambar2 ni baru lagi sy ambil, last day saya datang ke sana. Ada cerita  lagi..huhu


Tema LWM ni kaler merah... hiasan dalaman memang kaler merah jerla. Jom tengok hiasan yang ada. Tapinya gambar2 model yang slim melim jerla. jeles giler tengok! Untuk bagi semangat pada yang amik rawatan kt situla.

Ini kat laluan nak ke bilik mesin dan bilik selimut.


Bila dah siap stim kat bilik sauna tu selama 15 min-20 min, badan memang berpeluh2 masa tu. Kita akan dibawa ke bilik untuk selimut. Masa tu Cheryl akan lumurkan seluruh badan saya dengan skrub. Pastu dia akan wrapping satu badan dengan plastik yang balut makanan tu. Pastu kena bungkus dgn infrared blanket. Rasa macam ayam panggang jer. Kena baring diam2. Sokmonya saya mesti terlelap masa buat blanket tu. Lebih kurang 20 min camtu.
Masa ni la berat kita akan turun sebab peluh akan terperangkap dalam plastik tu. Tapi saya ni jenis kadar metabolisma terlalu rendah, jadi, peluh tu agak kurangla...
Takde pulak amik gambar bilik blanket tu camner...imagine jela yer.. ada katil pastu kena bungkus dengan selimut tebal tu.
Bila dan unwrapping tu, barulah boleh g mandi. Segar rasanya...

Bilik mandi terletak berhadapan dengan bilik sauna.

Tak abis lagi treatment. Dia akan ada 3 steps. Lastly, guna mesin. Time ni ada part2 yang kena ukur macam kat lengan, perut, pinggang, punggung dll. Kena sapu ampoule pulak. Ala2 serum gitu. Ada banyak jenis mesin tau. Nasibla dapat mesin untuk apa masa tu. Tapi saya paling suka mesin untuk kempiskan perut! Berdasarkan pengalaman saya, penggunaan mesin ni memang berkesan! Paling ketara adalah pinggang...kalo dulu saiz 29-30 tapi lepas treatment beberapa sesi kt LWM tu pinggang saya dah muat jean saiz 28.

Salah satu mesin yang ada. Tu untuk perut. Masa rawatan memang rasa geli2 sikitla. Tapi boleh kawal mende gerak2 tu. ala2 mesin urut sebenanrnya.

Contoh report card





Dah selesai guna mesin tu, Cheryl akan ukur semula part2 tadi tengok berapa inci kurang. Dan memang berkesan tau! Peha..betis...lengan...
So, abeh treatment siap2 pakai baju kita yang tadi. Sebelum keluar dari LWM saya akan diberi segelas oat perisa coklat. Giler nak mengabehkan. Pekat n likat....eee.... saya tak pernah makan oat sebelum tu. Tapi sekarang saya mesti nak ambil oat untuk kurangkan kolesterol.

Pastu sign form untuk rawatan hari tersebut.

Baru cerita hal treatment. Banyak lagi cerita2 lain ni. Nantikan episod seterusnya.
Lupa nak bagitahu, Rawatan kat situ takde expired date. So, saya habiskan rawatan sebanyak 20 sesi tu dekat 2 tahun jugakla. Malas nak pergi sebenarnya. Tak larat nak dengar pok pek diorang tu.  Nanti saya cerita lagi. 

Dan kalau nak tahu, selepas habis 20 sesi tu, saya tambah lagi 10 sesi tapi cuma RM 1200 sahaja. Murah pulak kan??? jeng jeng jeng... apakah cerita di sebaliknya. Kata dah menyesal tapi sambung lagi...hehe...









1 comment:

  1. menarik cuma mahal hehhehe kalau poket tebal memang besh lah boleh buat treatment anytime kat sini :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...