Pengalaman Bersama London Weight Management Part 1

Kisah yang berlaku 2 tahun yang lalu. Tahun 2010... 
Masa tu body saya agak berisi. Skrg pun..huhu..
Dek terpengaruh dengan seorang rakan yang pergi diorg punya trial free tu, so, saya pun cubalah jugak.. masa tu kalau tak silap pergi dengan adik bongsu. Peneman setia saya..
Cuma sms pastu LWM akan call tny nk buat teatment bila. Cawangan Pahang punya terletak di Megamall Shopping Complex. Boleh dikatakan tiap minggu saya pergi situ sebab nak menghabiskan sesi treatment yang banyak giler tu.

Masa sampai tu,mereka akan suruh seorang staff diorang aka consultant kita untuk handle treatment. Diorang akan check berat serta ketinggian kita. Pastu target berat ideal mengikut ketinggian kitala.. Masa tu sy pny berat 56.6kg!!! Berat kan.. menambahkan berat bila saudara mara menegur kata berisi...huhu. apa taknya terusla teruja dengan program slimming camni.


Inilah saya zmn dulu. Ni dalam bilik consultant tu la.Masa ni xde kamera canggih. 2MP pixel jer.. Gambar kelabu. Lagipun pengcahayaan agak kurang.
Tahun 2010 saya start treatment.


Xdela gemuk mana kan..tapi nak kurus mcm model punya pasal. Terpedaya jugakla dgn iklan mereka.

Sepatutnya free jer buat treatmnet pertama tu tetapi diorang akan paksa kita supaya amik pakej baru leh buat treatment! Diorang akan suruh jugak kita amik pakej walaupun bermacam2 alasan yang kita berikan. sampai tak larat nk cakapla orang kata. Akhirnya saya menandatangani perjanjian amik 20 sesi.. semua atasnasihat diorang. kata saya ni gemuk air la..perlukan rawatan macam ni macam tu. Masa tu takde apa nak fikirkan byr bulanan selain kereta sahaja. Memang tak kisahla.huhu.. Untuk pengetahuan, saya guna kredit kad.. Bayar ansuran..pecah rekod! selama ni pakai kad kredit Cimb shj n penyata zero tiap bulan. Tapi dek LWM saya kena apply lagi satu kad kredit sebab limit CIMB CC sy tu cumalah RM5000!
Banyak giler kan....huhu..tak fikir dah masa tu.  Diorang setelkan semua application kredit kad. Saya apply UOB kad lagi satu untuk combine bayar treatment sebanyak RM7000.00
Jangan terkejut!!! saya menyesal sangat2 terjebak dengan mende alah ni. Bukan sebab tak berkesan tapi saya rasa lebih baik saya beli alat senaman!!! 7ribu.. bukan 70 ringgit...
Saya ikat 2 tahun tanpa interest. So, tiap bulan saya akan bayar kat CIMB dan UOB sebanyak RM250...
Giler nak mengabehkan bayar... rugi sangat rasa..
20 sesi dengan harga RM7k (mahal sebab termasuk kena wajib beli produk diorang) Kopi dan oat...
Saya tak ingat berapa harga pakej sahaja. Baru bab harga ni.. hihi...

Antara staff LWM di Kuantan. Lupa pulak.. consultant saya namanya Cheryl. Tapi dia kerja dengan True Harmony pulak ksrg. JUmpa masa kt Road Show TRue Harmony. Naik pgkat branch manager dah dia. 

Pintu masuk kat LWM di Megamall. Terletak di tingkat bawah.

Muka poyo...huhu..kusam sangat saya dulu2...

Pandangan dari arah dalam.

Okla..dah tahu pasal harga kan.. Next entri..pasal treatment yang saya buat kat situ pulak.
Teruja tak nak tahu? hehe... ada yang lagi menarik kisah LOndon Weight Management ni.


7 comments:

  1. Mahalnya! Patutlah lin menyesal, kalau kak pun menyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sangat2.. beli treadmill lagi bagus kan kak...

      Delete
  2. waaa mahalnya..thanks sbb sudi share..me nak share ur entry kat blog me yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ms tu taksub nk kurus... orait..share la

      Delete
  3. sebab tu takut , memang tk kan pergi la . 250 tu banyak tau bulan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo jiwa kental takpe kot leh pangkah ms diorg ckp... mmg byk pun kalo difikirkan..mengalir mcm air jer byr tuk lwm

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...